Thursday, July 29, 2010

Perkembangan Janin ~ 20 minggu

Salam,


Syukur, diberi kekuatan untk berkongsi cerita..

Alhamduillah..kini usia kandungan sy da mencecah 5 bulan.. agak keletihan sebenarnya ..sebab utama perut da semakin besar.. tp rs syukur sebb diberi peluang oleh Allah swt utk merasai fasa ini.. kaki sy kini ada perubahan..nampak agak bengkak sedikit.. tp x la rs sakit ..cume lenguh sekejap saja..

Kini perut sy pun da terasa gerakan kecil.. adakala rasa denyut2… adakala terasa spt baby membuat gerakan kecil.. dari apa yg sy baca melalui majalah dan sumber dari internet, pada usia janin 5 bulan, baby dalam perut ni sudah mula terangsang dgn bunyi-bunyian..

Sebab itu , bilamana kak zarah pegang2 perut sy dan ucapkan salam..ada saja tindakbalas..begitu juga bila suami sy cuba bercakap2 dgn baby..terasa gerakan kecil..

Ada masa sy rs geli sedikit..

Malam-malam , sy sering buka RTM TV1 utk menonton Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa… sebab bila sy mula duduk dan menonton program ini, automatic baby dalam perut ni aktif bergerak…

Di bawah ini.. sy lampirkan catatan pakar mengenai perkembangan janin pada minggu ke-20 (lebih kurang 5 bulan)… :

Minggu ke-20.

Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.


Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.


Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.


Setengah perjalanan telah dilalu bayi. Kini, beratnya mencapai 260 gram dan panjangnya 14-16 cm. Dibawah lapisan vernix, kulit bayi mulai membuat lapisan dermis, epidermis dan subcutaneous. kuku tumbuh pada minggu ini.


Proses penyempurnaan paru-paru dan system pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat

p/s : ada masa rasa geli macam nak garu pun ada bila baby dalam perut ni rasa bergerak2 ..moga diriku menghargai nikmat yg Allah berikan ini..

No comments: