Tuesday, February 22, 2011

Perkongsian utk bakal Ibu... moga dipermudahkan urusan..

Salam semua.

Moga sentiasa dirahmati Allah swt..Syukur diberi kemudahan utk melaksanakan segala pekerjaan...

Alhamdulillah... entri kali ini, insyaAllah sy akan coretkan sedikit pengalaman sy tike melahirkan Ammar Faiz.. ini adalah permintaan dari sahabat sy – Aqeen Ahmad.. yg kini sedang menghitung hari utk menunggu kelahiran permata hati... Namun begitu, entri ini juga sy tujukan khas utk rakan2 yg sama spt Aqeen, yakni bakal2 ibu.. selamat membaca yer kepada Yana (rakan ofis) , Jun (rakan), dan Cikgu Siti (isteri kepada ex- rakan ofis) yg kini sarat dan hampir tempoh melahirkan.. moga urusan kalian dipermudahkan yer..

Baiklah, sebelum ni sebenarnya sy da tulis juga pengalaman sy bersalin- cari tajuk Detik Kelahiran Ammar Faiz-Part 1 (blh juga tgk pd label permata hati kami)...
Cuma sy akan tambah sedikit info / tips2 hasil dari pencarian dari Google dan bacaan dari buku2..

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

( pengalaman sy dulu: kontraksi berlaku semasa berada dalam labour room. Sebab masa tu, doctor da pecahkan air ketumbahan sy).

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang

(pengalaman sy: mmg betul ! sakit belakang yg kerap..dlm jam 8 mlm masa sy sedang memasak sup ayam kegemaran abg, pinggang rs macam nk tercabut pun ada..sampai minta abang urut2 )

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera

(pengalaman sy: oh..air ketubahan sy doctor yg pecahkan.. selepas tu, rasa sakit juga..spt sengugut yg amat teruk.. tp sabar dan menahan sakit sambil membaca doa2 dan zikir2)

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan

(pengalamn sy: sy mengalami pendarahan..yakni keluar tompokan darah semasa dirumah.. sampai di hospital, darah keluar agak byk..masa ni redha saja..)


Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

(pengalaman sy: bukaan jalan sy semasa sampai dihosptl kulai – 4 cm.. masa ni terkejut juga bila doktr ckp da nak bersalin..walhal masa tu sy baru saje 34 minggu..terus naik ambulan hantar ke HSA..smpi di HSA, bukaan jalan da 7cm..namun, doctor menasihatkan sy utk tunggu supaya bukaan jalan buka sbyk 10cm..dari segi kesakitan, pd sy x terasa sgt… Cuma bykkn doa dan istighfar saja ubatnye..)..


TEKNIK PERNAFASAN KETIKA PROSES BERSALIN
- ini pula tips2 utk teknik pernafasan.. sy rs bertuah dapat menggunakan teknk pernafasan yg betul.. ini adalah ilmu yg sy dpt semasa menghadirkan diri ke kelas antenatal di hosptl swasta sbln itu..cara mudah sy amalkan.. semasa baring, angkat kepala tgk bahagian perut..kaki buka besar2 dan lakukan pernafasan dgn tenang..ok,bolhe baca juga info dibwh yer..


Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi.

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.
Teknik pernafasan peringkat kedua.

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.


TEKNIK MENERAN

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.
“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.
“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).
No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.
Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.


Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

p/s: semoga info2 di atas berguna utk semua yer.. utk tips tmbhn, semasa hendak meneran.. sebutlah ‘Allahuakbar”..insyaAllah dipermudahkan...

No comments: