Monday, November 30, 2009

Alhamdulillah~

Pejam celik…pejam celik…kini sudah pun menjengah akhir tahun 2009…
Sebulan yg lalu, kami diberi kalender syarikat tahun 2010… tidak banyak perubahan tarikh2 cuti yg penting…mcm biasala cuti tahun baru..cuti thn baru cina..dan sbgainye…sy hanya mampu mencatat tarikh2 yg sy rancng utk bercuti panjang nanti…InsyaAllah~ Moga dipermudahkan…agak risau juga kerana ada project yang perlu dijaga pd awal tahun dpn…rasanye masih boleh diatur…

p/s: syukur atas rahmatNya..moga diberi kesemptn utk merasai thn 1431H yg bakal menjelang…


Read more...
Salam kembali..

Syukur ke-hadrat Allah swt kerana masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi ini…Alhamdulillah~ syukur juga krn diberi nikmat iman dan Islam…

Awal pagi td, sy sempat menelefon mak di kluang (mmg tiap-tiap hari sy akn telefon)..dan sy terus bertanyakan perjalanan majlis kenduri dan bacaan Yasin di rumah..

“Alhamdulillah, ramai tetamu datang.. makanan pun cukup…siap ada dibungkuskan…Alhamdulillah~ seronok sgt tgk tetamu ramai malam td…” suara mak jelas kedengrn nada gembira tp dlm masa yg sama sy dapt rs mak penat di sana..
“em, kesian mak…mesti mak penat kan.? Maaflah orang tak dapat tolong mak kat sana…cuti x banyak..” balas sy..
“laa..xpelah..Alhamdulillah~ mlm td ramai jiran2 kita dtg tolong…start kenduri jam 9mlm..habis dlm jam 10.30mlm…cepat selesai sbb ramai yg tolong…Kawan2 adik pun ramai yg dtg..dieorang siap tolong angkat hidang ke depan…” jawab mak.

Sebnrnya niat asal nak mohon cuti utk bantu mak di rumah…tp slps mak menyatakan yang jiran2 akn bantu…s yrs lega sedikit… maaf da n terima kasih sy ucapkn pd ahli keluarga sy yg lain…kesian jugak ..yelah…agak penat sbnrnye utk membuat persediaan terakhir…lagi2 menjelang majlis walimah sy yg kurang dari 3 minggu ni…

InsyaAllah~ moga urusan kami dipermudahkanNya…amin~


Read more...

Wednesday, November 25, 2009

Banyakkan Amalan~

Salam Barakah…

Alhamdulillah~ saat sy menukilkan catatan ringkas ni..esok (27hb Nov) bersamaan 10 Zulhijjah 1430H..umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha…

Hari ni 9 Zulhijjah 1430H.. bagi yg tiada keuzuran..kita digalakkn utk berpuasa sunat hari Arafah..

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka jawab Rasulullah, maksudnya:
“Dikifarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(H.r. Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan baihaqi).

p/s: Perbanyakkanlah amalan…moga kita semua mampu menjadi hambaNya yg soleh..amin~
Read more...

Friday, November 20, 2009

Salam Aidiladha

Salam…

Alhamdulillah~ saat sy menulis entry ni..tinggal 6hari lagi umat Islam menyambut Hari Raya AidiAdha…Hari Raya Aidi Adha atau Hari Raya Haji merupakan satu perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Aidil Adha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.



Syukur masih diberi ruang utk bernafas di muka bumi ni…
Perancangn sy, InsyaAllah~ 26hb (sejurus balik dr keje- dlm jam 6 ptg) munkin akn drive pulang ke Kluang…lama jugak x pulang…InsyaAllah~ moga dipermudahkan…
InsyaAllah juga, jika kami tidak pulang ke kmpg halaman di Pontian.. kami hanya meraikan di kawasan taman saje.. Setiap tahun surau dan masjid di tmn sy menganjurkn ibadt akikah dan korban…

Saya teringat pula di dalam Al-Quran ada menceritakan kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t supaya menyembelih putera kesayangannya itu untuk dijadikan korban.

Cerita ini disebut dalam surah as-Saffat ayat 102 yang bermaksud:"...Nabi Ibrahim berkata, Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab, "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."

Jelas menunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melaksanakn perintah Allah swt tanpa sebarang bantahan.. Ketika berlakunya penyembelihan, Allah s.w.t menunjukkan kekuasaan-Nya bahawa yang disembelih adalah seekor kibas bukannya leher Nabi Ismail a.s

Terdapat bbrp hikmah disyariatkan umat Islam melaksanakan Ibadah korban. Antaranya kita sbg hambaNya dapat mendekatkan diri kpd Allah s.w.t. Rasulullah SAW yang bermaksud:"Wahai manusia, semebelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah SWT dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah SWT." (Riwayat Thabarani)

Selain itu, dapat memupuk sikap mengambil berat terhadap golongan fakir dan miskin. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 34 yang bermaksud:"Dan bagi tiap-tiap umat, kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang disembelih itu..."

Sebenarnya banyak lagi hikmah disebalik ibadah korban ni, Semoga perkongsian ilmu ini akan menjadi pemangkin kepada kita agar lebih menghargai perayaan Hari Raya Korban berbanding sebelum ini. InsyaAllah…Akhir kalam, Salam Aidiladha…


p/s: berkorban demi agama…!!
Read more...

Thursday, November 19, 2009

Jemputan walimah..

salam semua shbt2 sy..
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim..sy dgn rendah hati menjemput shbt2 semua hadir ke majlsi walimah sy pada 20hb Dis nanti..

Di bawah adalah kad jemputn sy..InsyaAllah~ sy pd yg belum dpt..kad nya ondaway pos..
hope shbt2 dpt hadir ke majlis sy nanti..InsyaAllah..Doakan moga urusan kami dipermudahkan..


p/s: thanks to 'uyun and hanisah krn sudi menyampaikn perutsan ni pd shbt2 yg lain..Syukran yer..






Read more...

Wednesday, November 18, 2009

Setahun jagung di Industri?

Salam penuh barakah…

Kini sudah 1 tahun 5 bulan sy bekerja di industri… Subhanallah~ sungguh pantas masa berlalu…
Alhamdulillah~ 4 Ogos 2008 tarikh sy memulakn tugasan… bila diingat semula…terasa baru saja saya melangkah ke sini... Alhamdulillah~ sy bersyukur sgt krn rakan2 sepejabat sgt prihatin dan baik lagi-lagi kpd pekerja baru…sy diberi tunjuk ajar ttg flow jadual kerja, handle project, pergi ke line production, and etc… Quite tough pada mulanye penerimaan sy terhadap tugasan baru ni..namun sy percaya dan yakin..Allah swt pasti menetapkan sst yg terbaik utk hambaNya…

Perbezaan skrng, setelah setahun lebih sy di industri, byk ilmu yg kebanyakknnya saya pelajari semasa belajar di UTM dulu, membantu kerja sy kini….cume kadang2, as a human being terlupa dan x berapa ingat formula2 tertentu utk pengiraan.., namun itu semua ketetapan Allah swt kpd makhlukNya… Allah swt jadikan kita sifat pelupa dan ada hikmah disebaliknya..

InsyaAllah~ moga setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah bersandarkan niat utk mendapat keredhaanNya.. InsyaAllah~
Read more...

Monday, November 16, 2009

MaSa

Salam semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah rahmat Nya dapat jua kita bernafas di bumi ciptaanNya…tiada apa yg mampu kita lafazkan melainkan rs amat bertuah dilahirkan dgn nikmat iman dan Islam…

Tiada coretan yg panjng utk dikongsikan… sekadar catatan ringkas utk muhasabah diri sendiri… rutin harian sy setiap hari, awal pagi setelah selesai khidmt diri dan solat, selesai bersarapan (kadang2 masak..kadang2 beli )… bergegas drive ke ofis… then…sepanjng jam 8.20pg hinggalah 6 ptg… barulah memulakn tugasan… rehat pula jam 12.30tghr sehingga jam 1.30ptg… itulah rutin harian sy …smpi rumah dlm jam 6.30 ptg ….

Hujung minggu pula, sy kerap pulang ke kluang… jika tidak pun sy akan mengikuti program2 kelab sy di sekitar johor…

Bila sy coretkan kisah rutin harian sy ni…sy tidak sesekali terasa diri ni mcm robot …
Sy rasa cukup bertuah..kerana atas kesibukan seumpama ni..sy amat menghargai masa…
Sy rasakan hari-hari yg sy lalui tu mematangkan diri sy utk berfikir betapa hebatnya kuasa Allah swt krn mengurniakan nikmat utk menghargai detik2 masa....

Pekerjaan yg kita lakukan itu adalah ibadat…jadi bayangkan jika sst pekerjaan itu kita laksanakan utk mendapat redha Allah swt, maka dgn mudah saja Allah memberikan ganjaran pd kita.. Menjelang malam pula aktiviti sy lebih kepada merehatkn badan dan minda….saya suka malam yg sy lalui… di saat itulah sy meluangkan masa utk membaca buku2 yg sy beli @ pinjam dr rakan .kadang2 berbincang dgn rakan serumah isu2 semasa di samping berkongsi pndpt...

Sy pernah mendengar ungkapan , “ masa adalah perkara yg kejam”… kita tidak harus mensia-siakan masa..masa tidak sesekali akan berulang kembali….Sbb itu sy selalu muhasabah diri… masa diberikan Allah swt kpd setiap insan adalh sama…x lebih…x kurang…. Jadi..pandai2 la kita menggunakannya…dan menghargai nikmat masa yg Allah swt berikan…

Allah swt berfirman dalam Surah Al-‘Asr:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1) Demi masa.
2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi
kesabaran.

Read more...

Semuanya milikNya

Salam..

Setiap pagi…sebelum sy bergegas keluar dr rumah utk ke ofis… di mana saat sy menunggu enjin kereta panas…mmg rutin pagi sy utk menyiram, memberi baja kpd pokok tanaman sy… Al kisah.. sejak bbrp bulan kebelakngn nie ..sy gemar bercucuk tanam…even rumah sewa sy nie kekurangn tanah… so, others initiative adalah dgn menanam di dlm poly bag and pasu…

Alhamdulillah sgt2… pokok2 yg sy tanam kebanyykn tumbuh subur… opps…lupe pulak nk cerita..sy tanam pokok cili ,pokok terung, tomato, serai, kunyit, bendi, and kacang buncis…

Bbrp hari lepas baru saja dapat merasa bendi sy yg tumbuh mencancang…ini pun ada lagi bbrp pokok yg sedang berbunga…Alhamdulillah~ sbnrnye benih2 pokok ni sumbgn kwn serumah sy (ipah) dan ada jugak kakak sebelah rmh kami (jiran- sy panggil kak ita) yang berikan…terima kasih sgt2….

Subhanallah~ Besar sungguh kuasa Allah swt yg membenarkan tumbuh2an ni tumbuh segar dgn adanya hujan, cahaya matahari…dan segala macam proses yg mana Allah swt saja yang Maha Mengetahui…
Read more...

Thursday, November 12, 2009

Doa Memohon Keluasan Rahmat

“ Ya Allah, Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kpd orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu serta peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga yang telah Engkau janjikan kepada mereka dari orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sungguh Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan. Sebab orang-orang yang Engkau pelihara dari pembalasan kejahatan pada hari itu, sungguh telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya, dan itulah kemenangan yang besar.” (surah Al-Mukmin:7-9)
Read more...

Good Link utk semua...

Salam,

Entry kali ni, sy hanya mahu berkongsi sst dgn rakan2 semua…
After selesai membaca Novel Pendek ( SYAHADAH: DIALOG DGN GADIS MELAYU ATHEIS) – karangan Saudara Mohd Aswanizam… sy terus membuka laman blog nya…Alhamdulillah~ dpt jugak bbrp ilmu sebaik saja membaca tulisannya…
Tiada komentar yg boleh sy nyatakan disini…harap shbt2 semua dapatlah melawat web blognya - http://satuhala.blogspot.com/

p/s: syukran saudara Nizam… moga saudara tidak berhenti utk menulis…
Read more...

Monday, November 9, 2009

PadaMu Ku Bersujud (Afghan)

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa


Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Solat Dan lima jenis manusia

SUDAH lama Kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban Dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan Kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)
Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja Dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan Dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi Ada beberapa jenis Dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai Dan cara hidup.

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan is kafir tidak Ada beza.

* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta Dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika Ada masa Dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk Dan Ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih Dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil Dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar Dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, DOA Iftitah Dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ Dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal Dan seterusnya.
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf Dan sedarlah semula, Cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah Dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan Dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati Dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan Dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang Kita lakukan.
Jika Kita berada di peringkat satu, dua Dan tiga, Kita sebenarnya belum selamat Dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa Dan iman, men jauhkan daripada yang buruk Dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup
Read more...