Tuesday, September 15, 2009




Salam penuh barakah,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya membaca ketiga-tiga novel (trilogi) nukilan Ramlee Awang Mursyid ini.. Buku ini dipinjamkan oleh seseorang kepada saya..
Bermula dengan "Bagaikan Puteri" , kemudian bersambung dengan "Cinta Sang Ratu" dan diakhiri dengan "Hijab Sang Pencinta"... Secara rumusannya, saya begitu tertarik dengan penceritaan novel-novel ini kerana ia menyingkap 2 zaman yang berbeza..(dengan izin Allah swt)..Apa yang menarik perhatian saya adalah watak utamanya, Laksamana Sunan @ Saifuddin yang mempunyai keperibadian yang tawaduk dan hanya berserah segalanya kepada Allah swt..

Tiada kata-kata yg mampu sy ucapkan, hanya ucapan terima kasih kepada penulis kerana berjaya memberi kesan kepada setiap pembaca.. Dan semestinya saya tidak akan berasa jemu utk membacanya beberapa kali.. InsyaAllah~

No comments: