Monday, November 16, 2009

MaSa

Salam semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah rahmat Nya dapat jua kita bernafas di bumi ciptaanNya…tiada apa yg mampu kita lafazkan melainkan rs amat bertuah dilahirkan dgn nikmat iman dan Islam…

Tiada coretan yg panjng utk dikongsikan… sekadar catatan ringkas utk muhasabah diri sendiri… rutin harian sy setiap hari, awal pagi setelah selesai khidmt diri dan solat, selesai bersarapan (kadang2 masak..kadang2 beli )… bergegas drive ke ofis… then…sepanjng jam 8.20pg hinggalah 6 ptg… barulah memulakn tugasan… rehat pula jam 12.30tghr sehingga jam 1.30ptg… itulah rutin harian sy …smpi rumah dlm jam 6.30 ptg ….

Hujung minggu pula, sy kerap pulang ke kluang… jika tidak pun sy akan mengikuti program2 kelab sy di sekitar johor…

Bila sy coretkan kisah rutin harian sy ni…sy tidak sesekali terasa diri ni mcm robot …
Sy rasa cukup bertuah..kerana atas kesibukan seumpama ni..sy amat menghargai masa…
Sy rasakan hari-hari yg sy lalui tu mematangkan diri sy utk berfikir betapa hebatnya kuasa Allah swt krn mengurniakan nikmat utk menghargai detik2 masa....

Pekerjaan yg kita lakukan itu adalah ibadat…jadi bayangkan jika sst pekerjaan itu kita laksanakan utk mendapat redha Allah swt, maka dgn mudah saja Allah memberikan ganjaran pd kita.. Menjelang malam pula aktiviti sy lebih kepada merehatkn badan dan minda….saya suka malam yg sy lalui… di saat itulah sy meluangkan masa utk membaca buku2 yg sy beli @ pinjam dr rakan .kadang2 berbincang dgn rakan serumah isu2 semasa di samping berkongsi pndpt...

Sy pernah mendengar ungkapan , “ masa adalah perkara yg kejam”… kita tidak harus mensia-siakan masa..masa tidak sesekali akan berulang kembali….Sbb itu sy selalu muhasabah diri… masa diberikan Allah swt kpd setiap insan adalh sama…x lebih…x kurang…. Jadi..pandai2 la kita menggunakannya…dan menghargai nikmat masa yg Allah swt berikan…

Allah swt berfirman dalam Surah Al-‘Asr:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1) Demi masa.
2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi
kesabaran.

No comments: