Thursday, April 23, 2009

~ IQRA' ~


Salam,

Semalam kira-kira jam 5 petang, saya masih sempat membuka laman web kedai buku.com dan juga MPH online utk mencari buku2 utk ditempah.. sbnrnya ada bbrp judul buku yg sy kepingin utk dptkan dalam masa terdekat.. munkin disebabkan masa hujung minggu utk pergi ke kedai buku agak terbatas..niat utk ke Kedai buku Badan Cemerlang,Angsana pun terbatal dek kesibukan kerja..

Sambil sedang asyik menatap bbrp judul buku2 ,tanpa saya sedari, kelibat seorg officemate berdiri di belakang memerhatikan apa yg saya sedang layari.. (saya panggilnya –Liu, engineer sama department dgn saya..) Saya apalagi dgn tangkas minimize kan window laman web tersebut..dan tersengih-sengih… Mukanya pula mula berkerut..dan dengan spontan dia meminta saya membuka semula laman web tadi.. rupa-rupanya die pun dalam proses utk mencari sebuah buku novel inggeris..haha~..

Dia kemudiannya bertanya kpd sy.. “what kind of books you want to buy?”..sy jwb la.. “I try to find the books which can give me inspiration and motivation.” Sebenarnya saya masih dlm proses membaca bbrp synopsis buku2..

Kemudian, dia mencadangkan saya utk membaca sebuah buku novel Inggeris bertajuk : The Three Cups of Tea (tulisan Dr.Greg) .. dia menyatakan buku nie berkisar ttg kehidupan sebenar yg dilalui oleh Dr.Greg dan seorg wartawan David Oliver semasa mereka berada di Afghanistan dan Pakistan..dia mencadangkan agar saya mendapatkan edisi terbaru buku tersebut.. then sy menjawab “ I’ll try to find it…but I need time to read that books..”..Liu pun mengakui buku novel tersebut agak tebal utk dibaca..dia sendiri pun mengambil masa yg agak lama utk membacanya..

Perbualan kami terhenti kira2 jam 5.55ptg..erm..niat saya utk menempah buku scr online terbantut ..office hour sampai jam 6 ptg.. lagipun masa ada 5 minit saja lagi.. pikir2 esok saja dapatkan buku2 yg sy inginkan tu..tapi walau bagaimanapun sy berasa gembira masih ada generasi muda Malaysia (spt Liu ~ umurnya 27 thn ) yg msh minat membaca dan berkongsi bahan bacaannya dgn saya..

No comments: