Friday, June 11, 2010

Terima kasih abang..

Salam,


Petang semalam sejurus pulang dari ofis, sy singgah di pasaraya untuk membeli bahan2 masak.. rasa nk goreng ayam dan sayur campur.. jadi sy belilah bahan-bahan yang diperlukan.. ..disebabkan kesesakan jalan di kawasan senai yang tika ini dalam penstrukturan semula.. jadi kena bersabar.. dlm perjalanan pulang semasa memandu..kepala sy berasa pening dan berdenyut-denyut.. kalimat zikir dan bacaan surah2 sy lafazkan.. memohon agar sy selamat memandu dan tiba di rumah dengan selamat.. suara DJ di radio IKIM.fm pun sy tak mampu nk focus percakapan mereka.. sy memandu dgn berhati2.. syukur selamat juga.. kira-kira jam 7 ptg baru sy sampai di rumah.

Tiba saja di rumah, sy berehat sekejap di atas sofa.. moga sakit kepala yg sy alami ni reda.. kemudian,sy khidmat diri ..dan bersiap2 utk solat maghrib.. Ya Allah, rs berdenyut-denyut kepala ni semasa melaksanakn solat maghrib..lagi2 semasa sujud…selepas itu,sy hanya sempat mengaji beberapa ayat Surah Al-Luqman saja.. niat utk habiskan..tetapi tak mampu…

Kira-kira jam 8 mlm, suami pun tiba. Masa itu sy terbaring di atas katil menahan sakit di kepala yang tidak henti2 denyut… gagahkan diri utk buka pintu dan sambut suami..

Suami pun terkejut tgk keadaan sy yang menahan sakit kepala.. cepat2 dia mengurut-urut kepala sy sambil bertanya da makan ke belum ? sy mampu menggeleng saja..sy menyatakan tak sempat masak nasi lagi.. dan ayam belum di bersihkan dan digoreng..

Suami meminta sy berehat di bilik… katanya akan kejut sy utk solat isyak..

Jam 9 mlm sy terbangun bila mendengar suara suami mengaji di ruang tamu.. cepat2 sy bangkit dan ambil wudhu’… kepala masih sakit lagi..denyut2 lagi..Ya Allah, kuatkanlah diriku.. saat tu sy rasa bersalah, sbb x sediakan mkn mlm utk suami.. Selepas solat isyak, suami bertanya kondisi sy..sy menyatakan padanya masih sakit kepalanya (bukan sakit ni sy buat2 utk bermanja..tp selama ini sy x pernah alami sakit kepala seumpama ini..Subhanallah..Allah swt sedang uji sy)…

Suami pun faham, lalu memicit kepala sy sehingga sy tertidur.. Sy terjaga kira2 jam 3 pagi..saat itu terlihat suami bersandar di kepala katil sambil memegang buku .. saat itu, kepala sy da sedikit lega.. gagahkan diri utk bangun ke ruang tamu utk menutup suis ruang tamu…sebelum itu sy masuk ke dapur..Ya Allah, rupa-rupanya suami masakan nasi dan siap gorengkan ayam td.. terharu sy lihat..tp yg sedihnya, dia sendiri x menjamah makanan tersebut..

Sy masuk semula ke bilik, dan cuba mengejutkan suami… mengharap dia bangun utk makan (walaupun da jam 3 pagi masa tu..) sy risau jika perutnya masuk angin.. Suami menjawab dalam keadaan mata yang sedikit terbuka, “ xpe, abang dah makan roti dan biskut tadi..” sy bertanya, “ abis, kenapa x makan nasi dan lauk? Nanti perut masuk angin.” Suami menjawab , “ em..xpelah, abang tak lalu nak makan sorang-sorang..”

Masa tu,sy rs nak nangis.. rs bersalah pun ada.. sy biarkn suami rehat di bilik..mungkin dia baru tertidur semasa membaca buku ( sbb kopiah masih di kepalanya..).. sy tanggalkan kopiahnya, lalu mengambil wudhu’.. syukur dijagakan oleh Allah swt utk bertahajud.. mendoakan agar Allah swt memberi sy kesabaran dan kekuatan sepanjang kehamilan sy.. dlm masa yg sama bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan suami yang begitu memahami.. alhamdulillah..

1 comment:

ctpayong said...

salam..kalau boleh jgn skip any meal. jamahlah anything bagi mengelakkan sakit kepala seumpama itu berulang di masa akan dtg.