Thursday, March 18, 2010

ADAB PERGAULAN DAN BERBAIK SANGKA

Ada seorang ahli himat mengatakan.. “Jikalau kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini” :

1. Hadapi kawan atau musuh dgn wajah yg tenang,gembira,sopan,rela hati. Elakkan daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri..

2. Jangan terlalu byk menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang org lain.


3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, byk berludah atau berhingus di tempat awam, byk menguap atau menggeliat badan.


4. Usahakan agar dudukmu itu nmpk tenang, kata-kata selalu teratur,menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yg melucukan lebih baik kamu diam sahaja.


5. Jangan bersikap pura-pura.


6. Elakkan drpd memberitahu sesiapa tentang harta yg dimiliki krn jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dgn kehinaan.


7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kpd kesopanan dan jangan merendah-rendahkan kemampuan org lain.


8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.


9. Jika masuk ke majlis-majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.


10. Jauhi drpd duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu. Jangan suka bergurau senda dgn cendiakawan dan org yg kurang akalnya. Jika banyak bersenda gurau dlm sst majlis krn terlupa atau lain2, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.


Orang yg berbaik sangka akan mendapat pahala krn hatinya terang dan tidak dicemari dgn sifat yg tidak baik.

No comments: