Sunday, November 23, 2008

Aktif berprogram selepas graduate???

Gambar 1: Bersama AJK lain di meja pendaftaran

Gambar 2: mesra dgn kak haida..

Gambar 3: Group kami Juara Explorace AJK!! horay!!

Gambar 4: AJK Karnival Muslimat (saya di tgh2 tu..nampak x?)


Gambar 5: Bersama kak sujaiha dan adik2 yg dtg memeriahkan karnival!!



Gambar 6: Kad Jemputan Karnival (ok x?? didesign oleh saya sendiri!!)


Gambar 7: Logo Nisa'



salam..

hari ini,saya nak cerita sikit berkenaan persatuan/kelab NGO Islam yg saya sertai..since after tamat pengajian..
haa..kelab nie namanya Kelab Nisa'..Kelab ni serata Malaysia ada...memandngkan saya kini tinggal di kawasan skudai..jadi Kelab ini adalah dalam cwgn Gelang Patah..
Best sgt2 dpt join kelab mcm ni..byk aktiviti-aktiviti yg kitaorg da laksanakan...antaranya..Hari Karnival Muslimat KGP (lihat gmbr kad jemputan progrm di atas), Program bersama Anak Yatim Pontian Johor (akhir bln ramadhan thn ni), program ihtifal PASTI KGP (bln November 08) dan yg terbaru kami akan menyumbgkn tenaga dlm Program Sukaneka -Nisa' Indoor Games (dijangka pada 25 Dis 08) bertempat di Batu Pahat..

InsyaAllah dlm kesemptn lain..saya akan attach gmbr2 utk tatapan kwn2 melihat aktiviti2 yg da kami lakukan...

Bwh nie juga..saya sertakan maklumat-maklumat mengenai Kelab Nisa' :-

TENTANG NISA'Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

MISI NISA- 'NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

KEAHLIAN NISA'Wanita berusia 15 - 40 tahun

LOGO DAN SLOGAN NISA'Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.


utk maklumat lanjut boleh link terus website: http://www.webnisa.net/

No comments: