Monday, February 24, 2014

"Aku lemah !!"

Aku kini semakin lemah...

Lemah dengan keadaan sekeliling..
Lemah dengan keadaan ku sendiri..
Lemah atau Penat ??
Pada aku tak ada bezanya...

Cuma kekuatan tu datang jika aku sendiri senantiasa mengingatiNya..
Sungguh... aku makhluk yang lemah...
tak lari dari berbuat kesalahan..
tak lari dari mempertikaikan apa jua urusan...

Sungguh.. aku kagum dengan suamiku tersayang..
Selama sudah 5 tahun kami bersama...
Aku sukar nak temui insan yg begitu sabar..begitu positif...
dan begitu berbaik sangka dan berlapang dada..

Banyak benda aku perlu pelajari dari abang,,
Daripada urusan peribadi sehingga urusan kerja..
Jujur.. ku akui.. urusan kerja padaku tidak sesusah mana..
Namun, bila mana ia melibatkan urusan sesama insan..
Sungguh.. aku lemah..
Ya, aku jarang marah-marah di tempat kerja..
Tapi tahap kesabaranku jua ada batasnya..
Andai aku berupaya mengawal emosiku sebagaimana abang,,sungguh..aku gembira..

Ya..aku insan yang lemah..
Hanya padaNya saja kekuatan yang ada..
Hanya dengan berserah diri dan bertawakal kepadaNya sahaja jalan penyelesaian..

Kini.. aku mampu berdoa agar kehidupanku pada hari-hari mendatang..
Senantiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang membuatkan hatiku tenang..
Ya Allah...hanya padaMu ku memohon..
Pengharapan tiada selain daripadaMu Ya Rabb..

p/s: nota ringkas sebagai muhasabah diri...

No comments: