Wednesday, October 27, 2010

Air selusuh ...

Salam semua..

Alhamdulillah..dpt juga sy mencari sedikit info ttg air selusuh ini... sebagaimana yg ditanya oleh kakak Aida ( kakak kwn sy Afzan) ttg air selusuh..apa yg sy tahu, air selusuh ni biasanya diminum oleh ibu2 yg bakal bersalin..dgn niat utk memudahkan baby keluar.. air selusuh ni dibuat dgn bacaan Ayat2 Al-Quran (blh rujuk info dibawah)..insyaAllah..air selusuh sy ni abang akan buatkan...bapa mertua sy pun ada cakap untuk buatkan air utk sy.. Alhamdulillah..xpela..mana2..yg penting sy selamat bersalin nanti...ada juga sy beli buku rawatan darussyifa' (adato' Haron Din)..dlm buku tu juga ada cara-cara membuat air selusuh..
ok,bawah ni sy petik artikel  berkenaan air selusuh dari http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/02/terkini-kursus-rawatan.html .. harap dpt membantu..


Doa Selusuh


Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)

Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.

Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);

2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:

- Surah Al-fatihah

- Surah al-Hasyr ayat 21-24

- Selawat Syifa

- Doa



3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat

4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.

5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..

Amalan penyediaan air dan minyak selusuh ini adalah diwarisi turun temurun daripada petua dan amalan orang-orang tua di Malaysia secara khususnya di Kelantan atau secara umumnya di rantau Asia Tenggara. Cuma pendekatan penyediaannya kini dimurnikan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan hati yang ikhlas ingin mendapat pertolongan daripada Allah SWT jua.

Tidak ada sebarang halangan untuk menggunakan al-Quran dan bermunajat serta berdoa kepada Allah apatah lagi meminta pertolongan daripadaNya bahkan ia adalah suatu ajaran Agama melalui gesaan al-Quran sendiri (surah al-Fatihah:5)

1 comment:

Tutup Blog said...

waaa....
da nak dekat bersalin yer...

moga sumer selamat yer...
sy follow sini..
jemput follow me back yer...
salam kenal=))