Tuesday, September 29, 2009

Dinner Department 09

Salam kembali,

Alhamdulillah, semalam department saya (RND) anjurkan satu majlis makan malam dan juga majlis perpisahan seorang senior engineer di office sy yg berhenti hujung bulan ni… majlis ni diadakan di sebuah restoran di kawasan The Zone, Johor Bahru. Kami bertolak ke sana selepas office hour..dalam jam 6 ptg. Saya ditemani kak norish, kak zarah dan juga Yana.. Terasa sangat penat sbb jalan ke pusat Bandar amat sibuk dan dalam masa yg sama kami sebenarnya tersesat jalan. Namun berkat kesabaran dan doa yang x putus2 moga dipermudahkan jalan utk kami, Alhamdulillah, kami akhirnya selamat juga sampai ke tempat dituju... Sampai sahaja di sana, jam menunjukkn pukul 7.15 petang..kami terus mencari surau di bangunan hotel di situ…
Selesai menunaikan solat, kami mencari2 rakan2 office yg lain.. Dalam jam 8.00 malam, majlis dimulakn.. Alhamdulillah~ makanan2 di sini, memuaskan hati semua rakan2 office… Majlis makan malam nie, adalh kali ke-2 kami adakan di restoran ini.. InsyaAllah, jika ada rezeki lebih.. tahun depan pasti mahu kesini sekali lagi…


Read more...

Sunday, September 27, 2009

Indahnya ciptaan Allah swt...

Salam penuh kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas limpah nikmat dan rezeki yg diberikan pd hambaNya…

Alhamdulillah~ sudah seminggu umat Islam menyambut Syawal.. Rata-rata ramai rakan office sudah mula bekerja (yg bercuti seminggu )… x lah rasa sunyi sangat… Ahad lepas saya bersama2 rakan serumah (ida dan ipah) pergi menziarah rumah rakan pejabat ipah di kulai.. al-maklumlah rakannya Liza baru menimang cahaya mata…agak menarik dan unik nama anaknya…Darin Nurani… sampai sahaja di rumahnya…sy dan ipah berebut2 nak memegang baby comel nie…ida pula rasa takut sbb katanya badan baby ni lembut lagi… agak lama kami berbual2.. sambil menikmati juadah biskut raya… … walaupun da agak lama x menjaga baby (since adik kecil dulu)…tp hati ni seronok sangat melayan kerenah baby… Subhanallah ..Maha Suci Allah…begitu indah makhluk ciptaan Allah swt … tiada yang Maha Berkuasa melainkan Dia…




Read more...

Thursday, September 24, 2009

~ Aidilfitri kali ini ~

salam syawal semua..

Alhamdulillah~ selesai meraikan kedatangan Syawal lalu di Pontian, sy dan keluarga pulang semula ke rumah di Kluang.. Ramai kenalan adik-beradik bertandang ke rumah...ramai jugak kanak-kanak di kawasan rumah dtg beraya..sy pula x berkesempatan bertandang ke rumah rakan-rakan lama...almaklumlah...masing2 da pulang ke tempat asal sbb da mula bekerja...jadi..tugasan saya di Aidilfitri kali ni lebih kepada melayan tetamu genit di rumah selain membantu mak memasak hidangn di dapur...maafla x de picture raya nk di uploadkan.. x sempat nk bergambar thn nie...

Sy mula naik kerja pada hari Khamis (raya ke-5)..suasana office begitu sunyi..rakan2 office yg lain (melayu) masih sibuk di kampung...sy terpaksa pulang awal sedikit kerana tuntutan kerja.. project byk utk disiapkn...Mak sempat membungkuskan sy sedikit juadah Aidilfitri..rendang, nasi himpit, kuah lodeh, soto..dan x lupa juga biskut raya..

Moga Aidilfitri akan datang dapat disambut dgn suasana seumpama ini... meriah dan bersederhana..InsyaAllah~
Read more...

Tuesday, September 15, 2009




Salam penuh barakah,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya membaca ketiga-tiga novel (trilogi) nukilan Ramlee Awang Mursyid ini.. Buku ini dipinjamkan oleh seseorang kepada saya..
Bermula dengan "Bagaikan Puteri" , kemudian bersambung dengan "Cinta Sang Ratu" dan diakhiri dengan "Hijab Sang Pencinta"... Secara rumusannya, saya begitu tertarik dengan penceritaan novel-novel ini kerana ia menyingkap 2 zaman yang berbeza..(dengan izin Allah swt)..Apa yang menarik perhatian saya adalah watak utamanya, Laksamana Sunan @ Saifuddin yang mempunyai keperibadian yang tawaduk dan hanya berserah segalanya kepada Allah swt..

Tiada kata-kata yg mampu sy ucapkan, hanya ucapan terima kasih kepada penulis kerana berjaya memberi kesan kepada setiap pembaca.. Dan semestinya saya tidak akan berasa jemu utk membacanya beberapa kali.. InsyaAllah~
Read more...

Sunday, September 13, 2009

Bekas jurutera jaja diri di jalanan



ADELAIDE, Australia - Seorang bapa, Clint Rule yang menjadi penganggur selama lapan bulan membuat sebuah 'pejabat' di sekitar bandar ini dengan tujuan untuk menawarkan dirinya bagi mendapatkan pekerjaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Rule yang merupakan bekas jurutera mekanikal dan berumur 39 tahun berkata, dia menjadi mangsa krisis kewangan global apabila dia kehilangan pekerjaan dengan syarikat BOC Gases pada Januari lalu.

Dia terpaksa mencari kerja selepas mendapat cahaya mata pada Februari lalu manakala isterinya tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan.
"Saya perlu melakukan usaha mencari pekerjaan dengan menggunakan cara berbeza daripada biasa kerana saya hanya dipanggil untuk menghadiri satu temu duga daripada 300 permohonan yang dibuat," katanya.

Menurut Rule, dia membuat sebuah 'pejabatnya' itu yang mempunyai meja dan poster mempromosikan dirinya.
Dia memakai sut lengkap semasa menunggu panggilan telefon bakal majikan yang mahu menggunakan khidmatnya.

Namun, tawaran paling baru yang diterimanya ialah menyodok baja kuda.
"Saya berasa gembira kerana saya pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal yang akan menyodok baja kuda," katanya. - Agensi


P/S: Bersyukur dengan nikmat Allah swt.
Read more...

Friday, September 11, 2009

~Salam Aidilfitri ~




Dikesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun sekiranya ada salah dan silap sepanjng perkenalan anda bersama saya...

"Salam Aidilfitri utk semua.."
Read more...

Monday, September 7, 2009

Salam,

Satu hari pernah seorang rakan pejabat (sy panggil Chang) membelek2 brochure / pamphlet kawasan2 percutian di Malaysia.. lantas sy menegur, “wah, chang, you mahu ambil leave pergi holiday ke?”.. Chang tersengih2 saja… “ Mesti la… sesekali kena ambil cuti …asyik kerja saja penat juga kan..” balas Chang..
“ You plan nak cuti di mana?” tanya saya lagi.. “Erm..belum pasti lagi…but mestilah dalam Malaysia.. I prefer bercuti di kawasan pantai…terasa tenang sikit..Maybe mahu pergi ke pantai Timur ..” balasnya..

Entah mengapa tiba-tiba dalam fikiran sy terngiang-ngiang gambar Bukit Tinggi Colmar Tropical di Pahang…








mmg sedari dulu, pernah mengidam mahu ke sana…memang sy akui agak tertarik dgn keunikan struktur binaan bangunannya…Maha Suci Allah yang memberi nikmat akal kpd manusia utk membina bangunan2 sebegini…walaupun sy nie bukan dlm jurusan arkitek..namun terasa ada aura bagai memanggil sy utk bertandang ke sana suatu masa nanti… pernah la juga..memasang niat nk ke sana bersama keluarga… tapi ada saja halangan..yelah dari aspek kewangan, dan masa… jadi mmg jika mahu ke sana..kena tunggu cuti sekolah (krn adik bongsu masih belajar lagi)… InsyaAllah~ jika ada rezeki lebih pasti sy akan ke sana…
Read more...

~ Program keluarga angkat ~

Salam kembali,

Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana masih memberi ruang diri ini bernafas dimuka bumi alam ciptaanNya… Subhanallah..Maha suci Allah ..dlm beberapa minggu kebelakangan ni, hati sy rasa sgt2 seronok..walaupun bebanan kerja seperti biasa…

Alhamdulillah, Program Keluarga Angkat yg sy dan sahabat2 kelab pergi sabtu dan ahad lepas ke perkampungan setinggan di Kampung Ladang,Gelang Patah…





Saya bersama Zatil Izzah (adik kampus) diberi amanah utk bersama2 keluarga En.Khamis Abdullah (nelayan) dan Pn.Rosmah (yg cacat penglihatan).. kami selesa bila mana En.Khamis dan isterinya membahasakan diri mereka ‘Ayah’ dan ‘mak’…. Sampai kini panggilan tu melekat di bibir kami…Apa yg sy amat2 terharu adalah, kami dilayan spt anak sendiri walaupun ayah khamis mempunyai 7 org anak…





Pada awal pagi ahad, sy membantu nenek (ibu ayah khamis) berkebun.. seronok sgt2 kerana kebun yg diusahakan agak byk juga tanaman..antaranya pokok cili,betik,pisang, jagung,terung..malam sebelumnya sy bercerita pada ayah khamis yg sy sudah menanam benih cili, namun sehingga kini masih belum tumbuh2…lalu ayah khamis berseloroh pada sy, “ munkin tangan fara panas kot…” katanya sambil ketawa…selesai saja berkebun, ayah membawa kami ke tepi laut (berhampiran dgn Pelabuhan Tanjung Pelepas)..jadi dari situ kami dapatlah melihat pemandangan laut indah ciptaan Allah swt Yang Maha Esa.. “sebelah sana tu Singapore..kalau cuaca baik kita boleh nampak lagi jelas..” terang ayah khamis.. kami mengangguk. Di sana, kami juga nampak beberapa buah bot nelayan baru pulang dari laut…

Kira-kira jam 12 tghri kami dikehendaki berkumpul di bilik operasi.. sebelum bertolak balik, ayah khamis sempat lagi membekalkan kami hasil tangkapan lautnya kepada… “ ni farah, izah, ada ketam, udang, ikan, sotong… ayah bekalkan..segar lagi..baru jer naik dr laut ni..” kata ayah sambil tangan nya sibuk membungkus bekalan kami ..sy dan izzah hanya mampu ucapkan terima kasih .. sebelum kami pulang, sempat ayah khamis dan mak mengambil bbrp keping gmbr kenangan bersama kami… “jangan serik tau datang sini..ayah tau kami susah..tp jgn lupakan kami tau..” ucap ayah khamis..saat tu sebak sgt2..sy lihat mak menangis…terdengar rungutan kecil dia, “ sekejap sgt dtg sini… x sempat nak berbual panjang..” . “InsyaAllah mak, nanti bila-bila kami lapang, kami dtg sini..tgk mak dgn keluarga..nanti boleh borak lama sikit..”.pujuk kami.. Tiba-tiba ayah khamis memberi sy satu bungkusan.. “ni ada anak pokok cili dan terung…balik nanti fara tanam..kesian ayah dengar yg fara tanam pokok cili x tumbuh2..haha..” ucapnya penuh ceria…sy apalagi agak terharu dgn keramahan mereka sekeluarga… InsyaAllah, satu hari nanti kami pasti akan kesana lagi…

Terima kasih sgt2 kepada urusetia program ini, kepada keluarga angkat sy , ayah khamis,mak ros,kak zaharah,zaini,hasni,hasri,mohd khairul,haslinda,izad… layanan kalian sepanjng kami disana amat kami hargai…

p/s: credit to 'uyun atas photo di atas..thanks sis...
Read more...

Thursday, September 3, 2009

Demi Masa



Salam..

Alhamdulillah masih diberi kesemptn masa dan ruang utk menulis… tiada coretan panjang yg ingin diceritakan… hanya mahu menyatakan bahawa mas kini berlalu dgn begitu pantas… tup..tup..bila lihat saja..sudah masuk bulan September… terasa cepat ingin menjengah tahun 2010… terasa diri ni juga sudah tua… namun harus muhasabah diri…adakah dgn meningkatnya umur kita..amalan juga makin bertambah? insyaAllah..mudah2an…



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...