Monday, February 8, 2010

Subhanallah~ Maha Suci Allah yg menciptakan alam ini..

Salam kembali,


Syukur atas nikmat iman dan iman yg dikurniakan Allah swt kepada kita semua…Sungguh hanya Dia sahaja Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana..Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw serta kaum keluarganya..

Alhamdulillah~ hujung minggu yg lalu,sy dan suami berkesempatan pulang ke kampg halaman sy di Pontian..Ada sedikit kenduri akikah utk sepupu sy yg comel – Nadem..maaf la x dpt nk upload gmbr majlis sbb buzy membantu di dapur. Alhamdulillah~ segala berjalan dgn baik..ramai juga la saudara-mara sy yg hadir…and inilah kali pertama sy memperkenalkan suami kepada saudara-mara sy since kami berkahwin aritu…time majlis di tmpt sy.. x smpt suami nk berbual panjng dgn mereka..kali ni diberi peluang oleh Allah swt…

Alhamdulillah..selesai majlis dalam jam 5 ptg…selesai mengemas apa yg patut dan solat asar..sy dan suami bertolak pulang..tiba-tiba suami mengajak sy ke Tanjung Piai..katanya saja jalan2 sekejap..sy pun ikut kan saja…yelah, since kami da jadi suami isteri ni agak jarang masa kami bersama..hari minggu sajalah yg ada…kadang2 hari sabtu sy dan suami bekerja…hari ahad, jika x pulang ke kampg,kami akan ke kuliah2 agama..
Itu saja rutin masa kami dihujung minggu…

Em, kami tiba di Tanjung Piai kira2 jam 5.30ptg..x ramai org disana..adalah bbrp keluarga ..sbb da lewat ptg juga la kami sampai… byrn masuk rm5 /person…kami hanya sempat berjalan di bbrp tempat saja..sbb jam 7 ptg tutup..jadi sempat snap bbrp picture saja..apa yg paling penting, kami dapat melihat alam ciptaan Allah swt yg begitu indah…disamping mengagungkan kekuasaan Allah swt…Subahanallah~ Maha Suci Allah yang Maha Meciptakan alam yg indah sekali utk makhlukNya …

Kepada kak Mus a.k.a Ojou..entry ni sy tuju juga kpd akk…lihat !! kami da sampai Tanjung Piai..hihi (kak mus ni asyik duk suruh kami berjalan2 di sana…sbb katanye kami berdua ni sibuk memanjng..tp mmg betul pon..huhu~) ..kpd kawan2..dibwh adala bbrp kepng gmbr..and kpd ojou, lihat la gambar2 dibawah sbg bukti yer…hihi~


                                            


Gambar kenangan setibanya di pintu utama Tanjung Piai






 



 
Gambar kenangan di tapak Penghujung Selatan- Tanah Besar Asia

Gambar pemandangan indah alam ciptaan Allah swt..Maha Suci Allah~

Papan Tanda di sekitr Tanjung Piai



                                              Gambar papan tanda jarak ke negara2 lain

Sunday, February 7, 2010

Firdaus- Permata Ayah Bonda

Permata Ayah Bonda

Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com/

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa

Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah

Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera

Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua


C/O
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan

Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....

Wednesday, February 3, 2010

Doa..

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..
SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI !!!!


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri.. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga.. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

-under construction -

salam.
Blog sy kini dlm fasa kemaskini...
hrp maaf atas gangguan teknikal ini...

Sunday, January 31, 2010

Salam kembali,

Entry kali ni ringkas saja..sekadar memenuhi permintaan senior yg sy kasihi…beliau yg sy maksudkan adlah..jeng..jeng.. kak musfirah a.k.a kak mus..adakala sy panggil beliau dgn panggilan ojousama (hihi~ hanya mereka2 tertentu yg tau..)…yelah..before this masa entry majlis walimah sy..beliau ni bising awat x letak gmbr die skali…al-kisah gmbr di bawah ni diambil semasa majlis di pihak suami ( Sg.Balang Muar) pd 27hb Dis lalu..inipun diambil dgn camera kak mus…so,mmg kena tunggu beliau send dulu la gmbr ni..baru boleh update dlm blog..(jgn marah yer ojou…hehe)..







Kak Mus hadir bersama suaminya, Abg Sharizal..jauh datangnya dr nun Pahang…Alhamdulillah~ selamat juga Kak Mus dan suami dtg ke majlis kami…dapat jugak melihat dan berjumpa dgn nya..kali terakhir kami bertemu pun masa beliau diijabkabulkan pada bulan Mac 2009…tahniah yer kak mus skng kini da berbadan dua..moga akk dan baby sihat yer…insyaAllah~ sy disini doakn yg baik2 utk akk…
Moga akk sekeluarga sentiasa di lindungi dan dirahmati Allah swt..amin..

~Hujung Minggu~

Salam kembali,

Syukur kepada Allah s.w.t kerana diberikan nikmat iman dan Islam.. selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w serta keluarga baginda…

Alhamdulillah~ hari minggu yg lalu sy dan suami diberi masa dan kesempatan untuk mengikuti Kuliah Dhuha di Pasir Gudang…Al-kisah kuliah ni setiap hari Ahad..start jam 9.00 pagi di Surau Bandar Sri Alam ,Pasir Gudang…sebelum berkahwin, suami kerap menghadirkan dirinya ke kuliah ni..katanye seronok mendengar pengisian kuliah di sini…jadi selepas berkahwin, dia pun mengajak sy ke kuliah ni andai kami tidak pulang ke kampg ataupun terlibat dgn mana2 aktiviti/ program.. Maaf sgt2..sy x ingat pula nama ustaz yg beri kuliah ni..tp mengikut kata suami..ustaz ni bekerja sebagai ustaz sekolah menengah di pasir gudang (mengajar pendidikan Islam).. Alhamdulillah~ dpt juga memenuhi hari minggu sy dgn bbrp pengisian…Kuliah ni terbahagi kpd bbrp slot..slot pertama Tafsir Quran, slot kedua Feqah, slot ketiga sesi soal jawab..

Kuliah lepas berkenaan Tafsir Quran Surah Al-Kahfi dan penjelasan tentang hukum Waqaf serta tak ketinggaln sesi soal jawab..sy amat kagum dgn cara penyampaian ustaz di sini..dia menyampaikan hujah2 secara ringkas..mudah difahami tetapi penuh pengisian..jelas dan nyata…insyaAllah~ mudah2an diberi ruang masa lagi utk kesini..
Namun dlm masa yg sama, sy juga terikat utk menghadirkan diri ke kuliah herarki di Taman U, skudai..inysaAllah munkin kami akan aturkan jadual ..moga diberi kesempatn di hujung minggu menambah ilmu pengetahuan…insyaAllah~

-Pemandangan di sekitar Bandar Pasir Gudang yg sempat sy rakamkan- Subhanallah~ Maha suci Allah swt yg menciptakan alam ini dengan indah sekali...