Friday, July 3, 2009

Semoga adik kuat !!

Salam

Di saat saya menaip di blog ini, saya teringat-ingat akan perbualan saya dengan mak malam tadi walaupun pada masa ini saya berada di tempat kerja..
“ Kak Ngah, tadi petang doctor dari Hospital Batu Pahat telefon beritahu mak yang jadual pembedahan adik dicepatkan. 17 hb nie.. hari jumaat.”
“Ahh.. yeke mak! Kelmarin kata dieorang bulan 9..kenapa dicepatkan pula?” tanya saya..
“oh..sbb ada pesakit yg nak ubah tarikh die..jadi doctor cadangkan nama adik ..tu yg cepat tu..” balas mak.

Saat ini juga..saya mampu mendoakn kesihtan adik.. Adik tidak lah mengalami penyakit yg agak serius..hanya tonsil saja….namun kerisauan masih timbul di hati kami sekeluarga…

mak berulang-ulang kali menceritakan kpd saya..semasa mak dan adik membuat pemeriksaan awal dulu..doktor tersebut ada menceritakan satu kes di mana seorang kanak-kanak yg menghidap tonsil meninggal dunia semasa pembedahan dilakukan..dalam perjalanan pulang ke rumah..adik bertanya kpd mak; “Mak, tadi doctor tu ada cerita kan pasal budak kecik yg ada tonsil tu meninggal dunia masa bedah?”.. mak agak sebak dgn pertanyaan adik.. “ Mungkin sakit tonsil dia tu da tahap teruk agaknya..lagipun budak kecil x mampu nk tahan agaknya…jangan risau..adik kan kuat..” ucap mak mungkin utk sedapkan hatinya dan adik..
InsyaAllah~ saya akan mengambil cuti pada tarikh itu…mungkin adik akan berada di hospital dlm 2-3 hari nanti..Semoga adik kuat utk mengharungi pembedahan ini...

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

-Salah satu daripada Asmaul Husnah 99 Nama-Nama Allah s.w.t. yang Maha Agung. salah satu daripadanya ialah:

01. AS-SALAM (MAHA PEMBERI KESEJAHTERAAN ATAU KEAMANAN) : Dia ialah penyelamat hamba-hamba-Nya daripada segala mara bahaya dan rintangan. Dia juga yang memberi nikmat kepada para penghuni syurga.

-Sesiapa menyebut Nama ini iaitu: ''YA SALAM'' berulang kali Shingga 160 kali kepada orang yang sakit, akan membatu menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit.

02. AL-GHAFUR (MAHA PEMGAMPUN) ; ia mengampuni semua hamba-Nya.

-Sesiapa mendapat sakit kepala, demam, dan Berdukacita, lantas menyebut nama ini ''YA GHAFUR'' Berulang kali, akan sembuh daripada penyakit tersebut.

1 comment:

noor afzan said...

salam farah..
semoga adik farah selamat menjalani pembedahan tonsil..
Actually Afzan x berapa tahu maksud tonsil tu..
huhu~