Thursday, April 2, 2009

** Simpulan Bahasa **

Salam..
saya begitu teruja bila berbincang dgn kak zarah (kerani office nie)..
die mencadangkan agar kami bermain satu permainan meneka peribahasa melayu...
terasa time rehat begitu sekejap saja.. tak sampai 10 minit..adalah beberapa peribahasa dan juga simpulan bahasa yang kami teka..memang lucu melihat keletah kak zarah..dengan muka berkerut utk menjawab pertanyaan dari saya.. kak zarah nie orgnya mmg suka ketawa..jadi sy yg bertanggjwb utk control suaranya..
sekadar perkongsian..dibwh nie adalah sebahagian peribahasa yang saya perolehi dari beberapa artikel.. semoga bermanfaat..

Ada air adalah ikan.
Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

Ada gula adalah semut.
Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

Air dicencang tidak akan putus
Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

Air pun ada pasang surutnya
Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.

Air sama air, sampah ke tepi juga
Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alah bisa, tegal biasa.
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

Alah membeli, menang memakai.
Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.

Alah sabung, menang sorak.
Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.



P/S :- "Bahasa Jiwa Bangsa"

No comments: