Thursday, November 20, 2008

hanya satu kisah...

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih mudadaripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yangmenjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poketseluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Diameminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihatrotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambilmengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannyasambil berkata,"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkankata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitispun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok dilantai, ayah merungut."Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatankamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yangberbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap akuyang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-duabelah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahunbersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan akubagaikan baru semalam berlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku puladitawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang banggasekali!""
Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah danibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya danmerenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis keranapersekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawakeluarganya keluar daripada kemiskinan," akumemujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Diamembawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di ataspangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yangtercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerjadan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukupkecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""
Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri denganpakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yangakan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibasbebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,"Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untukakak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanyadibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannyaluka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil danserpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerjakeras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawanmenawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adikada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikankesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayahtiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,juruacara majlis bertanya,"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantasmenceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanyamemakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya padasaya."Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinyaberdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar ""
Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apasaja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganyasampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adiksungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria."Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kitadapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

No comments: