Friday, August 28, 2009

Salam Tahniah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Salam tahniah, saya ucapkan kpd sahabat2 kampus yg bergraduasi pada Ogos lepas.. maaf sbnrnye agak terlewat utk pos dalam blog.. Ucapan tahniah kepada Hasnizom (FKE), Dzul (FKE),Taufik Kadir (FKM), Tuan Zabidi (FKM), Salfiza (FS) dan bbrp lagi shbt2 di UTM..mohon maaf jika tidak sempat utk sampaikan ucapan tahniah kpd kalian...moga terus sukses di masa hadapan..InsyaAllah~

P/S: harap diberi kesempatan pada tahun depan (Feb 2010) utk melihat adik lelaki sy konvo di Uitm Shah Alam...
Read more...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

Thursday, August 27, 2009

~ Barakah Bulan Ramadhan ~

Salam…

Alhamdulillah~ bersyukur sangat atas kurniaan nikmat iman dan Islam kepada diri ini…
Kehadiran Ramadhan amat dinantikan…Alhamdulillah..saat sy menaip tulisan nie..sudah genap seminggu umat Islam berpuasa…

Puasa tahun nie mmg benar2 menguji kesabaran sy… sabar dgn kerenah boss ..sabar dgn tuntutan kerja..sabar dgn kelakuan rakan office…sabar segala-galanya… namun tetap ada manisnye..Alhamdulillah sgt2… kami disini menganjurkan Tadarus Quran setiap kali masa rehat (lunch time- jam 12.30- 1.30)..manakala setiap Isnin dan Khamis pula bacaan Yasin bersama-sama staff department lain di Surau…rasa sgt2 betapa indahnya jika program seumpama ini berterusan walaupun bukan di bulan Ramadhan..

Namun kenangan bertadarus bersama rakan-rakan di kampus dulu…x munkin dapat dilupakan…
Read more...

Wednesday, August 26, 2009

Tadarus Quran dlm kenangan~



gambar ini diambil ketika saya dan sahabat2 bertadarus (kami mewakili Kolej Kediaman-KTC)di Masjid Sultan Ismail (MSI) di UTM Skudai.. Dari kiri, Hasni,Helia(rakan kolej),saya dan juga Teah..amat merindui kenangan ini..
Read more...

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor


Read more...
< Petikan dari email yg di forward oleh teman >


Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu
yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara
paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah
tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat
penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca
emel ini

| "Assalammualaikum.

| Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
| Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
| sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
| masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
| kerajaan ketika manghadiri kursus.

| Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
| Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
| menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
| bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

| Mungkin kita x perasan
| kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
| Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
| apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
| maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
| yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
| tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
| Marilah kita sama2 fikirkan."


| Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
| Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

| Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
| WALLAHUALAM....
Read more...

Monday, August 24, 2009

Hukuman Sebat Kartika batal ?

Sumber: Oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Irwan Shafrizan Ismail dan Yusliza Yakimir Abd Talib (bhnews@bharian.com.my)



Van Jaip bawa model ke Penjara Kajang patah balik selepas bergerak kira-kira 200 meter

SUNGAI SIPUT: Keputusan mengejut Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak yang sepatutnya dilaksanakan minggu ini menimbulkan kekecohan di rumah bapanya di sini semalam, selepas model sambilan itu berkeras mahu dibawa ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman.

Kekecohan berlaku kerana Kartika Sari enggan keluar daripada van Jaip yang hanya bergerak sejauh 200 meter dari rumahnya di Kampung Jawang Utara, di sini, manakala bapanya, Shukarno Mutalib enggan menerimanya apabila pegawai Jaip menyerahkan semula anaknya.

Ketika pegawai Jaip berunding dengan bapanya, Kartika Sari duduk dalam van selama kira-kira sejam mulai jam 9.25 pagi sehingga jam 10.30 pagi sambil diperhatikan ramai penduduk kampung yang sebelum itu mengadakan solat hajat memohon wanita itu tabah menghadapi hukumannya.

Bagaimanapun, selepas perbincangan, Shukarno bersetuju menerima anaknya apabila Pegawai Penguatkuasa Jaip, Sharafuddin Zainal Abidin mengeluarkan surat pengesahan menyatakan Kartika Sari diserahkan semula kepada keluarganya berikutan penangguhan hukuman itu.

Kartika Sari, 32, yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu kemudian bersetuju selepas bapanya berbincang dengan pegawai Jaip selama kira-kira sejam.

Sebelum itu, tiga pegawai penguat kuasa Jaip pergi ke rumahnya untuk membawa Kartika Sari ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat, tetapi van Jaip yang dinaikinya berpatah balik ke rumahnya selepas menerima arahan penangguhan hukuman.
Keputusan penangguhan dikeluarkan di Kuantan, Pahang oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz, berkata sebaik menerima arahan itu, tiga pegawai Jaip yang ditugaskan menjemput Kartika Sari membebaskannya dan diserahkan semula kepada bapanya.

"Kartika Sari dibebaskan, tetapi untuk sementara waktu saja atas nasihat Ketua Hakim Syarie negeri. Hukuman sebatan tetap kekal. Namun, bagi menghormati Ramadan, hukuman ditangguh dan akan dilaksanakan selepas puasa.

"Tarikh bila Kartika Sari akan dibawa semula belum ditetapkan. Jaip akan merujuk semula kepada pejabat Ketua Hakim Syarie, tetapi yang pastinya ia selepas Aidilfitri," katanya.
Kartika Sari yang kecewa dengan keputusan itu, berkata beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjalani hukuman sebat dan tidak faham tujuan Jaip menangguhkan hukuman berkenaan.

"Saya tetap dengan pendirian saya. Saya tak tahu di mana kedudukan saya sekarang. Macam mana? Hati saya masih di situ. Saya sudah nekad (untuk disebat). Tiada hitam-putih apa kedudukan saya sekarang. Saya tetap dengan keputusan untuk disebat.

Saya tertanya-tanya. Apa yang berlaku. Mengapa buat saya macam permainan bola sepak. Itu yang saya sedih," katanya sambil menangis selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar polis bahawa beliau tidak melarikan diri selepas waran tangkap dikeluarkan.

Beliau dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan dia ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Sementara itu, Ketua Pendakwa Syarie Jaip, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi enggan mengulas lanjut pembebasan Kartika Sari, sebaliknya berkata lebih elok perkara itu didiamkan saja tanpa perlu diheboh-hebohkan.

"Penjelasan tidak perlu diberikan sekarang...lebih baik diamkan dulu. Tiba masanya nanti kita akan maklumkan," katanya.
Read more...

~Salam Ramadhan~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku di sepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

Mudah2an kita sama2 mendapat barakah di dalam bulan ramadhan itu nanti...Aminnn..
Read more...

Monday, August 17, 2009

~ Futsal Tournament ~

Salam,

Saat sy menulis coretan ini..badan terasa lenguh2..terutamanya bhgn kaki…tapi kena juga gagahi diri utk bergerak2…yelah..x boleh manjakan sangat badan nie… almaklumlah…kesan dari main futsal ahad lepas yang dianjurkan oleh Biro Sukan kelab saya… wah..memang seronok bila saya kenang semula… manakan tidak..nie first time sy main futsal.. sampai terjatuh2 pun ada…aduh! Mana x rasa sakit n lenguh2…
Kami tiba di gelanggang futsal Pulai Utama dalam jam 7.30pagi…Alhamdulillah, setelah semuanya berkumpul, kami mulakan dgn usrah dan sedikit pengisian isu semasa..agak byk perkongsian yg kami bincangkan..antaranya isu H1N1, dan bbrp pengumuman penting…





Selesai saja perbincngn, kami membuat screcthing dahulu, kira warming-up..kemudian kami dibahagikan kumpulan..kumpulan merah dan hitam..saya bersama2 kwn2 yg lain (kak zie (ketua), aina, mimi, aimi,dan asila) berada dlm kumpulan hitam…


~ ni la srikandi kumpulan Hitam ~



~ ni pula team merah ~

memang penat…tapi dlm masa yg sama amat gembira la dengan aktiviti riadah nie…walaupun hakikatnya kumpulan kami tewas … (merah- 2 , hitam- 1 )…tidak mengapa..insyaAllah~ pada perlawanan akn datang, kami cuba meningkatkan prestasi dan strategi permainan…


Saat bermain ketika itu, hati sy terdetik, banyak sebenarnya kemahiran2 yg boleh didapati semasa kami menjalankan aktiviti riadah…antaranya, kemahiran berkomunikasi,kemahiran menyusun strategi, dan sebginya…teringat bagaimana sirah Rasullullah saw semasa menyusun strategi yg amat teliti utk bala tentera Islam tatkala berjuang menentang musuh… sungguh bijaksana baginda mengetuai pasukan tentera Islam di saat itu..

Perlawanan berlangsung hampir 1 jam setengah..sebelum bersurai..apalagi ..majls penyampaian hadiah kepada pemenang2..dapatlah kami hamper..







syukran dan kepada biro sukan khasnya dan pada shbt2 yg lain amnya…moga dapatla kami bermain futsal lagi…(huhu~ mesti..mesti..utk menuntut kemenangan…em..xla..utk mengeratkan lagi ukhwah !!)..insyaAllah~
Read more...

Sunday, August 16, 2009

Luahan dan keluhan ? jangan mudah berputus asa..

Salam kembali..

Alhamdulillah~ syukur kpd Allah swt..krn masih diberi ruang bernafas di muka bumi ini..
Agak lama juga sy tidak berkesempatan menulis dlm laman blog nie..namun sy cuba juga mencoretkan cerita yg boleh dikongsi bersama kwn2 semua…

Saya mulakan dgn kisah keluhan dari bbrp kawan ..yang boleh dikatakan hampir berputus asa dgn pekerjaan yg mereka lakukan kini…erm..kawan2 sy kebanyakannya bekerja di industri..jadi memang agak banyak tekanan kerja sebenarnya… antara keluhan mereka, “ Farah, ada tak peluang pekerjaan dlm bidang pendidikan?”.., “Farah, aku da bosan la kerja kat industri nie..penat dan stress.” …dan macam2 lagi la keluhan dr mrk..sy turut bersimpati dgn kisah mereka..dan dlm masa yg sama jugak merasai apa yg mereka alami..

Cuma munkin situasi kerja mereka agak terbeban dgn masalah komunikasinya..dan lain-lain..Wallahu’alam..apa yg sy rasa kini..bekerja di industri bukanlah buruk seperti yg disangkakan..seandainya kita mampu menangani setiap permasalah kerja..1Apa yang sy cadangkan pada kwn2..supaya mereka bykkn istighfar sekiranya stress..dan jaga amal ibadat kita… insyaAllah~ semuanya akan kembali seperti biasa dgn izinNya..


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.


Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
Read more...

Tuesday, August 4, 2009

~sekadar coretan~

Salam ..

Dalam bbrp minggu ini..badan berasa sgt letih…biasalah..tuntutan kerja..kena handle project ..kdg2 weekend pun kena dtg office…bukan niat utk mengeluh…Cuma sekadar luahan perasaan…terasa gelihati juga bila mana sy melihat meja sy dlm keadaan yg kurang terurus (bukan bersepah..Cuma tidak tersusun saja..).. masakan tidak..baru mengemas..tak smpi 5 minit..kena buka fail2 project ditambah dgn drawing..







Saat saya menulis catatan ni..sudah genap setahun sy bekerja di industri..Subhanallah~ terasa begitu cepat masa berlalu.. Pada saat ni juga sy baru saja dapat punch-card yg baru…al-maklumlah..kena ganti baru after kejadian kereta sy kena pecah last week…rasa mcm baru jer kerja…yelah..bersih lagi punch-card sy nie..

Saat ini juga sy teringat2 program pada 2 minggu lepas bersama2 rakan kelab di Hutan Bandar Mutiara Rini.. aktiviti riadah dan juga aktiviti "jalan2 cari makan".. (credit to jawahir ats gmbr yg diambil)..




Saat ini juga sy baru saja mendapat email dari Kak Na (Ketua unit kelab sy)..menyatakan ada program di UTM pd hjng minggu ini…memerlukan tenaga kerja … kepada Kak Na..insyaAllah~ sy cuba menghadirkan diri utk membantu mana yg termampu…
Read more...

Sunday, August 2, 2009

~ Dugaan yang kecil ~

Salam kembali..

Alhamdulillah~ syukur masih lagi diberi ruang utk saya bernafas dimuka bumi Allah swt ini utk melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya..syukur juga masih diberi nikmat iman dan Islam pada diri ini..

Coretan sy kali nie..sekadar berkongsi sedikit pengalaman kpd teman2 sekeliling…
Al-kisahnya..pada hari Jumaat yg lalu..(31 Julai)..sekitar jam 8.40malam..sy bersama teman baru saja pulang dari office..kemudian, kami pun singgah sekejap di Pasar malam (berhampiran dgn kawasan perumahan yg saya duduki kini)…setelah parking kereta..kami pun mencari2 la gerai yg menjual nasi bungkus..

setelah selesai urusan jual beli..terus saja kami ke parking kereta ..kiranya kami hanya mengambil masa dlm 10 minit saja…tup..tup..time sy nk buka pintu kereta (driver side)..terasa kaca berderai di sisi saya…Allahuakbar..!! saya menjerit dan terus memanggil kawan sy tadi ..rupa2nya..cermin tingkap sisi tempat duduk belakang driver telah dipecahkn oleh org2 yg x bertanggungjawab..mmg sah org tersebut telah mengambil tas tangan milik sy yg diletakkn di seat belakang…Alhamdulillah~ dalam beg tersebut hanya ada punch card kerja + kunci rumah+ pendrive + payung kesayangan saya + Buku Hadith 40 (sedih sgt2 sbb diambil skali) + Name card Book + bbrp ketulan duit syiling (sy anggap sedekah atas ‘pekerjaan’ mereka)..saat itu..sy istighfar banyak2..munkin ada hikmah di sebalik kejadian ini…

Kemudian, dengan keadaan perut yg kosong ni..kami gagahi ke balai polis membuat laporan.. setelah selesai laporan bertulis, kami pulang ke rumah dalam jam 12 tghmalam..
Sampai saja di rumah..tiada selera saya utk menjamu makanan yg telah dibeli tadi…al-maklumlah perut sudah berisi angin..namun atas nasihat rakan serumah..sy hanya menjamah nasi tersebut..Dlm hati saya di saat itu…ini hanya sedikit saja ujian dariNya..

Saya terpaksa mengambil cuti pada hari sabtu.. awal pagi sy telah pergi ke worksyop ..
Kira-kira 3 jam proses membaikinya..setelah selesai kesemuanya..sy pulang ke rumah dgn sedikit perasaan lega… bersyukur kerana ini ujian yg amat kecil dari Allah buat hambaNya…

p/s: terima kasih kpd Kak Norish krn sudi menemani sy sebelum kereta sy siap dibaiki…
terima kasih juga kpd housemate (ida n ipah) krn membantu sy membuka pintu bilik dgn pelbagai teknik2 ala-ala MacGyver gayanya..disbbkn kunci bilik juga diambil sekali…
Terima kasih juga kpd rakan2 office (yg risau dgn keadaan saya)..dan tidak dilupakn juga sy memohon maaf kepada sahabat2 Nisa Gelang Patah..krn tidak dapat membantu dlm program pada hari sabtu tersebut… apa yg sy mampu titipkan agar perjalanan program tersebut berjalan dgn baik…
Read more...