Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki. Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari.
Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan. Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Read more...
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dlm Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kpd Allah swt walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini..
Sunday, November 30, 2008
Sinar Cahaya Ayat Kursi..
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Kelebihan Surah Al-Kautsar...
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, sepert i berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Tuesday, November 25, 2008
Binatang kesayangan Family..
Gambar 1: Jang..control ensem tu..

Kat rumah saya ada 5 ekor kucing ( 2 ekor generasi 1, 3 ekor lagi generasi 2)-semuanya jantan belaka!!
Erm..kat rumah tu..satu family sgt sayang pada kucing..terutama emak..huish!! da mcm sayang anak sendiri...
Setiap seekor ada nama masing2..haa..
1. Ronalda (adik laki saya punya)- agak hensem kot..
2. Mickey (emak punya) – lembik sket..n sgt2 manja..
3. Epoi (adik laki punya) – sgt aktif..comel sgt2..x reti duk diam..kadang2 panjat bumbung rumah...huhu penat nak turunkan..
4. Laden (adik pmpn punya) – baik..manja..tp kurang comel..hehe..
5. Jang ( abang punya) – ni lagi manja..lagi lembik..hehe..( gmbr atas tu gmbr die lar..)
Dalam sirah pun ada menceritakan perihal sahabat Nabi s.a.w- Abu Hurairah yg sgt sayang akan kucing..sehingga diberi gelaran “Bapa Kucing”..
Family saya mmg sayang kucing.. mak slalu pesan..kalo x sayang kucing n x nak bela pun..at least bg la sket makanan pd kucing tu..mudah2 an kucing2 tu akan doakan kita nanti..
“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.
Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. “Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih.
Jangan juga jadikan burung, atau apa sahaja binatang sebagai sasaran kita untuk memanah atau menembak untuk suka-suka. Selain tujuan untuk berburu untuk mendapatkan makanan. “Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.” Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Read more...
Monday, November 24, 2008
Hadiah terakhir...

""Bang... mari tengok apa yang ummi bawa ni". Ustaz muda yang tengah tenggelam dalam pembacaannya itu menoleh separuh terkejut. Isterinya menghampirinya seraya menghulurkan sebungkus plastik hitam berisi kotak. Sejenak dia memandang isterinya dengan penuh tanda tanya, semestara isterinya hanya tersenyum kecil membalas pandangan suamunya yang tercinta."Apa ni ummi"
"Untuk abanglah... bukaklah tengok apa kat dalam tu". Segera ia membuka bungkusan itu dengan penuh rasa rasa ingin tahu. Sepasang sandal kulit baru. Tertegun ia sejenak."Ummi tengok sendal abang dah buruk benar. Sebab itu ummi belikan yang baru ni. Nanti abang pakailah masa solat Hari Raya Korban ni... yea bang..." kata isterinya dengan mata bersinar penuh harapan.Tersentak rasa hatinya... rasa haru menyusup kesegenap jiwa sudut jiwanya.
Dalam keadaan ekonomi yang sebegini, isterinya masih sempat memperuntukkan wang untuk membelikan sesuatu yang memang sangat dia perlukan. Sandalnya memang sudah masanya untuk diganti. Sudah dua kali ia terputus. Yang terakhir, waktu ia memakainya kelmarin, tali sandalnya yang kanan hampit terputus.Terpaksalah dia menjinjit sandal itu dan pulang dengan kaki kanannya berkaki ayam. Padahal, waktu itu panas terik dan Ya Allah, panasnya sampai terasa hampir melepuh telapak kakinya. Keinginan untuk menggantikan dengan yang baru memang ada, tetapi ia singkirkan sementara. Takpe.. masih boleh dibaiki... gumamnya sendiri.
Tetapi sebetulnya bukan itu sebab utamanya, melainkan kerana masalah kewangannya yang belum ada. Banyak lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi. Apatah lagi saat ini mereka sedang menantikan kehadiran anak pertama. Isterinya sedang hamil sembilan bulan.. cuma menantikan harinya."Baguskan ummi.. tentu mahalkan..""Jangan fikirkan soal harganya, takde salahnyakan sekali sekala membelikan sesuatu yang terbaik untuk abang"."Terima kasih yea ummi..." katanya gembira sambil memeluk isterinya penuh kasih.Ustaz muda itu merasa tidak tenteram. Masuk hari ini, sudah 7 hari isterinya ditahan di wad.
Menurut doktor keadaan isterinya sangat lemah dan dikhuatiri akan menghadapi masalah pada saat melahirkan nanti. Pagi tadi air ketubannya pecah dan sedari pagi ia tidak berganjak dari sisi isterinya. Hatinya berdebar kencang tidak menentu. Apabila ia menatap wajah isterinya, batinnya tersentuh haru. Isterinya terbaring lemah, matanya terpejam rapat, nampak kurus dan pucat. Berbeza dengan tudung labuh berwarna biru cair yang dipakainya."Tapi kau masih tetap nampak cantik, Mi.." bisik hatinya.
Sementara itu sayup-sayup terdengar suara takbir dikumandangkan. Tiba-tiba isterinya membuka mata. Senyumannya menghiasi wajahnya bila terlihat sang suami disisi."Pukul berapa sekarang bang?... tanya isterinya lirih."Hampir pukul 12. Macammana keadaanmu, Ummi?"."Tak sabar rasanya nak dengar tangisan anak kita bang..."."Sabarlah... InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar"."Amin..." jawab isterinya lemah."Bang, esok Hari Raya Aidiladha kan?"."Ya.. tu suara takbir kedengaran"."Sebaiknya abang bali dulu, berehat dirumah. Esokkan abang kena beri khutbah Hari Raya. Jangan risau tentang Ummi. Abang pun kena jaga kesihatan... kurang tidurkan sejak akhir-akhir ni, nanti abangpun jatuh sakit"."Abang rasa abang nak gantikan orang lain jagi Khatib esok, abang akan beritahu Pengerusi Masjid pagi esok mengenai hal ni... penggantinya pun dah ada"."Jangan bang... Ummi minta tolong bang, jangan batalkan..".
"Tapi macammana Ummi?"."Jangan risau tentang Ummi. Seperti yang abang katakan tadi, insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Ummi pun dah rasa sihat sikit. Ummi harap abang tetap dapat melaksanakan tanggungjawab abang dengan baik. Ummi akan kecewa kalau abang batalkan."."Tapi, siapa akan menjaga Ummi?"."Bukan ke semua telah kita serahkan kepada Allah S.W.T. dialah sebaik-baik penjaga dan pemelihara makhluknya"."Baiklah". Ustaz muda itu akhirnya mengalah."Alhamdulillah. . doakan anak kita sihat dan selamat ye bang.."."Sudah tentu Ummi"."Satu lagi bang... sandal yang Ummi belikan tu pakai esok yea...". Dia hanya mampu tersenyum dan mengangguk.
Mata isterinya yang berkelopak cengkung itu kembali bersinar.Hanya tinggal beberapa orang jamaah yang masih berada di masjid itu. Ustaz muda itu merasakan sesuatu yang sejuk meresap dalam hatinya. Kegelisahan yang sejak beberapa hati lalu terasa mencengkam, enggang menyingkir dalam dirinya, kini hilang dan terasa ringan beban fikirannya. Doanya khusyuk dan apabila ia berdoa khusus untuk isterinya dan bayi yang bakal lahir, tanpa terasa matanya basah. Basah oleh kedamaian yang menguasai jiwanya. Kemudian dia bangkit perlahan-lahan. Suasana perkarangan masjid telah sepi.
Ketika dia melangkah keluar, tertegun sesaat lamanya. Eh, mana sandalku?. Sibuk dia mencari di segenap sudut. Tadi dia pasti meletakkan sandalnya di sini, di sudut ini. Tapi tiada pula. Yang tinggal hanya 3 pasang selipar yang telah buruk."innalillahi wa inna ilaihirajiu'un." Gumamnya lirih setelah beberapa lama mencari tanpa hail."Ada apa ustaz?". Tanya salah seorang AJK masjif yang kebetulan berada tidak jauh darinya."Saya cari sandal saya.. tak jumpa lagi. Tadi rasanya saya letak di sini, mungkin tertukar..."."Jenama apa sandalnya". "Sandal kulit, masih baru. Baru sekali ni pakai"."Itu bukan tertukar ustaz, tapi sengaja ditukar. Kemungkinan besar tak dapat balik ni ustaz"."Ustaz muda itu hanya dapat manarik nafas panjang. Takde rezeki. Bukan miliknya... gumamnya sekadar menghiburkan hati.
Kesedihannya bukan kerana hilangnya sandalnya itu tetapi lebih tertuju kepada isterinya. Bagaimana bersinarnya mata isterinya ketika memberikan sandal itu dan meminta untuk memakainya pada solat Aidul Adha ini tergambar kembali dengan jelas. Rasanya tak sanggup ia menatap wajah teduh isterinya nanti ketika ia menjelaskan bagaimana nasib sandal pemberiannya itu. Paling tidak, isterinya pasti hanay akan tersenyum nipis sambil mengucapkan pasrah"Takpe... lain kali kalau ada rezeki lebih, InsyaAllah kita beli lagi". Tapi justeru itulah yang akan membuatkannya tidak sampai hati.Ketika dia sampai di depan hospital, pakciknya telah ada di sana, menyambutnya lalu mengajaknya duduk di bangku panjang.
Perasaannya tidak menentu. Dari tutur kata dan sikapnya, ia mempunya firasat bahawa sesuatu telah terjadi kepada isterinya. Dan ternyata benar."Isterimu telah kembali ke rahmatullah nak" ujar pakciknya lirih nyaris tidak kedengaran. Tapi baginya umpama suara guruh yang menyambar telinganya."Lebih kurang pukul lapan pagi tadi"."Innalillahi wainna ilaihi raji'un," desisnya dengan hati yang pedih. Dia tidak kuasa lagi menahan air matanya dari jatuh. Pakciknya cuba menenangkannya."Tapi Alhamduilillah bayinya dapat diselamatkan. .."."Macammana dengan keadaannya?'" Baik, gemuk dan sihat nampaknya... tangisannya pun kuat".
Alhamdulillah. ."ini ada pesanan dari isterimu" kata pakciknya sambil menyerahkan sepucuk surat yang telah lusuh.
Bismillahhirrahmani rrahim...wbt...Abang tersayang,Puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Rabb Pencipta Alam atas rahmat, nikmat dan kurnianya. Selawat dan salam untuk Rasululllah SAW, keluarga, sahabat dan pengikutnya.Abang,Ummi tidak dapat menulis panjang. Ummi rasa kian lemah... dan rasanya waktu Ummi semakin dekat. Ummi selalu berdoa agar anak kita lahir selamat dan tidak kurang satu atau apa pun. Kalau nanti ia lahir selamat dan Ummi tidak sempat menjaga dan membesarkannya, Ummi redha. Sebab Ummi yakin, InsyaAllah abang akan mengasuhnya seperti yang abang harapkan. Ummi tinggalkan anak itu kepada abang...Abang,Ummi minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kiranya Ummi ada melakukan kesalahan pada abang selama kita bersama. Halalkan makan minum Ummi... dan redhalah atas pemergian Ummi ini...Abang,Sandal yang Ummi hadiahkan itu Ummi beli dari Ukhite Hasanah, masih berbaki pembayarannya. .Kalau ternyata Ummi tidak sempat membayarnya, tolong abang bayarkan untuk Ummi yea.Semoga Allah senantiasa melindungi dan merahmati kita. Ameen... Wassalam
Ummi...
Kertas lusuh itu basah dengan airmatanya. Rupanya isterinya telah merasa dirinya akan menghadap ilahi. Dilipatnya kembali surat terakhir itu. Tak sempat mendengar kata-kata sejuk isterinya saat menghadapi sandalnya yang hilang itu seperti yang dibayangkan. Teringat ia akan sabda Rasulullah SAW: jihadnya wanita itu adalah saat ia melahirkan.Sungguh beruntung engkau, Ummi. Kesedihannya perlahan tersingkir oleh rasa syukur dan bangga terhadap isterinya. Isterinya pergi setelah menyelesaikan kewajipan yang paling mulia bagi seorang wanita, iaitu melahirkan seorang bayi yang masih suci dan bersih.InsyaAllah akan selalau kujaga amanahmu ini, bisiknya seperti memperoleh kekuatan baru. Selamat jalan mujahidahku. ..!!
Read more...
Buktikan???

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... iaboleh dirasai dalam hati."
Read more...
My Frenz...Final year picture!!
Gambar 1: Bersama my best frenz!! (afzan,nana,shira,mai..and me!!)
Gambar 2: After Mechi-Gurl Badminton Tournament
bila bukak semula cd-cd lama..ternampk pulak gambr waktu final year dulu!!
hehe..rs kelakar pun ada..yelah..kadang2 rs mcm kanak-kanak riang!! tapi xpe..as long kami gembira n x susahkn org!!
munkin utk kenangn bersama,saya attach beberp picture utk tatapan kwn2 semua..
enjoy it or any comment?? !! hehe...
Read more...
Tetap Dlm Ingatanku- Kelab Remaja Ukhuwah (KRU)
Gambar 1: saya bersama Kak hajar (menunggu peserta explorace smpi ke checkpoint kami)
Gambar 2: saya bersama junior KRU -jun!! baguslah jun nie..dgr kata..
Gambar 3: wah..wah..adik2 KRU melaram utk mkn malam-barbeque
Gambar 4: Checkpoint di tepi pantai- buat istana pasir!!

Gambar 4: Checkpoint di tepi pantai- buat istana pasir!!
Gambar 5: memberi task kepada peserta explorace!!
Gambar 6: Muslimat KRU!!! manis2 belaka!!!

gambar di atas nie, adlh gmbr kenangan bersama ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) semasa saya aktif dlm kelab ini di kampus UTM tercinta!!
gambar di atas nie, adlh gmbr kenangan bersama ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) semasa saya aktif dlm kelab ini di kampus UTM tercinta!!
Program "AGM KRU & hari keluarga" nie diadakan di Mersing,Johor (xingat nama tmptnya)..selama 2 hari 1 malam..
sebelum bertolak ke Mersing, AGM @ mesyuarat agung KRU dibuat pada sebelah pagi di dlm kampus- dewan kolej tuanku canselor...pada sebelah petangnya rombongan kami memulakan perjalanan...
hm..nak cerita pjg..da lupa la..tapi apa yg pasti saya begitu seronok dan terharu krn rakan-rakan kelab begitu komited utk menjayakan program ni...dan yg penting UKHWAH kami di kalangan ahli akan terus bertaut selama-lamanya..mudah-mudahan...
Read more...
Sunday, November 23, 2008
Aktif berprogram selepas graduate???
Gambar 1: Bersama AJK lain di meja pendaftaran
Gambar 2: mesra dgn kak haida..
Gambar 3: Group kami Juara Explorace AJK!! horay!!
Gambar 5: Bersama kak sujaiha dan adik2 yg dtg memeriahkan karnival!!
Gambar 6: Kad Jemputan Karnival (ok x?? didesign oleh saya sendiri!!)Gambar 7: Logo Nisa'
salam..
hari ini,saya nak cerita sikit berkenaan persatuan/kelab NGO Islam yg saya sertai..since after tamat pengajian..
haa..kelab nie namanya Kelab Nisa'..Kelab ni serata Malaysia ada...memandngkan saya kini tinggal di kawasan skudai..jadi Kelab ini adalah dalam cwgn Gelang Patah..
Best sgt2 dpt join kelab mcm ni..byk aktiviti-aktiviti yg kitaorg da laksanakan...antaranya..Hari Karnival Muslimat KGP (lihat gmbr kad jemputan progrm di atas), Program bersama Anak Yatim Pontian Johor (akhir bln ramadhan thn ni), program ihtifal PASTI KGP (bln November 08) dan yg terbaru kami akan menyumbgkn tenaga dlm Program Sukaneka -Nisa' Indoor Games (dijangka pada 25 Dis 08) bertempat di Batu Pahat..
InsyaAllah dlm kesemptn lain..saya akan attach gmbr2 utk tatapan kwn2 melihat aktiviti2 yg da kami lakukan...
Bwh nie juga..saya sertakan maklumat-maklumat mengenai Kelab Nisa' :-
TENTANG NISA'Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.
NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.
MISI NISA- 'NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.
KEAHLIAN NISA'Wanita berusia 15 - 40 tahun
LOGO DAN SLOGAN NISA'Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
utk maklumat lanjut boleh link terus website: http://www.webnisa.net/

