Monday, January 25, 2010

Perginya seorang Sultan..~

Salam,

Syukur diungkapkan atas nikmat yg diberi Allah swt kepada kita semua..selawat serta salam ke atas junjungn mulia Nabi Muhamad s.a.w. serta keluarga baginda.

Kelmarin (22hb Jan 2010 jam 7.15mlm), Sultan Johor – Sultan Iskandar telah kembali menghadap Ilahi..Rakyat Johor khasnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya amat sedih atas kemangkatan baginda.




Selama 7 hari kami di sini (di tmpt kerja) di berikan memo utk berkabung…di bawah ni memo yg diberi melalui email bertarikh 23hb Jan 2010:

Dear ALL,

As per announcement by Menteri Besar Johor, The Sultan of Johor passed away yesterday. MB also announced a seven-day mourning period for the people of Johor.

Please pay attention to the “Peraturan Berkabung” as per ruled by MB Office:


PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

Hari ni kami masih mengikuti peraturan berkabung ni…
Moga roh baginda sultan di cucuri rahmat… dan moga ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh..amin ya rabbal ‘alamin…

3 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam buat empunya blog n suami..

Skdr ingin kpastian, ape hukumnya brkabung?

angahfarah said...

Salam,
Syukran yer kpd Zul atas komen..
Memang benar, hukum berkabung hanya dibenarkn kpd isteri yg kematian suaminya sbg tanda kasih sayang dan kecintaan kpd suaminya.

Allah Taala menyebut dalam surah Al-Baqarah ayat 234: “Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara Yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan”.

Tetapi kalau ianya menjadi peraturan Negara dan protokol yang wajib dipatuhi (seperti situasi kami sekarang) maka ianya adalah harus berdasarkan hukum dharurat dengan syarat hati menolak perbuatan tersebut. Semoga Allah menjadikan kita orang yang kuat dalam menegakkan syariat Allah Taala.

Moga ada feedback dr shbt2 lain utk berkongsi pendapat..wallahu’alam.

myikhwanfiideen said...

Syukur padamu Ya Rabbi..

-moga anda n suami diberkatiNya dgn kefahaman n kefakihan.. Ameen.