Thursday, May 27, 2010

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

KELEBIHAN SURAH AL-MULK


Abu Hurairah Radi-Allaho 'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda : "Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa'ati (memberi syafa'at) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi."

Nota: Surah al-Mulk juga dikenali sebagai surah Tabarak-al-ladhi Tentang surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda : "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara solat Maghrib dan Isya adalah seumpama seseorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke 9 didalam kiraan Islam. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puloh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam 'Laila-tul-Qadr'. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tirmidzi rahmat-Ullah 'alaih meriwayatkan daripada Ibn-e-Abbas radi-Allaho 'anho;

"Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah disatu tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur.Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk). Merekapun menceritakan peristiwa itu kepada Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan."

Jabir Radi-Allaho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam tidak akan pergi tidur sebelum ia membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk).

Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan hahawa ada seorang pendosa besar yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah :

"Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku."

Dengan syafa'at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala." Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho juga telah meriwayatkan bahawa, "Surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, 'Ya Allah! jikalau aku ini berada didalam KitabMu, maka terimalah syafa'atku, jika tidak hilangkanlah sahaja daku ini daripada KitabMu !'.

Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung, mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur." la telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihan surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehinggalah ia membaca dua surah ini. Ta'us rahmat-Ullah 'alaih telah berkata :

"Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthman radi-Allaho 'anho berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi airmatanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah ia menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

Ya Allah! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampuananMu.

Nota : Dalam Quran, As Sajdah – surah ke 32 & Al Mulk – surah ke 67

**Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.

No comments: