Monday, April 27, 2009

~ Masak ?? ~

Salam~

Hari nie saya membawa bekal ikan tongkol masak kicap (sedang belajar2 makan ikan ..)..alhamdulillah..sedap sangat..sbb ikan nie dimasak oleh mak saya.. hehe~semalam mak tapaukan utk saya bawa pulang (sbb saya pulang ke kmpg pd hari sabtu lepas)..munkin risau anaknya kelaparan nanti..awal pagitadi saya sudah hangatkan lauk dan menanak nasi.... ikut hati nak juga goreng sayur..tp x sempat pula..

Semasa rehat tadi ada juga bersembg2 dgn kak zarah (kerani office saya)..apa lagi bab masak2 la kalau da buzy berdiskusi dengannya..Saya memang memasak dan bawa bekal ke office ..selain dapat berjimat, saya juga rasa tahap kebersihan makanan yg saya masak terjamin daripada saya membeli di kantin..

Em..kak zarah nie orgnya mmg baik dan sgt suka berkongsi tips and idea2 ..die menyatakan rasa seronok dan gembira apabila masakannya dapat pujian daripada suaminya....walaupun kak zarah sendiri kadang-kadang berasa tak puas hati dgn mutu masakannya..sampaikan ada masanya die menyatakan “ Munkin suami akak saja nak amik hati akak agaknya..” saya tersenyum dan berkata , “akak masak memang sedap..aritu kan akak pernah bawa asam pedas..sedap sgt..”..


die pun memandang muka saya dan tersenyum..saya menyambung lagi..“ hm, akak kena yakin dan bersyukur sbb dapat pujian daripada suami akak..bukan senang seorang lelaki (suami) mahu memuji masakan isterinya..”..kali nie senyuman nya lebar ..munkin jauh di dalam sanubarinya..berasa bertuah dikurniakan seorang suami yg baik..

Sebelum habis je rehat..die pun berkata.. “em..balik nie nak cari lauk dan nak masak sedap2..” saya pun menepuk2 bahunya tanda sokongan.. chaiyok kak zarah..esok2 da masak sedap2 jgn lupa bawa ke office..hihi~

p/s: ingin mencontohi sifat isteri2 rasulullah s.a.w.

No comments: