Thursday, October 15, 2009

...

Salam semua…

Alhamdulilah…bersyukur di atas nikmatNya…atas kurniaan nikmat iman dan Islam..
Alhamdulillah~ diri ini masih lagi mampu menggerakkn jari –jemari utk mencatat di laman blog… Tiada apa coretan menarik yg mampu sy coretkan…Cuma sekadar perkongsian dgn semua…

Last week, semasa kami ( sy,kak zarah,kak norish dan Yana)..berehat di pantry dlm jam 4.30ptg, datanglah seorg rakan office sy (Engineer lelaki melayu)…. Dia sebenarnye berpuasa sunat masa itu.. Alhamdulillah~
Kami berbual sekejap…kemudian, datangla pula 2 org rakan office (Chinese Lelaki)…mmg kebiasaan kami berehat di pantry masa tu… tiba2 salah seorg mereka bertanya pd rakan sy yg berpuasa td… “ Eh, mengapa you tak minum?” then, dia pun menjawab, “ Oh..hari ini I puasa..”
“Aik…itu hari bukan orang Islam sudah berpuasa 1 bulan ? Mengapa ini wanita2 dlm office kita tak puasa pula mcm U?”
Kami tersenyum2…kemudian, rakan sy yg berpuasa tu menerangkan yg dia berpuasa sunat… jika mahu lakukan..dapat pahala..jika tidak puasa pun x mengapa…x dapat dosa...

Then, kak zarah menyampuk pula, “ kami wanita2 dlm office ni puasa esok laa…”
Sy tersenyum memandang kak zarah…sy pula menyambung perbualan.. “ macam nie, puasa ni salah satu ibadat orng Islam..mcm puasa bulan Ramadhan last day, kami dimestikan berpuasa sebulan… tetapi bagi puasa sunat pula, tidak dimestikan… terpulang kpd individu itu mahu berpuasa atau tidak pada hari2 biasa.. .namun ada juga tarikh2 tertentu org islam tidak dibenarkan berpuasa… em, you all mahu ke kami terangkan lagi berkenaan isu puasa ini? Rakan Chinese sy mengangguk.. Then, sy pas hujah kepada rakan2 sy yg lain… ada juga soalan.. mengenai bagaimana kami mampu bertahan dr makan dan minum dr pagi smpi petang? Ada juga yg tanya.. apa kebaikan berpuasa…
Alhamdulillah~ rakan2 sy mampu menjawab soalan2 mrk … walaupun pd mulanya spt tidak jelas…namun setelah diberikan analogi2 dan conth2…baru mrk mengangguk tanda faham…

Moga perbualan singkat kami pd ptg itu, memberi serba sedikit pengetahuan kpd rkn2 chinese sy ..dan dlm masa yg sama mampu meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki amalan2 kami sbg hambaNya … InsyaAllah~