Friday, November 20, 2009

Salam Aidiladha

Salam…

Alhamdulillah~ saat sy menulis entry ni..tinggal 6hari lagi umat Islam menyambut Hari Raya AidiAdha…Hari Raya Aidi Adha atau Hari Raya Haji merupakan satu perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Aidil Adha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.



Syukur masih diberi ruang utk bernafas di muka bumi ni…
Perancangn sy, InsyaAllah~ 26hb (sejurus balik dr keje- dlm jam 6 ptg) munkin akn drive pulang ke Kluang…lama jugak x pulang…InsyaAllah~ moga dipermudahkan…
InsyaAllah juga, jika kami tidak pulang ke kmpg halaman di Pontian.. kami hanya meraikan di kawasan taman saje.. Setiap tahun surau dan masjid di tmn sy menganjurkn ibadt akikah dan korban…

Saya teringat pula di dalam Al-Quran ada menceritakan kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t supaya menyembelih putera kesayangannya itu untuk dijadikan korban.

Cerita ini disebut dalam surah as-Saffat ayat 102 yang bermaksud:"...Nabi Ibrahim berkata, Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab, "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."

Jelas menunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melaksanakn perintah Allah swt tanpa sebarang bantahan.. Ketika berlakunya penyembelihan, Allah s.w.t menunjukkan kekuasaan-Nya bahawa yang disembelih adalah seekor kibas bukannya leher Nabi Ismail a.s

Terdapat bbrp hikmah disyariatkan umat Islam melaksanakan Ibadah korban. Antaranya kita sbg hambaNya dapat mendekatkan diri kpd Allah s.w.t. Rasulullah SAW yang bermaksud:"Wahai manusia, semebelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah SWT dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah SWT." (Riwayat Thabarani)

Selain itu, dapat memupuk sikap mengambil berat terhadap golongan fakir dan miskin. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 34 yang bermaksud:"Dan bagi tiap-tiap umat, kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang disembelih itu..."

Sebenarnya banyak lagi hikmah disebalik ibadah korban ni, Semoga perkongsian ilmu ini akan menjadi pemangkin kepada kita agar lebih menghargai perayaan Hari Raya Korban berbanding sebelum ini. InsyaAllah…Akhir kalam, Salam Aidiladha…


p/s: berkorban demi agama…!!

No comments: