Thursday, May 14, 2009

~Lau-See~

Salam~

Sekadar utk coretan… di office saya ada seorang Senior Engineer ..namanya Y.W. Leow..tapi saya selalu panggilnya “Lau-See”..maksudnya “cikgu”..die pernah bertanya kpd saya kenapa saya panggil die “Lau-See” sedangkan ramai lagi engineer yg layak utk dipanggil sedemikian..tatkala pertanyaan itu ditanya..saya hanya senyum saja~ (sbnrnya saya kagum dgn cara kerja nya yg teliti dan tenang ..selain sederhana) Orangnya mmg dilihat dari luaran kelihatan sangat sederhana.. dari segi percakapan, cara berjalan,dan sebagainya..

Dalam masa yg sama..Lau-See ni selalu bercakap dengan ayat yg sopan dan teratur ..(atau makna lain~ berbudi bahasa)..Lau-See nie amat gemar bercakap dalam Bahasa Melayu dgn ayat yg saya kira bagus jika dibandingkan dgn rakan2 sekaumnya yg lain di dalam office saya..~

Pernah bbrp kali..saya bertanya dari mana dia belajar bercakap bahasa melayu ..boleh dikira agak fasih..dia hanya menyatakan sebelum ini, dia kurang fasih..mungkin sbb byk bergaul dgn rakan2 berbangsa Melayu membuatkan dia bersemangat utk menguasai bahasa ibunda kita…

“ Saya juga selalu menonton Filem P.Ramlee, dari situ saya belajar la”, ungkap Lau-See lagi.. “ Oh..patut lah Lau-See fasih berbahasa Melayu”, balas saya…Lau-See tersengih2..
Sekiranya ada masa terluang, Lau-See juga kadang2 mencari Kak Zarah dan juga saya utk bertanya bbrp perkataan Melayu yg agak jarang didengari..

“ Zarah, Bolehkah saya tahu apa maksud “jarang” ? dgn tenang kak zarah pun menjelaskan satu persatu… “ maksud jarang ni ada banyak, antaranya perkara yg tidak selalu kita buat..sbg contoh Saya jarang makan di rumah..dan jarang juga maksudnya nipis ataupun polos..contohnya baju kemeja awak jarang…faham x?” jelas kak zarah panjang lebar..

Kemudian, Lau-See pun menyambung.. “ Jarang tu bukan masak air ke?”..haha~ saya tersenyum di samping kak zarah…Kak Zarah pun xmampu meneruskan kata2 nya lagi..
Tak mengapalah Lau-See..yang penting semangat anda ingin mendalami bahasa Melayu itu kami hargai ~ ucap saya dalam hati..

No comments: