Tuesday, July 7, 2009

LEONARD TEST

Salam,

Alhamdulillah..masih lagi diberi lagi ruang waktu utk menulis di ruang maya ini..
InsyaAllah~ pada hari Jumaat dan Sabtu ini (10hb n 11hb Julai)..sy dan bbrp teman office akan menyertai Training “Emotional Intelligence for Teamwork”. Antara objektif :-

1.Understanding individual personalities in teams and developing strategies to build effective teams.

2. Identifying key elements for training in future Leadership and Management programmed.

3. Coaching candidates in personal and performance improvement.

4. Short-listing candidates for employment or selection for special projects.

Dan sebelum kami menghadirkan diri pada tarikh tersebut, pihak penganjur meminta peserta membuat ujian personality scr online..pada saya agak menarik..….Ujian tu disebut "LEONARD TEST"(Let's Explore Openness Neutral Analytical Relational Decisive)..Blh juga lawat website :www.leonard.com.my..dibawah nie saya sertakan rumusan ujian personality saya..




The LEONARD Personality Inventory

Name Farahdilah Binti Idrus
Position Asst. Engineer
Organisation V.S Electronics Sdn Bhd
Date 7/7/2009


Secara amnya, personaliti anda boleh dirumuskan sebagai 'Insan Yang Serba Boleh'

Anda mempunyai kelebihan seperti berikut:-

Anda adalah tumpuan dalam sesuatu majlis keramaian. Majlis akan terasa kekurangan tanpa kehadiran anda. Anda sentiasa bersemangat tinggi dan amat mesra. Kalau semua orang mahu hidup macam anda, maka tidak akan timbul masalah manusia keseorangan diri. Dalam apa-apa perundingan yang bertujuan untuk mengelakkan konflik, kehadiran anda amat diperlukan. Sifat dan perawakan anda yang meyakinkan itu boleh mempengaruhi orang lain. Manakala orang lain kerapkali bosan menghadapi kerja-kerja yang sukar, anda pula merasa seronok disebabkan perawakan anda yang suka berjenaka sambil bekerja.

Anda tidak teragak-agak untuk memberi jawapan yang spontan. Dalam suatu keadaan yang paling tegang dan mencabar, anda tetap senyum dan ceria. Kehadiran anda memberi inspirasi kepada orang lain. Sekiranya perkataan boleh ditukar kepada wang, anda akan menjadi seorang jutawan! Sebenarnya, anda kaya - dalam persahabatan kerana anda suka berkomunikasi dengan orang lain. Anda sentiasa riang dan gembira dan sifat ini menjadikan anda disukai orang ramai.

Sikap anda yang periang dan bersemangat tinggi sentiasa dihargai oleh rakan sekerja. Orang di sekiling anda amat menyukai anda. Motivasi anda diraih daripada penghargaan yang ikhlas daripada orang lain. Tidak mudah bagi anda melukakan hati orang lain. Anda senang menerima pandangan dan idea orang lain dan kelebihan ini akan membawa faedah kepada diri anda dalam jangkamasa yang panjang.

Anda menunjukkan kesetiaan yang tidak terhingga kepada orang yang berurusan atau berhubung dengan anda. Sokongan yang anda berikan kepada kakitangan atau majikan anda adalah amat penting. Apabila rakan sekerja anda menghadapi masalah sosial, andalah yang akan menjadi sumber sokongan mereka. Peperangan dan perselisihan faham sudah semestinya akan berkurangan jika setiap orang dapat mencontohi sifat anda mencintai dan mengekalkan keamanan. Secara amnya orang lain tidak menghadapi masalah bekerja dengan anda dan anda berhati-hati tentang tanggapan orang lain terhadap diri anda. Orang yang diletakkan di bawah pengawasan anda amat menghargai keprihatinan dan keikhlasan anda dalam menjaga kebajikan mereka.

Anda paling cekap bekerja dalam keadaan yang harmoni. Anda menunjukkan empati terhadap masalah orang lain dan dengan yang demikian anda dapat meringankan penderitaan mereka. Kehadiran anda memberi keselesaan kepada orang di sekeliling anda kerana anda tidak suka memaksa orang lain melakukan sesuatu. Rakan-rakan beranggapan anda seorang yang baik, siuman dan senang didampingi.

Anda mungkin mempunyai kelemahan berikut :-

Pastikan anda mempunyai identiti sendiri yang unik terutamanya yang berkait dengan fikiran dan pendapat anda sendiri. Putuskan kitaran yang sering diamalkan dan belajar memimpin dari semasa ke semasa jika perlu. Biji benih yang kecil itu hanya akan menampakkan potensinya apabila tumbuh keluar daripada kulit biji. Begitu juga dengan anda, janganlah menjadi penghalang kepada diri sendiri semata-mata kerana tidak mahu mencuba benda baru. Pastikan anda seimbangkan kesabaran anda supaya tidak menjejaskan kepentingan menjalankan kerja dengan efisien atau membenarkan imej diri anda terjejas. Jangan salahkan pesaing anda sekiranya anda gagal memperolehi apa yang dihasratkan, kerana anda sendiri kurang semangat dan motivasi. Ubahkan sikap dan naluri anda ke arah pencapaian kejayaan dalam hidup.

Belajarlah membuat keputusan lebih cepat. Jangan biarkan sifat toleransi anda terhadap orang lain menjadi sebab sesuatu kerja tidak dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.

Secara rumusan, kelebihan anda adalah seperti berikut :-
1)Bersifat analitis.
2)Dianggap mesra.
3)Bersikap konsisten.
4)Menikmati hidup anda.
5)Berperawakan yang menyenangkan.
6)Suka permikiran mencapah.
7)Kreatif.

Secara rumusan, kelemahan anda adalah seperti berikut :-
1)Terlau terlibat dalam pelbagai aktiviti.
2)Mudah kalah kepada godaan.
3)Dianggap sebagai sorang yang agresif.
4)Mudah resah.
5)Boleh dianggap oleh orang lain sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan.
6)Terlalu yakin kepada diri sendiri.
7)Dilihat sebagai meninggi diri.

Untuk meningkatkan Kepintaran Emosi (EQ) anda, anda perlu :-
1)Balasan yang cepat dengan cadangan orang lain.
2)Kerelaan untuk bertolak-ansur apabila bekerja dalam sekumpulan.
3)Kawalan yang baik dengan emosi anda.
4)Kerelaan untuk mendengar pandangan orang lain walaupun ia bertentangan dengan pendapat anda.
5)Belajar menjadi lebih asertif tetapi jangan pasif atau berkasaran.
6)Lebih berfleksibel dalam mengatasi masalah.
7)Bertimbangrasa apabila bercakap dengan orang lain.

Kreativiti anda boleh dinyatakan secara berikut :-
1)Bekerjasama dengan orang lain untuk mencari ilham kreatif – cara inilah menjadi punca yang baik untuk mendapat cadangan yang baru dan baik.
2)Beryakin dalam memperkenalkan cadangan baru anda.
3)Mengetahui apa yang diperlukan.
4)Inspirasi kreatif anda biasanya datang dari pergaulan dengan ramai orang.
5)Anda biasanya menjauhkan dari kaedah yang lama dan suka menempuh dengan cara diri sendiri.
6)Memerhatikan proses kerja dan ura-ura, dan menilainya kemudian. Kreatif yang berhasil adalah berdasarkan kriteria seperti, ‘Adakah cara ini yang terbaik? Yang betul? Yang berkesan sekali?’ dan lain-lain.
7)Anda tidak khuatir tentang pertikaian apabila anda percayai sesuatu cadangan yang baru.


Bagaimana anda boleh meningkatan kreativiti anda :-
1)Berusahalah dalam penjelasan anda kepada orang lain tentang sebabnya anda memilih sesuatu penyelesaian kerana hasil kreatif anda mungkin dianggap tidak bertimbangrasa dan menyinggungkan.
2)Berawas dengan implikasi berikutan perlaksanaan cadangan baru anda.
3)Jangan terlalu berkeyakinan apabila memikirkan cadangan dan kreatif baru.
4)Jangan mendadak apabila melaksanakan cadangan baru anda.
5)Anda perlu belajar menerima pendapat dan idea orang lain, dan dengan rendah diri menyedari bahawa cara anda itu bukanlah sentiasa terbaik.
6)Berikan lebih masa untuk mengatasi kerisauan orang lain terhadap cadangan baru anda.
7)Anda perlu memastikan penyampaian kreatif anda berkandungan dan tidak ketinggalan sebarang butir-butir dan tidak nampak kurang sempurna, walaupun ia penuh bergaya


Bagaimana anda boleh membantu organisasi anda :-
1)Memberi pimpinan yang kukuh.
2)Memberi semangat kepada orang lain di organisasi.
3)Mengimbangkan kepantasan dan risiko dengan tindakan dan penilaian yang bercermat atas perkara.
4)Mengamalkan disiplin pada waktu kerja dan tahap bertanggungjawab yang tinggi.
5)Mendorong sendiri dan orang lain untuk berjaya untuk organisasi.
6)Menjadi orang tengah dan menenangkan keadaan di antara tingkat-tingkat berlainan dipentadbiran.
7)Menggalakkan kesabaran dengan faktor yang tidak diingini tetapi perlu.

Bila anda berperanan sebagai ketua atau penyelia, adalah penting anda mencuba langkah-langkah berikut :-
1)Belajarlah memimpin dan bukan mendesak orang lain.
2)Secara lemah-lembut, cubalah menyiasat jika orang bawahan anda berasa terancam oleh anda dan tidak mudah didekati; jadilah lebih mudah didekati jikalau anggapan itu betul.
3)Belajarlah mengawal desakan pada diri sendiri sebagai pemimpin.
4)Selepas memberi arahan, cubalah memastikan orang lain telah memahami kesemua arahan itu.
5)Sedarilah bahawa anda perlu menggunakan masa untuk mengajar orang bawahan anda.
6)Lebih terbuka kepada cadangan orang lain.
7)Elakkan dari terlalu berkecimpung dalam semua aktiviti.

Bagaimana anda boleh menguruskan diri anda dengan baik semasa menghadapi konflik :-
1)Dengarlah perasaan pihak lain juga.
2)Mengawal diri dari terlalu beremosi.
3)Cuba tidak memburukkan pertikaian.
4)Elakkan dari menjadi agresif dengan mudah dalam pertikaian.
5)Belajar memahami pandangan orang lain juga.

Tekanan - Bagaimana anda boleh mengatasi tindakan yang tidak diingini :-
1)Terimakanlah bahawa anda tidak dapat sentiasa menjadi terbaik dalam semua perkara.
2)Berehatlah dahulu, kemudian kembali untuk menghadapi keadaan.
3)Belajarlah yang anda tidak sentiasa perlu membuktikan diri dengan pencapaian selalunya.
4)Fikirkanlah cara untuk mengatasi masalah.
5)Fahamkan bahawa keinginan anda untuk kepentingan tidak dapat dipuaskan dengan orang lain mengagumi dan menyukai anda.
6)Terima dan meminta pertolongan dari kawan-kawan yang dipercayai.
7)Terimakanlah bahawa anda tidak dapat sentiasa menjadi terbaik dalam semua perkara

Untuk menjadi seorang pelajar yang lebih efektif, and perlu :-
1)Jangan menganiayai diri – jangan terlalu tegar pada sendiri.
2)Jangan biarkan ketiadaan penghargaan menghalang kemajuan anda – dorongan mestinya muncul dari diri sendiri.
3)Bersabarlah apabila cuba mempelajari sesuatu subjek.
4)Jangan sombong untuk mengaku bahawa ada banyak yang anda perlu memahami. Jadi, bantuan dari orang lain mungkin diperlukan dari semasa kesemasa.
5)Belajar menangani ketekanan dengan baik.
6)Bersantunlah apabila anda berbincang dengan orang lain.
7)Ingatlah bahawa kami tidak akan memahami segalanya, Einstein juga tidak dikecualikan.



(My group members: saya,poong,chang and liu)

No comments: