Monday, May 25, 2009

~ Budaya Membaca~

Salam~

Setiap kali saya menonton Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3..lebih kurang pada jam 7.30pagi..(sejurus selepas Buletin Pagi), pasti pengacara MHI akan memulakan bicara pada masa itu dgn menunjukkn buku bacaan mereka..”Satu Buku..Satu Hari..”..pada saya slot ini agak bagus dan ia merupakan salah satu kempen membudayakan masyarakat memupuk sikap suka membaca…

Contohnya pada hari ini..pengacara Ahmad Fitri Yahya berkongsi bahan bacaannya kepada penonton..Buku pilihannya pada kali ini bertajuk “Rindu Bau Pohon Tin “ tulisan Ustaz Hasrizal Jamil.. Pada pandangn Ahmad Fitri..beliau amat tertarik dgn penulisan ustaz Hasrizal kerana ia berdasarkan cerita benar ustaz itu sendiri..

Sebelum ini..pengacara Abby Fana berkongsi bukunya yg bertajuk “ Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Paling Bahagia” tulisan Dr.Syekh Ab’aidh ..Dari penerangan Abby, dia menyatakan amat tertarik cara penulisan buku ini..kerana yang istimewa adalah setiap bab dalam buku ini dicirikan dengan Permata, Berlian..dan lain2..

Apa yg saya nampak usaha seumpama ini di pihak media merupakan salah satu usaha yang mampu memupuk nilai mencintai ilmu di kalangan masyarakat sendiri..~

No comments: