Monday, June 29, 2009

~Harapan utk adikku~

Salam..

Alhamdulillah~ masih lagi saya diberi ruang masa oleh Allah swt utk menaip di dlm blog nie..Segala puji hanya bagiNya..tiada daya upaya saya melainkan dengan pergantungan hanya pada Allah swt..

Lewat minggu lepas, sempat juga saya pulang ke Kluang ..utk bersama keluarga tercinta…rupa-rupanya kepulangan saya amat dinanti-nantikan oleh adik kesayangan saya- Farahaida (Aida)..Sesudah memberi salam..sesampai saja saya di pintu rumah, terus die bertanya kepada saya, “ Angah, esok angah free kan..?? sekolah adik ada buat Hari Ko-Kurikulam..ada jualan2 kelab..nanti angah ajak mak abah pegi tau..”..saya menjawab “Insya-Allah”..pendek saja saya membalas..munkin kepenatan memandu sebaik saja balik dr kerja petang tu..Adik pun faham dan terus membantu saya membawa masuk barang2 saya…terima kasih adik..!

Adik juga begitu teruja bercerita kepada saya tentang lawatannya ke Melaka baru-baru nie..trip Kelab Koperasi sekolah dia.. saya dengar dgn penuh minat..yelah..sekali-sekala dengar budak2 bercerita nie pun seronok…kemudian..adik terus menarik tangan saya ke meja computer.. “Angah..nak tgk x gambar trip adik tu? ada dlm pen-drive ni..” ucapnya dengan ceria..”Yelah..yelah.angah tgk la nie..” balas saya..(sebenarnya saya da mengantuk time tu..nak xnak saya layankan adik tercinta nie..)…kat bawah nie ada sket gmbr kenangan adik dan rakan2 di Melaka.. Harapan Angah agar adik menjadi hamba yg taat kpd Allah swt, anak yang taat kpd ibu bapa, dan seterusnya mampu meneruskn perjuangan Islam itu sendiri ..InsyaAllah~









Read more...

Wednesday, June 24, 2009

~ Tolong ingatkan saya !! ~

Tolong Ingatkan Aku..
www.iluvislam.com
oleh : helangsenja
Editor : doraemong13


Assalamualaikum sahabat-sahabatku…

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..


Read more...

~ Abah ~

Salam,

Alhamdulillah~ jari-jemari sy nie masih lagi sempat utk menaip di blog nie..even agak byk project yg perlu sy settelkan...
Tiada apa yg ingin dicoretkan.. cuma mengingatkan bbrp peristiwa sepanjang minggu lepas... menonton iklan dan cerita di TV pd minggu lepas..kebykkn menyiarkan cerita-cerita berkaitan pengorbanan insan bergelar bapa... antara yg sempat sy tonton adalah sebuah filem bertajuk " John Q"..jalan cerita yg sangt menarik..dan byk teladan dan panduan blh kita ambil dr plot filem nie..(maaf, tak mampu huraikan sinopsis cerita nie..tp yg pasti ia menarik utk ditontoni)

Sememangnya..Hari Ibu dan Bapa adalah setiap hari pd diri saya...tidak tertakluk pd hari2 tertentu saja...saya bangga mempunyai bapa yg sy panggil abah sejak kecil lagi..saat ini, abah sudah pun menginjak usia 50 tahun..Alhamdulillah~ Di kala usia begini, abah masih gagah mencari rezeki dgn berniaga..namun pernah juga saya menyatakan supaya berehat2 saja di rumah..namun abah masih berdegil..munkin terasa bosan jika hanya duduk2 saja di rumah...munkin mak dan abah terasa sunyi..

setiap kali saya pulang ke rumah di Kluang, sy lihat mak dan abah rajin berinteraksi dgn kucing2 kesayangan mrk..terasa lucu jugak dgn perlakuan mak dan abah..yelah..anak yg pulang sekali-sekala nie pun tidak dilayan seumpama itu..mak pun pernah menyatakan yg kucing2 kesygn mrk nie pun da mcm anak sendiri...Alhamdulillah~ rs bersyukur sgt2 mak dan abah amat menyayangi makhluk ciptaan Allah swt..

Apa yg pasti... abah mahupun mak sentiasa menerapkan sy dan adik-beradik bhw nilai kasih syg kpd mahkluk ciptaan Allah swt itu tiada sempadan yg boleh membezakannya..
Akhir kalam~ contohilah sifat Rasulullah s.a.w dlm kehidupan kita..moga diri kita semua diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. InsyaAllah~



~ Jang~


~ Laden~



~ Epoi~


maaf yer abah..gmbr nie paling comel..abah dan kucing kesygnnya ~ Jang..


Read more...

Friday, June 19, 2009

~ Alhamdulillah...~

Salam…

Alhamdulillah~ syukur atas nikmat dan limpahan rezeki serta rahmat Allah swt kpd sekalian makhluk ciptaanNya… Alhamdulillah juga saya panjatkan kpd Ilahi kerana masih memberi saya ruang utk bernafas di muka bumi ini…

Malam semalam (19hb Jun 09- Jumaat) saya beserta housemate (ida dan ipah) diberi kesempatan masa utk pergi mendengar Forum Perdana Ehwal Islam di Hutan Bandar Putra Kulai sempena EkspoRakyat 2009 KulaiJaya… Kami tiba disana kira-kira jam 8.50malam…Forum bermula pada jam 9.00 malam..Alhamdulillah..saya lihat sekeliling…Alhamdulillah~ agak ramai penduduk yg datang semata-mata utk mendengar Forum ini…hati saya begitu gembira… Sebaik saja sampai di tapak Forum, kami mencari tempat duduk..tidak sampai 10 minit, pengacara majlis memulakan Forum dgn memanggil ketiga-tiga panel naik ke pentas…



Forum dipengerusikan oleh Ustaz Fahmi (Jabatan Agama Kulai)…Ahli panel terdiri daripada Ustaz Yusri (Jabatan Agama Johor), Ustaz Hanafiah (Jabatan Kadi Kulai) dan Ustaz Sulaiman Maidin (Jabatan Agama Ledang)… Tajuk forum adalah “Wahdah…pemangkin khairatun Ummah” Saya begitu teruja dengan barisan ahli panel sendiri..kerana ada di antara mereka saya mengenali karakter dan cara penyampaian ketika saya menghadiri kursus Pra-Perkahwinan suatu ketika dulu…

Ahli panel bijak mengupas dan membincangkan tajuk forum kali ni…Pada pusingan pertama, Ustaz Yusri menghuraikan apa maksud tajuk forum nie..perkataan wahdah membawa maksud kesatuan atau bersatu..jadi mereka menyatakan pentingnya kesatuan dalam mensejahterakan ummah atau masyarakat …dalam konteks Negara Malaysia kini…
ustaz juga menghuraikan maksud Surah Ali-Imran ayat 110 yang membawa maksud: “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan utk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Ustaz Hanafiah pula menghuraikan tentang konsep kesatuan itu sendiri dengan merujuk dalil Al-Quran, Surah An-Nahl , yakni Perihal Lebah… ustaz menerangkan bahawa konsep kesatuan sudah wujud dalam makhluk ciptaan Allah swt ini.. ada 3 konsep yg diterangkan:-
1. Konsep Bekerjasama
2. Konsep Setiakawan
3. Konsep Hormat-menghormati

Ustaz Sulaiman pula menceritakan bahawa kesan wujudnya ‘border’ utk kita bersatu mampu memberi kesan yg besar dlm mewujudkan keharmonian dan keamanan Negara sendiri… Ustaz memberi contoh sirah masyarakat Jahilyyah yang hidup dalam Asabiyyah (yakni berpuak-puak)…sehinggakan ada sirah menyebutkan terjadinya perbalahan dan persengketaan antara 2 kaum di Tanah Arab selama 200 tahun lamanya hanya kerana berpunca daripada seekor unta peliharaan satu kaum itu memasuki sempadan kaum yg lagi satu..maka terjadi ketidakpuasan hati lalu terjadilah peristiwa berbunuh-bunuhan sesama sendiri…

Kesimpulan daripada forum ini…ketiga-tiga ahli panel mengutarakan agar kita semua kembali kepada penyerahan diri kepada Allah swt…dan dlm masa yg sama.. cuba amalkan setiap masa utk mudah memaafkan orang lain..

Kami pulang sebaik sahaja tamat forum..jam ditangan menunjukkan 12.00 tgh malam… masing2 antara kami tersenyum membawa ilmu2 yang amat berguna dari forum tersebut utk dipraktikkan dlm kehidupan seharian…terutamanya dalam konsep kesatuan dan perpaduan itu sendiri…hati saya berkata, moga kami diberi sekali lagi ruang masa utk menghadirkan diri bersama-sama ke majlis ilmu ini lagi sekali….InsyaAllah~
Read more...

Thursday, June 18, 2009

~ Alunan Munajat buat diriku~

Salam,
Subhanallah..Alhamdulillah… AllahuAkbar..

Awal pagi setelah menghidupkan enjin kereta, sambil saya memasang CD lagu-lagu dendangan Opick..
Hati saya begitu tenang meskipun sepanjang perjalanan ke tmpt kerja…mmg boleh dikatakan sentiasa sesak..lagi2 di kawasan Airport Senai... setelah itu..saya memasang pula, Cd Roh Munajat..dendangan Ustaz Asri Ibrahim.. sgt menggetar jiwa…terutamanya alunan Doa Munajatnya..begitu terkesan dgn jiwa saya .. di bawah adalah erti doa tersebut yg sempat sy catat..

Ya Allah, aku mohon kpdmu untuk mendpt rahmat disisimu..
Utk membimbingku mengatur hal-hal yg belum teratur…
Menolak godaan,..memperbaiki hubunganku..memelihara agamaku..menjaga niatku yg tidak kelihatan..meningkatkan dan mensucikan amalku yg kelihatan..
mencemerlangkan wajahku..memberi petujuk kpdku utk melangkah ke jln yg lurus…
memenuhi hajatku..dan menjaga daku dr segala kejahatan…

Ya Allah, sesungguhnya aku pohonkan keimanan yg tulus ikhlas melimpahi seluruh hatiku…
Aku pohnkan juga keyakinan yg benar sehingga aku mengetahui..bahawasanya tidak akan mengenai ku sst musibah kecuali apa yg telah ditentukanmu buat diriku…Jadikanlah aku redha menerima segala ketentuanmu..

Ya Allah..aku pohon keimanan yg jujur..keyakinn yg tidak kufur lagi kemudiannya..aku pohon juga rahmatmu yg mampu menampung anugerah kemulianmu..di dunia dan di akhirat..

Ya Allah..aku pohon kemenangan..ketika menemuimu..ketabhn hati menerima keputusanmu..aku memohon darimu.tmpt para syuhada..dan kehidupn org2 yg bahagia..dan mendpt pertolongan utk menghadapi musuh dan menyertai para nabimu..

Ya Allah kpdmu aku tmptkan hajatku..meskipun lemah buah fikirnku..dan singkat amal perbuatanku..namun aku amat berhajat kpd rahmatmu..oleh krn itu..aku memohon kpdmu…wahai pengadil segala perkara..penyembuh segala hati sepertimana engkau selamatkan aku dari amukan di tengah lautan…semoga Engkau selamatkan aku dari seksa api neraka…huru-hara fitnah kubur dan godaan2 terkutuk yg menghancurkan..

Ya Alllah..dimana buah fikiranku sangat lemah dan amal2 perbuatanku sgt jauh sempurna..niat serta cita2-citaku tidak mampu berbuat kebajikan yg pernh kau janjikn kpd seseorang dari hambamu..atau sst kebajikn yg pernh kau anugerahkan kpd seseorang dan makhluk..aku berdoa dan tetap memohon perlindungn dan kekuatan darimu..Engkaulah Tuhan penguasa seluruh alam..

Ya Allah..jadkianlah kami orang yg menunjukkan dan mendapat petunjuk…tidak sesat dan menyesatkan bersedia memerangi musuh Tuhan..hidup damai dgn segala kekasih Tuhan kami akan terus mencintai siapa yg Engkau cintai..dan memusuhi siapa jua Engkau musuhi…iaitu makhluk2 yg menentangmu..

Ya Allah..dengarlah doa permohonanku…terserahlah kpdmu utk memperkenankan …inilah yg terkuasa olehku..hanya kpdmu terletaknya harapan..sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah..dan kepadamu kami akan kembali…tiada daya dan upaya kami melainkan dgn pertolongan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung…
Read more...

Sunday, June 14, 2009

~ tahniah kak rina ~

Salam kembali…

Sepanjang cuti musim sekolah nie… banyak jemputan walimah yg saya terima…ada jemputan dari jiran saya di taman, ada jugak rakan sekerja..dalam banyak2 jemputan..saya memang x sabar2 ingin pergi ke majlis walimah Kak Rina di Rengit,Batu Pahat.. (yg saya telah anggap seperti kakak sendiri)…Alhamdulillah..pada tarikh 13hb Jun..Kak Rina sah bergelar isteri…sy bersama2 family berkesempatan hadir di majlisnye..mendoakan kebahagian mereka sekeluarga disamping titipkan doa buat pengantin baru…hem, Kak Rina kini menuntut di maktab (DPLI)…munkin dalam akhr tahun nie tamatla pengajiannya…




Sebenarnya kami sekeluarga terhutang budi dgn family kak Rina sendiri…kerana ketika mak saya keguguran sebanyak 2 kali di Sarawak suatu ketika dahulu..pada keluarga Kak Rina lah ..kami adik-beradik dipelihara spt anak sendiri sementara mak di hospital..abah pula berkursus di Kuala Lumpur..jadi sepanjang bbrp minggu itu..makan,pakai kami dijaga dan diurus oleh mak dan ayah Kak Rina (kami panggil Pakcik Ali dan Cik Nor)…kak rina anak kedua.., abang sulungnya yg sy panggil abg ayin,,kemudian mimi (adik lelaki kak rina-kini berkhidmat sbg askar)..dan yg bongsu saya panggil –manja (baru sj tamat SPM)..hanya ucapan terima kasih sj mampu kami sekeluarga lafazkan..hanya Allah swt saja mampu membalasnya…

Akhir kalam…buat Kak Rina..Selamat Pengantin Baru…moga dikurniakan zuriat keturunan yg soleh-solehah…amin…
Read more...

Wednesday, June 10, 2009

~Dalam minggu nie~

Salam..

Dalam minggu nie ..saya terasa badan nie begitu lemah..kepala pun pening2…suhu badan rasanya normal…dalam hati saya berbisik, “Mungkin banyak keje..badan pun rasa penat..”.. Alhamdulillah..saya bersyukur kerana masih lagi diberi ruang bernafas di muka bumi Allah s.w.t..

Dalam minggu nie juga saya terpaksa mengejar jadual utk running project…ada 2 project in 1 time saya kena handle…apa2 pun pekerjaan yg sy lakukan adalah ibadah dan dalam masa yg sama saya mengharapkan Allah swt memberikan apa jua kebaikan pada pekerjaan ini dan berlindung dari apa jua keburukan yg ada padanya..Amin..

Dalam minggu nie… saya melihat kesungguhan teman serumah saya menjalankan bisness – mengambil upah menjahit baju…walaupun mereka bekerja di siang hari..namun masih gagah di malam hari menjahit baju kurung yg ditempah…adik saya yg masih berada di rumah sewa saya pun mencadangkan kpd saya supaya belajar menjahit…saya hanya mampu tersenyum saja..almaklumlah..tangan nie agak keras dan kaku berkaitan perkara2 halus dan berseni..setakat jahit sarung bantal yang koyak boleh agaknya…huhu~ terasa ingin belajar suatu hari nanti..InsyaAllah..suatu masa nanti..mudah2an…

Dalam minggu nie… agak banyak masakan berat yg saya masak..yelah..ada tetamu ‘kenit’ dirumah saya kini..siapa lagi adik saya laa.. agak banyak permintaan lauk-pauk yg ingin dijamah…Alhamdulillah~ sempat juga saya menyediakan ayam masak tom yam, masak lemak cili api, sup ayam, sup sayur,sambal udang..niat semata2 utk memuaskan rasa tetamu istimewa saya… “Angah, sedapnya kalau angah buat kek nie..” ucap adik sambil membelek majalah Nur kepunyaan saya… aduss..alahai adikku sayang…jika diri kakakmu ini hebat dalam menyediakan kek seumpama itu..takkan kakakmu nie bekerja di kilang sbg engineer.. lebih baik kakakmu ini bekerja sbg chef di hotel 4 or 5 bintang..huhu~ .. “kalau adik nak rasa kek macam tu..nanti angah belanja kat kedai kek yek..” balas saya.

Dalam minggu nie..entah mengapa terasa nak menimbang berat badan…kebarangkalian utk bertambah adalah tipis..bisik hati saya…hemm..memang benar …makin susut pula..patutla 2 minggu lepas balik ke Kluang..mak tegur fizikal saya yg agak susut..saya menjawab, “ tak mengapalah mak..orang sihat nie..nanti orang makan banyak sket..insyaAllah naik semula berat nya…” ungkap saya utk menyedapkan hati mak..


Dalam minggu nie…jadual saya amat padat…ada juga dapat SMS dari kak na..menyatakan ada program di Gelang Patah… maaf sangat2 kak..diri ini tidak berkesempatan utk menghadirkan diri ke program..hanya doa saya mampu titipkan supaya program berjalan seperti yg dirancang..insyaAllah.
Read more...

Sunday, June 7, 2009

~ adik..~

Salam..

Jari-jemari ini masih lagi sempat menaip sedikit coretan di blog utk dikongsi bersama teman2…Alhamdulillah~

Pada minggu nie..pelajar-pelajar sekolah adalah golongan yang amat ceria..kerana 2 minggu cuti sekolah… tak terkecuali adik bongsu saya- Farahaida (saya panggil adik)..masakan tidak… dia begitu teruja utk ikut saya balik ke senai…kiranya ingin menetap bersama saya selama tempoh seminggu sahaja..walhal saya sudah menyatakan padanya , “ nanti angah pergi kerja..adik tinggal sorang2..xpe ker?”..dia menjawab tak mengapa…lagipun sepeninggalan saya ke tempat kerja..dia boleh siapkan kerja sekolahnya nanti..

Sabtu lepas..saya dan adik ke Hospital Sultanah Aminah (JB) ..menziarah pak ude ..kami sampai kira2 jam 12.15tghr..sebaik sahaja melangkah masuk ke wad ..kelihatan pak ude terbaring..saya memberi salam kepadanya..agak terkejut dgn kehadiran saya dan adik tanpa ditemani abah dan mak.. “ Eh..datang 2 orang je ker?,,mak dan abah mana?” pak ude bertanya..saya tersenyum dan membalas, “ oh..ilah datang dengan adik saja..lagipun ni dari senai..adik duduk dengan ilah sepanjang cuti sekolah nie..” pak ude mengangguk tanda faham..lama jugak saya berbual dengan pak ude..Alhamdulillah~ saya lihat pak ude sudah boleh diajak berbual..cume kadang2 nafasnya agak semput sedikit..pak ude saya juga sempat mengusik adik saya utk mengurut kepalanya..mula2 adik rasa malu..tp saya pujuk adik tolong picitkan kepala pak ude.. “tak rasa apalah aida urut pak ude nie..rasa tulang aje..”, pak ude berseloroh..saya dan adik tersengih2..pak ude memang suka bergurau..hem..saya sempat membelikan adik sepupu saya makanan tengahri..risau jika dia belum menjamah makanan tengahri lagi..dan x lupa juga saya membekalkan bbrp majalah utk bacaannya..mudah-mudahan dia x terasa sunyi dan bosan duduk di hospital tu…kira2 jam 1.30 ptg kami beredar…saya doakan agar pak ude cepat sembuh..


Ahad pagi pula setelah siap menyediakan sarapan pagi (masak nasi goreng saja)..saya bersiap sedia utk mencuci kereta ..almaklumla..da agak kotor saya lihat kereta nie..adalah 2 minggu x sempat cuci…nak tak nak saya gagahkan diri nie ..setelah selesai..saya mengemas bahagian dapur pula... oh..semua housemate saya tiada pada hari nie sbb mereka balik kampung ..katanya ada jemputan.. kira-kira jam 10 pagi saya mengajak adik ikut saya ke pasar tani..mencari bahan2 utk masak..tiba-tiba adik saya bersuara, “ Angah..kan best dapat makan tom yam..hehe~”..saya tersenyum.. “Oh..nak suruh angah masak tom yam la nie..?” adik pula tersengih2.. “ pandainye..patutla dari tadi asyik pusing2 kat tempat ayam jer..” saya membalas.. haii..saya pun membeli la bahan2 utk masak tom yam..adik punya pasal..xpe laar.. tghri tu setelah selesai makan, adik memuji masakan saya.. “Sedaplah tom yam angah..dulu x pandai masak..naper sekarang masak sedap jer..” huhu ~ jujur sungguh dirimu adikku..pujian tu mmg membina tapi ada juga penyataan yg amat tajam..haha~ “angah masak dengan kasih sayang..tu yang sedap..” ucap saya.. “oh..dulu xde kasih sayang laa?” adus..pedas2..haha~ “dulu angah x pandai masak sangat laa..haha..”.. kata saya utk sedapkan hati..
Tiba-tiba adik bersuara, “Esok boleh la angah masak ayam masak lemak cilia api..mesti sedap kan..” “wah..wah..order macam angah nie chef restoren yer.. haha~” balas saya..tersengih2 adik. “InsyaAllah yer..angah masak nanti..tapi adik kena tolong laa..boleh?” dia mengangguk2…

Pagi nie..setelah saya siap masakan nasi , saya keluar mencari sarapan utk adik nanti..yelah saya masuk kerja jam 8.20pagi ..balik jam 6ptg…mesti sediakan bekalan makanan utknya…biskut, milo semua saya dah standby…nie pun saya di office kerap telefon adik..risau jika dia bosan di rumah sorang2… adik sempat berkata , “Angah nie asyik tipon jer..jangan risau laa..adik tau jaga diri..nie pun tgh buat kerja sekolah..” Lega saya dia cakap macam tu..Cuma mmg ada rasa risau laa..harap adik x bosan yer..



~ gambar adik bersama mak dan abah~
Read more...

Thursday, June 4, 2009

KELEBIHAN SURAH AL WAQIAH

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda,
“Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]


Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang hartawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
• Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya
• Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
• Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
• Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
• Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
• Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
• Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
• Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
• Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

**Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.
Read more...

Wednesday, June 3, 2009

~ Sabarlah...Allah swt menguji kita..~

Salam.

Hari Ahad yg lepas saya berkesempatan melawat Pakcik saya (adik kepada abah saya) di Hospital Besar Sulatanah Aminah,JB..Pakcik yg saya panggil Pak Ude ,menjalani pembedahan Apendiks.. agak teruk keadaannya..

Abah , mak dan adik2 bertolak dari Kluang kira-kira jam 9.30 pagi..saya pula menanti di Skudai ..Sebaik saja nampak kereta abah..saya follow hingga ke Hospital..Kami tiba di sana hampir jam 12 tghr..ada masa setengah jam waktu lawatan…

Hampir setengah jam menunggu..kami pun masuk ke wad .dan kami lihat katil .Pak Ude dikelilingi doctor dan jururawat..Abah terus bertanya kepada jururawat..rupa-rupanya Pak Ude saya perlu dibawa ke bilik pembedahan sekali lagi kerana kini die mempunyai masalah usus pula…

Astaghfirullah..saya mampu mengucap saja masa tu..kami fikir Pak ude alami appendiks sahaja..saya sempat berbisik kepada sepupu saya (Azie~ anak Pak Ude saya yg berusia 18 thn)…” Sabar ye Azie..Allah swt sedang menguji kita semua..Azie kena kuat..jangan putus2 berdoa kpd Allah..Hanya pada Dia saja kita bergantung harap..” Azie hanya menitiskan airmata..

Saat tu ..saya hanya mampu menenangkan sepupu saya..mak pula menenangkan Mak Ude saya yang x berhenti-henti menangis..Abah pula menahan sebak melihat adiknya terlantar di atas katil.. Pak Ude saya kelihatan separa sedar…mungkin kesan daripada ubat yg disuntik oleh doctor..

Kami sekeluarga terpaksa beredar bilemana tempoh melawat tamat…Mak Ude dan anak2nya saja dibenarkan menjaga Pak Ude.. Sepanjang perjalanan pulang..kami x putus2 berdoa agar kesihatan Pak Ude kembali pulih seperti biasa…

InsyaAllah..Jika tiada aral..Sabtu dan Ahad ini..saya akan ke hospital utk menziarah Pak Ude saya …moga dengan kehadiran saya disana dengan sedikit bacaan Yasin dan doa dapat membuat dirinya tenteram…InsyaAllah~
Moga Pak Ude kembali sihat seperti sedia kala…Amin~
Read more...