Lirik Mawi ft KRU- Sujud
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
Read more...
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dlm Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kpd Allah swt walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini..
Tuesday, March 31, 2009
magic cube !!!
Salam..
Just nak share sket..la nie saya agak obses untuk bermain Rubic Cube Games…
Alkisahnya..saya teruja sampailah pergi membelinya di Pasaraya (IOI Mall) dgn harga RM 10.00.. Apalagi sebaik saja sampai rumah..tangan nie ligat memutar2 mainan nie..huhu..mmg sedih sbb saya nie bukannya expert sgt..pusing2 x jadi jugak..permainan seumpama nie mampu membantu otak kita berfikir..

Nak dijadikan citer..housemate saya (ida n ipah pun teruja dgn game nie)..kami berentap..tp masih amatur..
Saya hanya mampu menyelesaikan satu surface saja.. selama nie, hanya afzani (ajan) saja yg mampu selesaikan rubic magis cube nie dgn kadar yg pantas.. (dlm krg 10 minit)..siap boleh ajar kwn2 yg lain..rasa rugi jugak x sempt bertanya n berguru dgnnya sebelum nie..
Akibat keterujaan yang membuak-buak, saya membawa la magic cube nie kat office ..dgn harapan dapat la tau teknik melalui internet…
Nak dijadikan cerita.. ada sorang senior engineer di sini (En.Sham) ..kebetulan ternampak saya sedang kyusuk memutar-mutar magic cube tu.. tak semena-mena beliau dgn spontan nya minta magic cube tu daripada saya.. ntah mcmane..dalam kurang 7 minit..magic cube tu betul2 selesai (kesemua surface da same warna)… terkesima sikit saya masa tu.. kemudian, dgn muka yang biasa..beliau berlalu pergi…haha.. ingat nk minta berguru.. tapi die ckp susah nk ajar..kena cek kat internet lor macam nie..huhu..so..sape2 kwn yg expert..tolong la kongsi ilmu nie..
Read more...
Monday, March 30, 2009
walimah kak mus (JKM KTC)
salam..
alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya gambar2 walimah kak mus...itu pun melalui blog2 sahabat yang datang..maaf yer kak mus..just nk share sket dgn kwn2 saya yg kenal akak..hehe
nak dijadikan cerita...gmbr2 yg diambil melalui camera hasni (adik junior KTC) ada problem after da install dlm laptop..tup..tup ilang..kecewa mmg kecewa..tp nk wat mcmane..yg pasti hasni lebih kecewa..saya mampu tenangkan perasaan die saja..
just utk tatapan kwn2 yg kenal kak mus..
tgkla puas2..haha..
tgkla puas2..haha..

Read more...
hujung minggu???
Salam..
Alhamdulillah..bersyukur ke-hadrat Ilahi sbb dpt juga kita bernafas di muka bumi nie..dan dpt meneruskan kehidupan sbg hambaNya..
Tiada apa yg menarik utk dicoretkan..rutin harian biasa – kerja..hujung minggu if ada program..join the programme..if ada kelapangan..slalu jugak saya pulang ke rumah (kluang)..dan kadang2 pulang ke kmpg di pontian..jumpa atuk dan adik2 sepupu yg comel – comel..

Kini masuk ke fasa penghujung bulan mac…agak busy sket dgn gerakkerja kelab
Last week, kami (Kelab Nisa’) baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat untuk memantapkan portfolio setiap jabatan Kelab kami.. Tanpa disangka..saya ditaklifkan utk menjawat jawatan dalam unit kerjaya… agak banyak perancangan aktiviti yang bakal kami laksanakan. Antaranya , program hometuition , program usahasama untuk menjana kewangan kelab sendiri..Selain program Tahunan iaitu Karnival Kerjaya..Alhamdulillah saf-saf dalam jabatan nie adalah sahabt-sahabat sy sendiri.. Kak Na ,Kak Mun, Ainul dan juga Nadia hartini..Moga kami istiqamah dalam memegang amanah ini..
Dlm waktu terdekat..Kelab Nisa’ sendiri ditugaskan untuk menjadi AJK Keceriaan dan Kebersihan dalam mesyuarat agung – pada 8 April akan datang.. InsyaAllah..kami semua akan lakukan yg terbaik ..em..sudah tentu orang yg paling busy adalah kak Zie sendiri..almaklumlah..Ketua Nisa’ sendiri pun kena turun padang bagi memikirkan idea2..
Alhamdulillah..dengan adanya aktiviti seumpama nie..saya x la rs kosong..moga Allah swt terus merahmati segala pekerjaan yg saya lakukan..Amin..

Friday, March 27, 2009
walimah farhan (SMB UTM)
Salam kembali..
Alhamdulillah.. sempat juga saya menulis di ruang blog nie..walaupun kekangan masa bekerja..
Last weekend, 21hb Mac 09 (sabtu), kawan classmate walimah (farhan)… meriah sgt2.. disebabkan saya keje time tu smpi tghr so..smpi sana lambat sket..tp xpe..dapat jumpe dgn mempelai.. xdpt gambarkan suasana mmg meriah sbb dpt jumpe teman2 sekelas yg agak lama terpisah..yelah sbb masing2 ada career sendiri..lagi pula mereka bukan dari johor..ada yg dari KL, Selangor..bila da jumpa mmg seronok..even x sempt bual panjang…
Alhamdulillah..dalam classmate saya di UTM (kejuruteraan mekanikal-bahan)..stakat nie da 2 org selamat mendirikan rmh tangga (amin dan farhan)..then maybe coming soon –jetlin (yg ni kwn prmpn yg pertama if betul2 jadi walimah)hehe.. mudah2an urusan ini dipermudahkan..saya??? insyaAllah akhir tahun nie..doakan..
kat bwh nie ada sikit gmbr utk tatapan semua…

Thursday, March 26, 2009
Tuesday, March 10, 2009
pengorbanan ke jalan-Nya..
Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut. Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.
Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
"Tolonglah.. bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.
"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan
(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

Monday, March 9, 2009
Siapa kita ??
KITA SEBENARNYA SIAPA???
KITA SEBENARNYA..lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA..lebih tahu apa itu 14 Februari (velentine day ) daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA..lebih membesarkan hari Sabtu (hari kebesaran yahudi )dan Ahad (hari kebesaran nasrani) daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA..lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang & isikan masa hadir ilmu agama.
KITA SEBENARNYA..lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujian asma ul husna.
KITA SEBENARNYA..lebih suka menyebut hello atau hai ... daripada ucapan ... Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA..lebih suka menyanyi daripada berzikir atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA..lebih suka menerima (hadiah) daripada memberi ...
KITA SEBENARNYA.. lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka membaca majalah harian daripada buku-buku agama dan Al-Quran.
KITA SEBENARNYA..lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA..lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA..lebih suka mencarut daripada menyebut ...MasyaAllah...
KITA SEBENARNYA..lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA..lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYA..lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,..kita lebih suka menjawab... mind your own business...!
KITA SEBENARNYA..lebih suka angankan menuju ke syurga daripada neraka..tapiiii... layakkah kita menjadi calon pilihan ke-syurga milik Allah s.w.t?"
RENUNGKAN LAH ..." ''yang sesungguhnya, akhirat itulah 'negeri' yang kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal dengan perbuatan jahat itu. dan barang siapa yang mengerjakan amalan soleh,baik laki-laki mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga,mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab'. (! surah al-mu'min)wallahu 'alam bisawab..

bersedia ker ??
Salam..
Alhamdulillah..dapt juga luangkan masa utk menulis diblog ari nie.. walaupun ketika ini agak sibuk menguruskn project...
Tahniah saya ucapkn kpd sahabt2 terutamanya pada senior2 semasa di kampus yg bakal mendirikan rumah tangga.. alhamdullilah..almaklumla musim cuti sekolah pd pertengahn bln mac nie digunakan sebaik munkin utk meraikan hari bahagia..
Saya sendiri juga x ketinggalan menerima beberapa jemputan walimah nie..
Mmg betul2 padat setiap hujung minggu..
7hb mac nie.. adik kepada kenalan office menjemput dtg ke rmh di kulai..pada 15hb pula..majlis kak mus -ex housemate yg diadakan di sabak bernam , selangor.. kami adik2 junior (sbb kak mus nie senior) telah plan utk berkonvoi kesana..maybe bertolak 14hb petang..mudah2an urusan kami dipermudhkan..amen..
Then pada 21 mac jugak kwn satu course – farhan akan mendirikan rmh tangga.. mmg da plan nk pegi sbb majlisnya di skudai..xla jauh.. kwn2 yg lain dengar2nya nk turun johor juga..jd dptla berkumpul nanti..
insyaAllah..if ada gmbr menarik akan saya lampirkan dlm blog utk dikongsi..

Thursday, March 5, 2009
Kedai tutup waktu solat...
Petikan: Berita Harian (6 Mac 2009)
MINGORA, Pakistan: Kerajaan Pakistan bersetuju mengarah kedai ditutup pada waktu solat dan menghapuskan gejala pelacuran serta pengedaran dadah sebagai sebahagian daripada perjanjian damai dengan puak Taliban di wilayah barat laut.
Siri rundingan baru berhubung butir perjanjian damai itu kelihatan bergerak ke arah memperluaskan lagi skop tindakan kerajaan dalam memenuhi tuntutan puak Taliban di wilayah Swat, perkembangan yang mungkin sekali lagi mengundang kecaman barat.
Pegawai Pakistan sebelum ini menegaskan di bawah perjanjian damai itu militan tidak dibenarkan membawa senjata secara terbuka tetapi tidak menyatakan sama ada senjata itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa.
Pemberontak Taliban sudah banyak mencatatkan kemenangan ke atas tentera Pakistan di Swat sejak beberapa tahun lalu dan didakwa memaksa sehingga satu pertiga daripada 1.5 juta penduduk meninggalkan wilayah berkenaan. Bagaimanapun, kedua-dua pihak minggu lalu bersetuju mengadakan gencatan senjata.
Pemerhati sebelum ini menjangka penguatkuasaan undang-undang Islam di bawah perjanjian damai itu hanya terhad kepada perubahan dalam sistem keadilan. Namun, sejak itu 17 perkara baru ditimbulkan dalam mesyuarat pegawai wilayah dengan kumpulan Taliban. Pesuruhjaya kawasan yang turut membabitkan wilayah Swat, Syed Mohammad Javed, kerajaan wilayah sudah bersetuju dengan perkara baru berkenaan.
Senarai perkara baru itu turut mengharamkan filem "lucah", memerangi rasuah dan mengambil tindakan tegas terhadap pengedar dadah. Kedai juga akan diperintah tutup pada waktu solat dan kaum wanita juga harus mewarisi harta menurut faraid.Selain itu, kelas mengenai al-Quran akan turut ditawarkan di dalam penjara. Perjanjian damai itu membimbangkan pengkritik Barat yang khuatir kerajaan Pakistan terlalu bertolak ansur di kawasan yang menjadi kubu kuat pejuang Taliban dan al-Qaeda.

Cukup kah masa???

Alhamdulillah..kali nie Allah s.w.t memberi kesempatan waktu utk saya menulis di blog pada kali nie..agak lama tidak menulis..mungkin atas dasar kesibukan waktu bekerja tidak memberi ruang yg cukup utk mencoretkan apa2..
Alhamdulillah..bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yg dikurniakanNya..
Demi masa..Sesungguhnya manusia kerugian…melainkan yang beriman dan yang beramal soleh….
Bilamana kita semua menyebut pasal masa… pasti akan terlintas dengan Firman Allah dalam Surah- Al-Asr ..yg menyatakan Kepentingan masa itu sendiri… Kini sudah masuk bulan Mac 2009..bila lihat saja kalender ..terasa cepat betul masa berlalu…
Saya juga seringkali berfikir dan muhasabah diri.. yelah..sebelum nie..sewaktu menjadi student..masa begitu banyak dihabiskan dengan akademik..sebahagiannya dengan persatuan dan kelab, ..alhamdulillah..rasa begitu terisi dengan perkara2 yg begitu manfaat… kini..masa saya adalah dengan memenuhi tuntutan bekerja…bukan niat utk mengeluh ..namun sebahagian muhasabah diri sendiri..masuk office jam 8.20pagi ..kemudian balik jam 6 ptg..if kena kerja lebih masa..kadang-kadang sampai jam 10mlm..
namun rasa amat bersyukur tidak terhingga..kerana sehingga kini masih diberi ruang masa utk saya menghadirkan diri ke majlis2 ilmu..kuliah2 agama..walaupun tidak sekerap dulu… bekerja di industri amat memenatkan..sehingga ada cadangan teman2 agar cuba memohon utk sambung belajar…
Walau apa pun..saya selalu tanamkan dlm hati.. apa jua pekerjaan yg kita lakukan itu..adalah ibadah ..dan niat kita melakukan pekerjaan itu..semata-mata utk mendapat keredhaanNya… mudah2an Allah s.w.t sentiasa memberi kebaikan dan melindungi kita dari sebarang keburukan dlm pekerjaan yg kita lakukan.. Ameen..
Read more...
Monday, March 2, 2009
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Subscribe to:
Posts (Atom)