Salam..
Alhamdulillah~
Bersyukur atas nikmat iman dan Islam yg diberikan oleh Allah s.w.t..
Hari nie..saya rasa bersyukur dengan ujian yg sgt..sgt..kecil yg Allah beri pada saya..Awal pagi nie..tekak saya terasa amat perit..seusai Subuh..saya terasa ada bbrp benjolan di bhgn leher saya..Benjolan tersebut mmg terasa amat sakit..Tapi saya kuatkan semangat utk ke office...
Setelah siap bersarapan di pantry office..dalam jam 9.30pagi saya bersiap2 mengisi Form kebenaran utk pergi ke klinik panel kilang..alhamdulillah~ masih boleh lagi bawa kereta ke klinik...sepanjang perjalanan ke klinik ..mulut terkumat-kamit membaca selawat dan zikir2..InsyaAllah~ sakit nie sket jer..bisik saya utk sedapkan hati sendiri..
Setelah diperiksa doktor..rupanya leher saya mengalami kelenjar akibat dari infection sakit tekak yg saya alami ini...sakit nie sampai ke kepala..patutla rasa pening sangat2..doktor menerangkan bahawa kelenjar tersebut(berbentuk benjolan) akan pulih dalam masa 2-3 minggu..doktor memberi ubat antibiotik dan ubat sakit tekak..
Alhamdulillah.., ucap saya sejurus keluar dari klinik...Apalah sangat sakit yg saya dapat nie..jika dibandingkan dgn para syahid dan syahidah yg bermati-matian berjuang di jalanNya..apalah sangat sakit ini jika dibandingkan dengan kesakitan yg dirasai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam usaha memberi jalan terang kpd kaum musyrikin...
~ Apalah sangat sakit saya nie...~
Read more...
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dlm Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kpd Allah swt walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini..
Thursday, May 28, 2009
~ Lirik : Satu Suara (Kump.Firdaus)~
Getaran memori semalam
Terasa hangat masa silam
Bagai sinar yg tak terpadam
Ketenangan raut wajahmu
Sesegar tulus senyumanmu
Mesra dan ceria menguntum..
Kisah antara kau dan aku
Indah tak pernah luntur
Kenangan bahgia bersamamu teman
Terlukis jelas di ingatan
Tidakkan bisaku lupakan
Walaupun saat ini kita terpisah
Jauh dari pandangan mata
Kukuh jalinan ini takkan goyah
Dengan rahmatNya
Merenung detik-detik lalu
Kita terduga dan tersungkur
Namun kecewa bukan penghujung
Nyalakan obor kesabaran
Menyinar erti kesabaran
Tersingkap rahsia jadi pedoman
Kita masih disini
Menjejak redha Ilahi
Bersama kita alunkan satu suara
Dendang irama lagu setia
Teguh ikatan hingga ke akhirnya
Bersama genggam erat kata dan janji
Kita jadikan reality
Zahir impian cita seribu erti
Perjuangan suci
Mara melangkah tiada gentar
Kembara kita ke satu arah
Terus mencari
Cinta Yang Esa…
Read more...
Terasa hangat masa silam
Bagai sinar yg tak terpadam
Ketenangan raut wajahmu
Sesegar tulus senyumanmu
Mesra dan ceria menguntum..
Kisah antara kau dan aku
Indah tak pernah luntur
Kenangan bahgia bersamamu teman
Terlukis jelas di ingatan
Tidakkan bisaku lupakan
Walaupun saat ini kita terpisah
Jauh dari pandangan mata
Kukuh jalinan ini takkan goyah
Dengan rahmatNya
Merenung detik-detik lalu
Kita terduga dan tersungkur
Namun kecewa bukan penghujung
Nyalakan obor kesabaran
Menyinar erti kesabaran
Tersingkap rahsia jadi pedoman
Kita masih disini
Menjejak redha Ilahi
Bersama kita alunkan satu suara
Dendang irama lagu setia
Teguh ikatan hingga ke akhirnya
Bersama genggam erat kata dan janji
Kita jadikan reality
Zahir impian cita seribu erti
Perjuangan suci
Mara melangkah tiada gentar
Kembara kita ke satu arah
Terus mencari
Cinta Yang Esa…
Read more...
Wednesday, May 27, 2009
~Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul ~
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif. Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin:
Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut. Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja.
Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.
sumber: Harakah (Dato' Husam Musa :Wed | May 27, 09 | 2:57:19 pm MYT )

Tuesday, May 26, 2009
Salam~
Hari nie..saya telah menerima 2 email dari 2 orang pensyarah UTHM …mereka menawarkan saya utk menjadi Master student mereka (by Research)… Hati saya berbelah bagi utk menerima tawaran tersebut.. munkin dgn komitmen kerja di sini dan perkara2 personal yg belum saya dapat uruskan menyebabkan niat utk mengambil peluang ini saya tangguhkan dulu~
Email pertama saya terima berbunyi :-
Salam,
I have a few more topics to cover for my grant..Well it is not as easy as you will predict, but still you can do a study, perhaps your interest in this matter, I'll like to proposed to you the topic " Design of Ligthweight roof tiles structure based on recycled cooking oil" OR "Design of Stiffened concrete Structure based on recycled cooking oil".
Just give yourself some times and contact me again. TQ
Dan Email kedua pula;
Wa'alaikumsalam,
okay farah saya dah go through u punya CV and saya dah satisfied just to confirm whether u willing utk focus to another area yang may be baru or u tak familiar, cthnhya melibatkan programming and sikit mathematical concept and theory...so okay ker...u sanggup tak, ...saya no problem as long as u sanggup berkerja...saya okay jer,
kalau blh u search dulu my reserach area, then senang saya nak berbincang
satu lagi berkenaan program yg u nak register nie s/ada coursework or reserach, i suggest u ambik research since u pun dah ada beberapa experince handle project and psm..so .pls respond if u are interested. .okay wassalam
InsyaAllah…Saya yakin dan amat yakin dengan keputusan utk saya menangguhkn dulu niat ini~…Apa2 pun saya yakin rezeki yg Allah kurniakan pada hambaNya… Hanya Allah s.w.t sahaja tahu apa yg terbaik utk hambaNya…

Monday, May 25, 2009
~ Siapakah Nasruddin Mullah??~
Baru-baru nie saya mendapat sebuah buku berkenaan Nasrudin Mullah dari sahabat.. Saya tertanya2 siapakah Nasrudin Mullah ini? Lantas saya mencari info di internet..
Nasrudin ialah seorang ahli sufi yang terkenal dengan menyampaikan teladan kepada masyarakat dlm bentuk humor..
Nasrudin tinggal di Anatolia, ia dilahirkan di Hortu, Desa Sivrihisar, Eskişehir di abad ke-13, kemudian menetap di Akşehir, dan kemudian di Konya, di mana dia meninggal dunia pada 1275.
Saat ini, cerita Nasruddin begitu terkenal di berbagai daerah, dan telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. Beberapa daerah secara mandiri mengembangkan karakter yang mirip dengan Nasruddin. Di kebanyakkan daerah, Nasruddin merupakan sebahagian dari budaya. Nasruddin sering muncul sebagai karakter aneh yang besar di Albania, Arab, Armenia, Azerbaijan, bengal, Bosnia, Bulgaria, Yunani, Hindi, Italia, Pashto, Persia, Rumania, Serbia, Turki dan Urdu kaum tradisi vignettes. Dia juga sangat terkenal di Yunani untuk hikmah dan penghakiman (undang-undang) dan dia juga dikenali di Bulgaria, meskipun dalam peranan yang berbeza. Karekter Nasrudin juga sudah sangat terkenal di Cina selama bertahun-tahun, dan masih akan muncul dalam berbagai filem, kartun, dan novel.Di china, karakter beliau lebih dikenali sbg Afanti..(seperti cover buku di bawah nie)

Saya sendiri sudah hampir separuh membaca buku tentang Nasrudin Mullah ini..agak banyak pengajaran dan teladan yg disampaikan..sampaikan ida (housemate saya juga suka cara penyampaian yang dibawa oleh Nasrudin Mullah itu sendiri)..

~ Budaya Membaca~
Salam~
Setiap kali saya menonton Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3..lebih kurang pada jam 7.30pagi..(sejurus selepas Buletin Pagi), pasti pengacara MHI akan memulakan bicara pada masa itu dgn menunjukkn buku bacaan mereka..”Satu Buku..Satu Hari..”..pada saya slot ini agak bagus dan ia merupakan salah satu kempen membudayakan masyarakat memupuk sikap suka membaca…
Contohnya pada hari ini..pengacara Ahmad Fitri Yahya berkongsi bahan bacaannya kepada penonton..Buku pilihannya pada kali ini bertajuk “Rindu Bau Pohon Tin “ tulisan Ustaz Hasrizal Jamil.. Pada pandangn Ahmad Fitri..beliau amat tertarik dgn penulisan ustaz Hasrizal kerana ia berdasarkan cerita benar ustaz itu sendiri..
Sebelum ini..pengacara Abby Fana berkongsi bukunya yg bertajuk “ Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Paling Bahagia” tulisan Dr.Syekh Ab’aidh ..Dari penerangan Abby, dia menyatakan amat tertarik cara penulisan buku ini..kerana yang istimewa adalah setiap bab dalam buku ini dicirikan dengan Permata, Berlian..dan lain2..
Apa yg saya nampak usaha seumpama ini di pihak media merupakan salah satu usaha yang mampu memupuk nilai mencintai ilmu di kalangan masyarakat sendiri..~

Friday, May 22, 2009
~Kisah Rasulullah S.A.W dgn Limau~
Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.
"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" - Saidina Ali
Wallahualam

Thursday, May 21, 2009
Banglo mesra kucing..

ADAKAH rumah mesra kucing berbeza berbanding kediaman yang tidak membela kucing?"Tidak. Sama sahaja dengan rumah lain. Sebelum kami membela kucing, semua perabot ini sudah ada.
"Jadi tidaklah sampai perlu mempertimbangkan perabot yang tidak mudah calar dan sebagainya," kongsi juruteknik muda, Shazwan Khairudin, 24, yang kini menjaga tiga ekor kucing di rumah ibu bapanya di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara, Kuala Lumpur.Anak sulung daripada dua adik-beradik ini merupakan peserta program realiti Meow! Belai Si Comel Bersama Friskies yang masih bersiaran di sebuah stesen televisyen.
Mengisi ruang tamunya dengan set sofa berbalut fabrik dan kulit yang diimport dari Itali, segalanya berkeadaan elok sahaja tanpa kesan calar atau rabakan. Malah dinding binaan kayu nyatuhnya juga terpelihara dengan baik.
"Kami hanya menggunakan penyembur anticakaran kucing untuk semua jenis perabot. Kepada manusia, penyembur ini tidak mengganggu, tetapi bagi binatang, bau yang dihasilkan mungkin tidak enak dihidu.
"Kami turut menggunakan penyembur berasaskan bunga catnip pada tempat mencakar khas yang telah disediakan di tempat-tempat tertentu," katanya.
Menurut Shazwan, kucing peliharaan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di dalam sesebuah kediaman baru.
"Ketika mula-mula membawa pulang Fifi (kucing untuk program Meow! Belai Si Comel Bersama Friskies), memang dia langgar sana sini. Terusik jugalah perhiasan di dalam rumah ini.
"Tapi dalam masa dua minggu, dia sudah boleh membiasakan diri. Sekarang dia tak lagi mengusik barang perhiasan mak," ujar pemegang Diploma Animasi Digital dari The One Academy itu.
Kalau diperhatikan, Fifi sangat lincah berbanding kucing yang sudah lama dipelihara bapa Shazwan, Khairuddin Jalaludin, 53, yang dipanggil Shaggy.
Melompat naik dan terjun dari set sofa di ruang tamu, Fifi tampak riang dengan kebebasan yang diberikan oleh tuan rumahnya."Kami memang tidak menghalang ke mana saja Fifi atau kucing lain hendak pergi, kecuali bahagian depan rumah kerana bimbang akan terlepas ke luar pagar. "Tidak kiralah kalau sehingga ke bilik tidur sekali pun, kami tidak risau," katanya.
Keyakinan itu berikutan latihan yang telah diberikan kepada Fifi dan Shaggy untuk membuang air di tempat yang telah dikhaskan di luar rumah.Disebabkan seekor lagi kucing, Sinba, gemar tidur bersama tuannya di bilik utama, Khairuddin dan isteri, Sharifah Muda, 53, sentiasa memastikan pintu bilik dibiar renggang agar si comel dapat keluar dari bilik setiap kali hendak membuang air kecil.
Sinba pada asalnya milik jiran tetapi dia enggan pulang ke rumah tuannya sejak lebih dua tahun yang lalu.
"Kami layan seperti kucing sendiri. Dia lebih seronok duduk di depan rumah.
"Pernah sekali dia berlawan dengan anjing yang masuk ke laman rumah. Sinba seperti penyambut tetamu dan penjaga keselamatan di rumah ini," Shazwan berseloroh.
Banglo dua tingkat ini memiliki tujuh buah bilik termasuk pejabat dan bilik orang gaji serta tujuh bilik air.
Kolam ikan koi
Dengan kolam ikan koi di laman sisi, kehadiran tiga ekor kucing tidak sedikit pun menjejaskan keselamatan ikan perhiasan yang berwarna terang itu.
"Kami sudah latih agar kucing-kucing ini tidak mengganggu ikan itu. Lagipun kami layan semua kucing seperti ahli keluarga dan sentiasa menjaga waktu makan mereka," jelas Shazwan.
Menjaga sendiri kebersihan rumah, Sharifah memilih untuk mengurangkan kerja pembersihan dengan menyikat bulu kucing-kucing di rumah itu setiap hari dan melakukan grooming sekali dalam sebulan.
Satu faktor yang menarik perhatian tentang rumah ini ialah kelebihan pada persekitarannya yang menghijau.
"Saya memang sudah lama mencari rumah di dalam kawasan hijau seperti di sebuah padang golf. Kawasan ini juga berpagar berganda dan lengkap dengan sistem keselamatan 24 jam.
Sumber: Kosmo (22 Mei 09)
Read more...
Wednesday, May 20, 2009
Bukti AS jadikan perang Iraq sebagai Perang Salib

WASHINGTON - Pencerobohan Iraq oleh tentera yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) pada 2003 disebarkan secara meluas untuk menyingkirkan Saddam Hussein sebagai presiden dan menghapuskan senjata pemusnah besar-besaran, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, bekas setiausaha negara AS, Donald Rumsfeld dan pakar-pakar strategi Jabatan Pertahanan AS menjadikan perang itu mirip perang salib.
Laporan harian mengenai perkembangan perang tersebut oleh Rumsfeld kepada Presiden George W. Bush ketika itu disertai dengan kata-kata yang dikutip daripada kitab Injil.
Berita itu pastinya akan mencetuskan kemarahan penduduk Islam yang mendakwa negara-negara kuasa besar Kristian mahu menghapuskan sebuah negara Islam tetapi ia dinafikan oleh White House.
Dalam salah satu dokumen rahsia yang diserahkan oleh Rumsfeld kepada Bush, terdapat satu imej menunjukkan sebuah pesawat F-18 berlepas dari dek kapal pengangkut AS.
Bagaimanapun, terdapat petikan kata-kata yang diambil daripada kitab Injil disiarkan bersama imej tersebut.
Satu gambar Saddam turut disiarkan tetapi ia disertai dengan petikan kata-kata daripada kitab perjanjian lama. - Agensi
P/S : Sejarah ketika Zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi menunjukkkan tentera Eropah melanggar perjanjian perdamaian..~ Sejarah berulang kembali~..
Read more...
~ Kesempatan sblm memulakn kerja~

Salam ~
Pagi nie..saya sempat membuka Google Books..niat utk membaca beberapa synopsis buku..sebelum memulakan kerja..akhirnya saya memilih utk membacal buku berjudul : Abu Bakar : Sahabat Sejati (tulisan Abdul Latip Talib)
Buku novel Sirah Islam ini menceritakan perjalanan hidup seorang insan yg mulia dalam memnbantu Rasulullah menyebarkan risalah Islam..
Pada awal buku ini menceritakan, sejarah daripada kelahiran Saidina Abu Bakar (bapanya bernama Abu Quhaifah dan ibunya pula bernama Salma)…diceritakan bahawa hubungan kekeluargaan antara keluarga Saidina Abu Bakar dengan bapa saudara Rasulullah s.a.w sudah terjalin sejak mereka kecil lagi..ini berikutan mereka adalah dari kaum yg sama…Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w. sudah lama bersahabat (kerana sama2 membesar dan juga berniaga)..
Apa yg menarik, Saidina Abu Bakar dalam buku ini, ada ditulis berkenaan seorang ahli kitab di Yamman begitu ingin bertemu dgn Saidina Abu Bakar sendiri.. Sebaik pertemuan berlangsung, ahli kitab itu meminta izin utk melihat tanda di tubuh Saidina Abu Bakar..Namun Saidina Abu Bakar meminta ahli kitab penjelasan tentangnya..lalu ahli kitab itu pun menyatakan,
“Berdasarkan kitab-kitab yang dibaca, akan diutuskan seorang Nabi di Tanah Arab..Dia daripada bangsa Quraisy. Nabi itu akan dibantu oleh seorang lelaki berkulit putih, kurus dan ada tahi lalat pada perutnya dan ada tanda pada peha sebelah kiri”Setelah ahli kitab itu mendpt keizinan utk melihat tanda di tubuh Saidina Abu Bakar, dia pun bersuara,
“ Demi Tuhan, tuanlah orang yg akan menjadi sahabat Nabi itu..”Bacaan saya terhenti sehingga Bab 3 (sehingga kisah cabarab dakwah Rasulullah s.a.w)..Dalam hati..insyaAllah..akan saya cuba dapatkan buku yg menarik ini..mudah2an..
Read more...
Friday, May 15, 2009
~ List Buku ~
Salam..
Dibawah ini adalah senarai buku-buku yang saya ingin dapatkan..Saya amat tertarik dgn gaya penulisan Abdul Latip bin Talib, walaupun menulis Novel berbentuk sejarah~ namun ia tidak membosankan..InsyaAllah, moga saya diberi ruang masa utk mendapatkannya..moga dipermudahkan..amin..
1. Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel
2. Tariq Menang ataupun Syahid
3. Abu Bakar Sahabat Sejati
4. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
5. Ikramah: Penentang jadi Pembela
6. Khalid Memburu Syahid

~Musibah~ marilah muhasabah diri..
Salam..
Alhamdulillah~ dapat juga saya coretkan sedikit bingkisan dlm blog kali nie..
Hari nie, 16 Mei, saya bekerja..ada project yg saya perlu handle this week..

sebelum melangkah keluar dr rumah, saya cuba meluangkan masa utk mendengar dan menonton Program TV9 ~ Tanyalah Ustaz…awal pagi nie tajuk nya adalh “Musibah”..dikendalikan oleh Ustaz Zahazan Mohamad..Mendengar setiap hujah2 yg dibicarakn dlm program nie..membuatkan diri saya insaf..Manakan tidak..terdapat bbrp soalan yg ditanya oleh penonton membuatkan saya berfikir..

Antara soalan2 yg diajukan “ Selama ini saya telah berusaha utk melakukan kebaikan sbg seorg muslim sejati dgn memperbanyakkan amalan spt melakukan solat sunat, membaca Quran, berzikir..dan sbgnya..Namun, musibah tetap datang kepada saya, Apa pandangan Ustaz?”..
Kemudian Ust.Zahazan menjwb “ Allah s.w.t telah menetapkan ajal, maut,jodoh,rezeki kpd hambaNya sejak azali lagi~ Kita sbg hambaNya JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA DGN RAHMAT ALLAH S.W.T.. Musibah yg menimpa seseorang mungkin ada rahmatnya…jadi, jangan mudah utk berputus asa..”..
Dlm perbincangan tajuk ini juga, ustaz juga menceritakan Sirah Nabi Ayub a.s dimana beliau diberikan dugaan oleh Allah s.w.t iaitu beliau mengalami penyakit kulit..Di bwh ini saya selitkan sedikit kisah Nabi Ayub a.s:-
NABI Ayub, anak Nabi Ishak dilimpahi kekayaan harta benda, malah mempunyai banyak binatang ternakan seperti lembu, kambing, kuda, kaldai dan unta. Kekayaan itu membuatkan kehidupannya senang.
Beliau juga mempunyai keturunan yang besar kerana ramai anak, baik lelaki mahu pun perempuan. Seorang daripada anaknya menjadi nabi, iaitu Basyar.
Walaupun kaya dan mempunyai segala kemewahan, Nabi Ayub tidak lupa membuat kebajikan kepada golongan fakir, miskin dan anak yatim. Beliau tidak sombong, malah tetamu yang mengunjungi rumahnya disambut dengan baik.
Harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak dan hamba kepada kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan dan ketakwaannya kepada Allah semakin luhur.
Melihatkan keadaan Nabi Ayub itu, iblis berusaha menggunakan segala tipu helah untuk menggugat keimanannya. Justeru Nabi Ayub diuji dengan pelbagai cubaan. Pertama diuji melalui kekayaan dan harta bendanya. Kemewahan dengan kekayaan yang dinikmati, semakin hari menjadi susut dan seterusnya semua kekayaan itu habis.
Ayub akhirnya menjadi miskin dalam sekelip mata. Walaupun menghadapi ujian getir itu keimanan kepada Allah tidak langsung terjejas. Beliau sabar menghadapi dugaan dengan hatinya tidak ketinggalan mengingati Allah.
Pendirian Nabi Ayub ternyata tidak mudah diubah. Justeru, diuji sekali lagi dengan kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan pada masasama memupuk ketakwaan pada Allah.
Mengenai pelbagai ujian itu, Allah berfirman, maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali’.”
Nabi Ayub memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu helah iblis. Selepas itu, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa. Beliau menderita kerana penyakit itu selama tujuh tahun.
Walaupun begitu lama menanggung sengsara penyakit itu, beliau tidak pernah gelisah. Beliau tabah menghadapi dugaan. Walaupun badannya semakin kurus, hingga menakutkan mata memandang, beliau masih mampu mengingati Allah.
Disebabkan penyakit Nabi Ayub itu sungguh dahsyat tiada orang sanggup melihatnya, melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya. Iblis tidak senang apabila menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri Nabi Ayub.
Isterinya digoda supaya tidak melayaninya lagi. Tipu daya iblis itu sebenarnya diketahui Nabi Ayub dari awal lagi lalu diberitahu kepadaisterinya. Nabi Ayub berkata kepada isterinya: “Jika aku sembuh, engkau pasti aku pukul 100 kali.” Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah seperti digambarkan melalui al-Quran: “Ingatlah ketika Ayub menyeru kepada Tuhannya: Ya tuhanku! Aku mendapat penyakit dan cubaan daripada syaitan.”
Doa Nabi Ayub dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan: “Cecah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami anugerahkan dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.”
Mengenai nazarnya, Nabi Ayub mengingatkan isterinya yang terpedaya dengan iblis bahawa beliau akan memukul isterinya itu 100 kali jika beliau sembuh. Justeru, apabila benar-benar sembuh dan sihat, Nabi Ayub bertekad untuk melaksanakan nazar itu.
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub mengenai cara melakukan nazar itu. Firman Allah, bermaksud: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”
Nabi Ayub menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya dengan sekali libasan. Walaupun sekali pukulan, ia dikira 100 kali kerana rumput yang diikat itu mengandungi 100 helai daun.
Demikianlah kisah Nabi Ayub a.s.. Beliau tabah dgn ujian yg diberikan Allah kpdnya..
Ustaz Zahazan juga menyatakan ada Doa yg perlu kita lafazkan semasa ditimpa musibah,
Keterangan Ayat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.
Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)
Ayat di atas disebut ketika:
* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.
Read more...
Thursday, May 14, 2009
~MB saran wanita pelajari ilmu silat ~
KOTA BHARU, 27 (Hrkh) - Golongan wanita khususnya di kalangan remaja disaran mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi dimanfaat ketika waktu-waktu terdesak.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ilmu tersebut wajar dipelajari sebagai usaha untuk mempertahankan diri daripada gangguan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, apabila wanita mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri kejadian ragut dan pencabulan yang semakin menjadi-jadi membabitkan golongan wanita sekarang dapat dikurangkan.
Sekiranya golongan wanita mempunyai ilmu itu sedikit sebanyak mereka tahu cara untuk mempertahankan diri dari terus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab,� katanya di sini.
Sehubungan itu beliau mencadangkan wanita yang berminat mempelajari ilmu mempertahankan diri mencari tenaga pengajar yang benar-benar terlatih serta diiktiraf.
Beliau juga mencadangkan Nisa Malaysia turut menganjurkan kejohanan seni mempertahankan diri di kalangan wanita dalam sukan Nisa pada masa akan datang.
Selain itu acara renang juga wajar dipertimbangkan diadakan dalam acara sukan itu yang hanya membabitkan golongan wanita sahaja, ujarnya.
P/S : sudah lama saya meninggalkn dunia persilatan (Silat Gayong Malaysia)~ selepas tamat Matrikulasi..rindu utk mempelajarinya lagi.. moga diberi kesempatan..InsyaAllah~

~Lau-See~
Salam~
Sekadar utk coretan… di office saya ada seorang Senior Engineer ..namanya Y.W. Leow..tapi saya selalu panggilnya “Lau-See”..maksudnya “cikgu”..die pernah bertanya kpd saya kenapa saya panggil die “Lau-See” sedangkan ramai lagi engineer yg layak utk dipanggil sedemikian..tatkala pertanyaan itu ditanya..saya hanya senyum saja~ (sbnrnya saya kagum dgn cara kerja nya yg teliti dan tenang ..selain sederhana) Orangnya mmg dilihat dari luaran kelihatan sangat sederhana.. dari segi percakapan, cara berjalan,dan sebagainya..
Dalam masa yg sama..Lau-See ni selalu bercakap dengan ayat yg sopan dan teratur ..(atau makna lain~ berbudi bahasa)..Lau-See nie amat gemar bercakap dalam Bahasa Melayu dgn ayat yg saya kira bagus jika dibandingkan dgn rakan2 sekaumnya yg lain di dalam office saya..~
Pernah bbrp kali..saya bertanya dari mana dia belajar bercakap bahasa melayu ..boleh dikira agak fasih..dia hanya menyatakan sebelum ini, dia kurang fasih..mungkin sbb byk bergaul dgn rakan2 berbangsa Melayu membuatkan dia bersemangat utk menguasai bahasa ibunda kita…
“ Saya juga selalu menonton Filem P.Ramlee, dari situ saya belajar la”, ungkap Lau-See lagi.. “ Oh..patut lah Lau-See fasih berbahasa Melayu”, balas saya…Lau-See tersengih2..
Sekiranya ada masa terluang, Lau-See juga kadang2 mencari Kak Zarah dan juga saya utk bertanya bbrp perkataan Melayu yg agak jarang didengari..
“ Zarah, Bolehkah saya tahu apa maksud “jarang” ? dgn tenang kak zarah pun menjelaskan satu persatu… “ maksud jarang ni ada banyak, antaranya perkara yg tidak selalu kita buat..sbg contoh Saya jarang makan di rumah..dan jarang juga maksudnya nipis ataupun polos..contohnya baju kemeja awak jarang…faham x?” jelas kak zarah panjang lebar..
Kemudian, Lau-See pun menyambung.. “ Jarang tu bukan masak air ke?”..haha~ saya tersenyum di samping kak zarah…Kak Zarah pun xmampu meneruskan kata2 nya lagi..
Tak mengapalah Lau-See..yang penting semangat anda ingin mendalami bahasa Melayu itu kami hargai ~ ucap saya dalam hati..

Monday, May 11, 2009
~ 11 Mei ~
Salam kembali~
Alhamdulillah~ bersyukur sgt2 saya masih diberi kesempatan utk berada di muka bumi Allah s.w.t sbg hambaNya..
Hari nie (11 Mei ), cuaca di luar hujan beserta kilat. “Agak lebat hujan di luar ye farah..”tegur kak zarah (kerani office) semasa bertembung dgn saya yg kebetulan time tu nak ke testing room..saya pun jawabla. “yelah kak..da bbrp hari ni..hujan agak lebat..xpela nak buat mcmane..”
Melangkah masuk ke bilik tersebut dgn menekan kod di pintu masuk..tidak kelihatan kelibat sesiapa di situ..saya terus saja masuk utk membuat measurement utk model remote control..selesai sample yg ke-9, tiba2 kedengaran guruh yg kuat diluar sana..saya membaca la doa yg sepatutnya..ntah bagaimana tiba2 ..sorang officemate memanggil saya dari luar..mengetuk2 cermin kaca.. “farah..farah..keluar cepat..!”, mukanya agak panik~.saya cepat2 membuka pintu..
Astagfirullah..saya mengucap panjang..dalam office kami dipenuhi asap..rupa-rupanya kilat tadi menyambar kabel di atas office kami (sbb department kami yg paling atas skali)..time tu saya lihat rakan2 office yg lelaki sibuk memadamkan kebakaran di stor kami~..ada yg menelefon safety officer…alhamdulillah~ tiada apa2 yg buruk berlaku..boss kami orang yg paling cepat bertindak..sbb pd mulanya sebaik saja kilat tu menyambar kabel.. loceng kecemasan berbunyi. Tp sekejap saja..ingatkan tiada apa2 yg berlaku..Boss kami bertindak pantas dgn mencapai pemadam api dan memadam api yg agak marak di dalam stor..
Hampir satu jam lebih keje kami semua tergendala~..dengan network server down..time tu saya lihat rakan2 office saya berasa risau dgn kejadian tadi..kak zarah org yg paling2 risau..saya datang kpdnya..dan cuba tenangkannya..
Alhamdulillah~ tiada kecederaan semasa peristiwa itu..dalam jam 4.30ptg..baru reda..namun network, internet..masih x bleh berfungsi..Inilah peristiwa di office yg saya x boleh lupakan ~ 11 Mei...

Sunday, May 10, 2009
~ Terima Kasih Mak~
Salam..
"Selamat Hari Ibu~", itulah ucpn yg saya sempat lafazkan sblm saya pulang semula ke senai..
Mak memeluk saya dan ucapkan terima kasih..saya tersenyum saja~
Pada hari ahad pagi dalam jam 7.30 pagi..saya pergi la menghantar adik ke sekolah..kerana dia ada kelas tambahan..mak pun ikut sama~ munkin risau saya akan tersesat..lagipun abah pun awal2 pagi da keluar..mak kata ke pasar sekejap..mencari lauk-lauk utk tghri..sejurus menghantar adik di sekolahnya di taman sri kluang, saya pun mengajak mak saya pergi mencari sarapan..walaupun di rumah tadi pagi saya telah menyediakan nasi goreng kampung utk sarapan.
Mak pun tak membantah..saya drive mencari satu restoren di taman intan..mmg agak ramai di situ~ daya tarikannya da tentu roti canai yg sedap..saya mencari parking..dan terus mengajak mak singgah..duduk sahaja saya memesan roti canai kosong n teh tarik..mak pula memesan roti telur dan juga teh tarik..dan saya minta utk dibungkuskan 6 keping roti canai..yelah..utk santapan abah n adik-beradik yg lain..
Kemudian,saya bersuara , "mak, orang belanja mak makan roti canai dgn teh tarik sj..mak x kisah ker?" mak senyum saja.." cukupla..nie pun da kira special nih.." kami berdua ketawa bersama~ dalam hati saya, cukupla if mak rasa gembira..~

Thursday, May 7, 2009
~ Kerja sbg ibadah ~ bykkn sabar
Salam~
Alhamdulillah, syukur ke-hadrat Ilahi atas nikmat membenarkan saya bernafas di bumi ini.. Tiada coretan yg istimewa kali nie..hanya sekadar perkongsian pengalaman saya di alam pekerjaan ini…
Sudah hampir 10 bulan juga saya bekerja di industri nie..ada beberapa pengalaman dan cabaran saya hadapi.. memang sebelum saya menjejakkan kaki di industri sudah beberapa cerita saya dengar daripada senior2 dan juga pensyarah saya sendiri berkenaan tekanan bekerja di industri..memang ada kebenarannya..namun dlm hati saya setiap tekanan, saya jadikan ia sbg cabaran dan motivasi pada diri sendiri…
Sejak saya bekerja di industri nie (saya ditempatkan di bhgn RND Department- Mechanical Project Team ), agak banyak juga project2 yg perlu saya handle..biasalah..pd awalnya saya hanya membantu jurutera disini ..namun x sampai sebulan saya diberi tugasan utk handle project..estimation masa setiap project yg saya kena handle adalah hampir 4-5 bulan..kadang-kadang memang memenatkan~..tp setiap pekerjaan kita adalah ibadah..
Antara project yg saya rasa agak mencabar sewaktu saya menjadi PIC..adalah project yg melibatkan dengan Company Phillips di China~..saya ditugaskan utk menguruskan project Model Set Home Theatre Phillips..sepanjang tempoh bbrp bulan~ saya rasa emosi kurang menetu…perlu kerja lebih masa, turun berjumpa supplier, pergi ke production,attend meeting….time tu saya banyakkan istighfar dan selawat..kadang2 makan pun x ikut timing~..ada masa saya perlu meeting dengan engineer Singapore yg datang ke kilang saya.. Ya Allah~ hanya doa sahaja mampu diri ini panjatkan agar diberi kekuatan ..
Saya beranggapan hampir semua pekerjaan ..tidak dapat tidak terlepas dari wujudnya tekanan /stress…Hari nie..saya amat terkejut …awal pagi..kira2 dalam 20 minit sewaktu saya baru masuk di office ..terdengar suara Head of Department saya (boss RND)..memanggil seorang engineer (electric) ..Ya Allah..masa tu..bulu roma meremang…sampaikan kakak kerani di sini yg sudah bbrp tahun bekerja di sini menyatakan x pernah dengar suara boss sekuat itu~.. munkin ada project yg belum settle lagi..dlm hati saya masa itu, hanya mampu menarik nafas panjang2 dan zikir sebanyak2nya..
Mudah2an saya masih diberi kekuatan utk berada di industri ini..bukan semua perkara bekerja di industri nie teruk..ada juga yg baiknya…yelah..ilmu~ itu yg saya ingin kutip di sini..InsyaAllah~

~Kita ibarat pinggan~
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai..
Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi... Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina...Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga...
Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga..Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat..

Tuesday, May 5, 2009
~ Selamat Hari Ibu ~
Salam kembali~
Kini sudahpun masuk bulan Mei..terasa begitu pantas masa berlalu.. Bila saya melihat kalender syarikat, ada bbrp hari yg ditanda cuti... 1 Mei- Hari Pekerja, 9 Mei - Hari Wesak..
Hati saya terasa macam ada satu hari istimewa dlm bulan Mei nie jugak.. Setelah lama berfikir, baru teringat … Minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun , iaitu Mother’s Day.. Cepat2 saya menanda pada kalender.. Saya termenung sekejap.. memikirkan.. perlu ke ada sambutan Hari Ibu?? Yelah, dalam kotak fikiran saya, bukankah hari2 adalah Hari Ibu…Tp dlm masa yg sama saya juga rasa ada baiknya sambutan nie diadakan …at least anak2 dpt memberi penghargaan dan perhatian lebih kpd ibu masing2…

Alhamdulillah~ sejak saya berjauhan dgn family..terutamanya mak.. (semasa saya belajar dr Matrikulasi sehingga menyambung pengajian di Universiti dan kini sudah bekerja)..sudah menjadi kemestian dlm diri saya utk menelefon dan bercakap dgn mak setiap hari…even dlm masa 5 minit sekalipun~ saya rasa begitu tenang apabila mendengar suaranya…
So, this year for celebrate Mother’s Day,saya akn drive pulang ke kluang pada petang jumaat (selepas habis keje jam 6 ptg,) ..saya plan utk menghargai mak saya dgn ucapan kasih-sayang dan berterima kasih atas pengorbanannya pada saya dan adik-beradik.. Byk sebenarnya dalam fikiran saya utk sambut Hari Ibu nie- antaranya nak buat kek utknya..if x berkesempatan pun, saya cuba bawanya berjalan2,keluar makan.. InsyaAllah, saya harap mak akan gembira … ~ Selamat Hari Ibu ~

Subscribe to:
Posts (Atom)