Friday, November 21, 2008
Teori bulan kelahiran???

salam..
saya dilahirkan pada bulan Februari..tahun...hehe..rahsia!!
saya suka menganalisis teori-teori bulan kelahiran seseorg dan cuba utk membandingkan samada ia teori semata-mata ataupun sememangnya benar secara lahiriahnya..
jadi first target of course myself!!
antara artikel2 teori tu..yg paling menarik perhatian saya adalh teori dr Y.B Datuk Dr.Fadzilah Kamsah...
kat bwh ni saya attach hanya bulan Februari..bulan2 lain blh cek sendiri ek..
scr peribadi,saya nampk kebanyakkn teori2 di bln Feb nie..mmg ada terkena pada saya..antaranya, adalah amat mudah dan boleh terjadi terlalu boros!!
huhu..so,xsalah kalo kita rajin menganalisis,as long ia tidak bertentangn dgn syarak..
kiranya,kita dlm proses muhasabah diri..perbaiki mana yang kurang di mata kita dan yg paling penting di mata Allah s.w.t.
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
Read more...
resepi bulan ini...
salam..resepi kita kali ni..kek coklat kukus..hem..mmg sedap sgt2...pernah cuba 2 kali..itupun membantu kak mus masak..erm..sedap menjilat jari..first buat hanya guna sedikit serbuk koko..jadi kurang umph..after for 2nd try...alhamdulillah..rasanya lebih mantap...sedap sbb beli serbuk koko dlm kuantiti yg byk...
yg pasti saya suka kek coklat!!!
yum..yum..
ada sape2 nk hadiahkan kek coklat pada saya???
okla..
selamat mencuba!!!
Kek Coklat Kukus
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate 3 biji telur
Cara:
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .
Cadangan Hidangan:
Hidang dng teh panas waktu minum petang.
Read more...
Kenali Nabi Muhammad s.a.w secara lahiriah...
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yangpada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama..
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya..
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warnalehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Alisegera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

My Convocation Day !!

hem..arini juga terasa nak upload gmbr time konvo last ogos...(18 ogos 2008)
gmbr kat atas ni diambil sebaik shj saya keluar dr dewan...means after graduation ceremony!! time ni adik n abang saya x dpt dtg..mrk bekerja.. kesian..yg datg adalah abah,mak,adik lelaki (faizal) n my sweet little sister farahaida...hehe..
alhamdulillah..akhirnya berjaya setelah sekian lama (lama jugak kot..4 thn) berjuang sebg seorg pelajar di kampus UTM skudai tercinta!! sbnrnya agak tough utk bwk engineering subject..but dgn sokongan kekwn ,,dptlah kekutan utk teruskan...
seronok sgt2..coz dpt jmp kwn2..lama jgk xdgr citer mrk..hem..bile da jumpa semua bersembg x ingat dunia..
ada citer psl keje kat mana?? bile nak kahwin..hehe..kelakar..
perjalanan nak ke UTM pun rs mcm jauh sgt..dlm hati bila nak smpi2 ni..setibanya kami sekeluarga di sana, terus saya bwk family ke masjid Sultan ismail (MSI) sbb time tu da msk zohor..agak rushing time tu sbb b4 msk dewan..graduan kena mendftar n amik kad nama..nasib baik ada jumpa geng2 lama..first person yg saya jumpa adlah mai..then jumpa shira..kami berlari2 anak ke tmpt berkumpul para graduan di hujung dewan..alhamdulillah..kami tidak tertinggl dlm barisan..hehe..
Ya Allah..rasa bahagia sgt2..bilemana diumumkan penerima ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal-bahan (UTM) ...hem..terima kasih mak,abah,kwn2 sbb memberi sokongan pada diri ini..
sejurus selepas tamat majlis,saya mencri family yg sudah lama menunggu di luar dewan..
saya melihat mak dan abah..mak menangis..menangis kerana gembira!! saya peluk mak..saya tengok wajah abah..senyum aje..xnagis pun..
tp mak membisikkan pada sy.." abah ko dlm dewan mengalirkan airmata..bila nama ko di sebut n ko naik ke pentas"..oh..abah..terima kasih segalanya..
akan ku kenang peristiwa itu...!!! selama-lamanya.... :)
Read more...
Singapore trip!!! horay!!

ahhaa..bukan nak popular or ape..cume nak kongsi
sebenrnya masih ada lagi koleksi gmbr2 di singapore yang nak diletakk dlm blog saya ni..insyaAllah akan di tambh next time..
sbnrnya..trip pergi singapore ni pun dirancg disaat2 akhir...pergi pun dgn kwn2 ..rsnya hari sabtu..
penat mmg la penat..b4 pergi ..kami buat preparation dulu..yelah..dari segi kewangan..budget nk makan..
then,ada idea utk kami bw bekal..hah..apa lagi mlm sblm kami bertolak,me'rewang' di bilik shira!!! buat sandwich sardin.n goreng nuget!! .haha..gelihati pun ada..yelah..roti 2 bungkus(yg panjang punye), dengan bwgnya la..tomato la..huish...tido pun agak lewat (hampir jam 1 pg) padahal kami kena berkumpl seawal jam 7pagi..
masing2 peruntukan RM100..after convert dptlah around 42 Sing Dollar ..
duit tu mmg kami budget utk beli souvenier sj..makan bekal aje..
sepanjg trip tu kami dibw ke kampung Glam..kat area2 tu ada masjid n Arabic street (jual-jual souvenier)..ada jugak restorent..tapi x pegi pun..hanya mencuci mata..
kat situ,kami shopping brg2..
mcm saya beli - keychain, baju t-shirt, beg..
mai,shira n nana pun beli jugak..tp x ingat da apa brg yg dieorg pilih...
then..kami dibawa ke bandar kota singa..di sana kami merayau and ambil gmbr kenangan...x brp ingat apa nama tempat tu..haa..rsnya ada dlm gmbr kat atas tu..
penat jugak..jln kaki..n penat jugak berposing2..ceh..
yg x boleh lupa adalah semasa berada di Pulau sentosa..seronok sgt2..kami byk tangkap gmbr..byk tempt menarik dlm tu kami pergi..tapi yg paling sedih x dpt msuk n tengok musikal 'song of the sea' dekat2 beach tu..yelah..time tu kami duk sibok cr tempt nak solat maghrib...!!! Ya Allah..mmg dugaan berada di sana..sukar sgt nk jumpa ruang solat...
tp Allah Maha Adil..akhirnya kami dpt jg solat walaupun dlm keadaan yg kurang selesa..(Hanya Allah sj tahu keadaan kami ini..)
tapi apa2 pun..we enjoy our trip to singapore!!!
maybe next time...we'll be there... (aren't we??)
Read more...
Kenangan di Tasik Kenyir!!!
semalam,saya menyelongkar khazanah lama dlm CD..tup..tup nmpkla satu gmbr yg rasa ok kot nak kongsi...hehe..
gambar atas ni diambil ketika saya mengikuti Kem Pemantapan JKM di tasik kenyir ,terengganu..(waktu saya tahun 1)
ahh..memang penat sgt2..yelah sbb kami kena berkayak hampir 2 jam...alhamdulillah,even saya x pandai berenang,at least saya try jugak...best sgt2..
berkayak ni pun merupakan salah satu modul riadah..apa yg AJK terapkan adalah nilai-nilai keyakinan diri, selain drpd interaksi dlm pasukan...
rasanya mmg x puas berkayak time tu...sbb rs seronok..
pengalamn berkayak di tasik kenyir tetap dlm ingatanku...
Read more...
Thursday, November 20, 2008
hanya satu kisah...
Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih mudadaripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yangmenjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poketseluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Diameminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihatrotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambilmengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannyasambil berkata,"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkankata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitispun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok dilantai, ayah merungut."Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatankamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yangberbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap akuyang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-duabelah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahunbersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan akubagaikan baru semalam berlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku puladitawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang banggasekali!""
Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah danibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya danmerenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis keranapersekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawakeluarganya keluar daripada kemiskinan," akumemujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Diamembawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di ataspangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yangtercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerjadan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukupkecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""
Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri denganpakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yangakan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibasbebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,"Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untukakak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanyadibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannyaluka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil danserpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerjakeras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawanmenawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adikada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikankesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayahtiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,juruacara majlis bertanya,"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantasmenceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanyamemakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya padasaya."Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinyaberdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar ""
Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apasaja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganyasampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adiksungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria."Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kitadapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."
Read more...
Doa sebelum memulakan pekerjaan...

