Sunday, February 3, 2008

MY DEPARTMENT MEMBERS...











saja nak kongsi utk kwn2...


rs gembira dpt join this company...


yelah...da rs mcm family.

Masih teringat lagi…4 ogos lalu, alhamdulillah…hari pertama msk kerja…
Skrng da hampir 5 bulan dlm company V.S electronic,senai johor…
Hari first da ada orientation for new employee…
Then,saya diletakkan dlm department RND (mechanical)…
At first,mmg la nervous sgt2…lama2…da ok.. environment pun ok..kwn2 pun ok..as long semua fhm keje msg2 n x rs la stress bekerja…

Kat dlm department ni..ada 4 kwn2 perempuan termasuk sy…alhamdulillah..mereka semua sporting n baik sgt..TQ kak zarah,kak norish, yana…
Then,kat sini kwn2 ofis semuanya baik n x sombong..bagus2…









Read more...

Saturday, February 2, 2008

Doakan Jemaah Haji...



salam,


sbnrnya da lama jugak nak citer berkenaan dengan Ibadah Haji ni..alhamdulillah, pada 1 Nov 2008 atuk saya bertolak pergi mengerjakan ibadah haji..orang kata jadi tetamu Allah s.w.t..

Setiap muslim pasti dan pasti ada memasang niat utk pergi ke sana..


Read more...

Fasa baru di tahun baru ??

salam..
alhamdulillah..pada tanggal 28hb Disember 08 (ahad) majlis pertunangan sy berjalan dgn lancar.. setelah hampir sebulan lebih membuat persiapan- dari membuat tempahan kotak hantaran, menggubah hantaran sehinggalah jamuan..akhirnya segala berjln mengikut perancgn.sebanyak 9 dulang hantaran dr pihk lelaki..manakala pihk sy pula membalas 11 dulang..(sejadah,kemeja, baju putih+kain pelekat, buku2,al-Quran,tuala,sirih junjung,buah2,coklat,kek,wajik) dan apa yg lebih terharu adalah sokongan dari kwn2 sekeliling yg x putus2 mendoakan sy..'uyun dan ajan yg dpt hadir..itupun da cukup menggembirakan hati sy..

tidak ada apa yg nk dibicarakan tentang majlis ni..cuma hanya bbrp keping gmbr utk tatapan kwn2.. doakan kebahagiaan kami..amin..


gambar 1: semasa majlis bertunang (kedua2 pihak berbincng)



gambar 2: menunggu di bilik..



gambar 3: antara brg hantaran dr pihk saya.





gambar 4: semasa menyarung cincin





Read more...

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Read more...

Mukatamar DMKGP kali ke-9 ..jadi AJK !!


salam kembali..

Alhamdulillah.. itu lah ungkapan yg sy lafazkan sebaik sahaja mendapat berita bhw PAS telah memenangi kerusi Parlimen Bkt.Gantang,Perak pada pilihanraya kecil kelmarin..Menerusi calon yg saya rasakan amat layak utk mewakili PAS ni..(YB Nizar)..beliau meraih majoriti kemenangan di situ...Tahniah saya ucapkan juga kpd shbt2 saya yg pergi ke Bukit Gantang sepanjang kempen di sana..
Alhamdulillah juga saya ucapkan kerana pd hari semalam (8hb April 09)- kami (Kelab Nisa' KGP) berjaya menjalankan tanggungjawab sbg AJK dalam Majlis Muktamar Dewan Muslimat PAS Kawasan Gelang Patah,Johor..

Saya yg diamanahkan utk menyediakan bunga manggar (utk sambut VVIP) agak kalut juga pada awalnya..munkin disebabkan sehari seblm program adalah hari bekerja, jadi segala persiapan awal tidak saya lakukan.. jadi, apalagi pada hari selasa malam tu (after balik dari office), seusai solat isyak, saya bergegas ke IOI Kulai, utk mencari barang2 bunga manggar ,termasuk lidi penyapu..em..bayangkan la saya bershopping sakan sorang2 dgn membawa 2 ikat lidi penyapu..haha~..agak lucu sebenarnya..tp apa blh buat..shbt2 semua sedia menanti di Taman U (skudai)..adalah dalam 20minit duk round di situ.. abis saja bershopping, apalagi memecut ke Dewan Ar-Razi (tmpt program).. dalam jam 9.30mlm saya tiba ..melangkah masuk ke dalam dewan terasa seperti menghadiri rumah orang yg sibuk menguruskan walimah..yelah..dengan tabir ala-ala pelamin gitu..(em..xde gmbr la nk show off lagi..)..
Sampai saja dalam dewan tu..saya memberi salam..kelihatan kak zie(ketua Nisa'),kak haniza,ainul,uni,ayit,husna,kak Na, 'uyun, kak ita, alya, aina sibuk menghias dewan..saya terus meletakkan bahan2 tadi..sambil memanggil bbrp org shbt utk dtg membantu.. macam2 cerita kami kongsi sambil2 membuat keje tu..haha~ seronok dan ceria..syukur alhamdulillah ..moga kemanisan nie berterusan..

Agak lewat jugak kami bergerak pulang, (dlm jam 2pagi)..sbb saya menemani kak haniza utk menyelesaikan montaj yg perlu disiapkan.. dalam jam 2.30pg br sampi dirmh kak haniza..(sy menumpang tidur di situ)..

Seawal jam 6 pg,sy bangun utk khidmat diri dan seusai selesai solat subuh, saya bersarapan sedikit (thanks kak an sbb bg buat kopi radix n mkn biskut HPA)..sedap sgt!! Dlm jam 7.30pg sy terus bergerak ke Dewan Ar-Razi..bimbang ada shbt2 yg da sampai..sbb kunci di tangan kami..lagipun sbg AJK mesti datang awal sedikit utk buat persiapan awl..walaupun majlis start jam 9pg.. setelah sipa mengemas meja jamuan(dibantu ainul dan aina)..dalam masa setengh jam..dewan dipenuhi oleh shbt2 Nisa' dan yg pastinya adalah dari kalangan ahli Muslimat Pas sendiri..yelah sbb ni majlis Mesyuarat Agung mereka (kali ke-9) .
VVIP yg dijemput utk merasmikan majlis nie adalh saudari Zainab (S/U Muslimat Pas Johor)
,selain YDP Pas Kaw.Gelang Patah sendiri dan Majlis tertingginya..Selepas tamat majlis perasmian majlis,kami menikmati sedikit jamuan..kira mcm sarapn..
Dalam jam 11.30pg..barulah mesyuarat bermula..saya sbnrnya agak keletihan jugak..tapi dalam mesyuarat tu saya diamanahkan utk menjadi pencatat minit ..saya gagahi jugak mata (sbnrnye da mengantuk sgt..krg tidur agaknya..). mulut terkumat-kamit membaca doa2 yg patut.. alhamdulillah..semuanya tiada mslh..malah saya makin bersemangat apabila mendengar setiap butir bicara dan perbahasan yg dilakukan oleh Dewan muslimat sendiri..sbnrnya ini titik permulaan saya utk belajar dengan mereka yg hebat2 dr aspek tarbiyyah..mudah2an saya mampu menjadi sekuat mereka..
Dibawah nie adalah sedikit gambar kenangan bersama shbt2..gambar nie semasa kami sedang menunggu kedatangan VVIP di luar dewan...apa2 pun saya ucapkan tahniah dan terima kasih kpd semua shbt2..moga ukhuwah kita kekal selamanya..amin..










Read more...