salam..
kali ni..sy nak citer sket..pernah x kita terleka utk membaca doa seblm memulakan pekerjaan??
sy sendiri kdg pernah terlupa..sekadar membaca bismillah sj..tapi..jika boleh amalkan selalu membaca doa ni ..insyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi kita drpd melakukan pekerjaan yg tidak diredhaiNya...
Read more...
Tuesday, November 18, 2008
masalah dlm kehidupan???
DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.
Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: 'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah'- surah al-Nisa':8. Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.

Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:
*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).
*Puasa wajib dan puasa sunat.
*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).
*Menunaikan haji.
*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).
*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.
*Bertafakur.
*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.
*Muhasabah diri.
*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.
*Tawaduk' dan sifat qanaah (berpada-pada).
*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.
*Ketahui cara menghindar penyakit hati.
Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.
Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.
Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:
Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:
*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.
*Latihan untuk mendisiplinkan diri.
*Memupuk sikap sabar.
*Mewujudkan rasa insaf.
*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.
Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.
Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud '...dan Tuhan kamu berfirman, 'berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'- surah al-Mukmin : 60, dan 'Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian' -surah al-Baqarah: 168.
Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:
*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
*Mendorong penjelajahan fikiran.
*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
*Mendorong untuk celik akal.
*Mewujudkan kesedaran kendiri.
*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.
Firman Allah yang bermaksud, 'Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia' - surah ali-Imran : 191.
Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.
Read more...
Kerana Dia Manusia Biasa...
Kerana Dia Manusia Biasa
Read more...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya... ...!!!Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada
banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapakali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Ya.. ya."
Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan."Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati."Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ......."Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya.
Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........Kepada Yth ........Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.Assalamu'alaikum Wr WbMohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ .... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. AminWassalamu'alaikum Wr WbSaya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan."Kenapa kamu memilih dia......?""Kerana dia manusia biasa........ " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..""Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin."Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya."Gik.....?""Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.Wallahu 'alam..

Subscribe to:
Posts (Atom)