Monday, September 7, 2009

~ Program keluarga angkat ~

Salam kembali,

Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana masih memberi ruang diri ini bernafas dimuka bumi alam ciptaanNya… Subhanallah..Maha suci Allah ..dlm beberapa minggu kebelakangan ni, hati sy rasa sgt2 seronok..walaupun bebanan kerja seperti biasa…

Alhamdulillah, Program Keluarga Angkat yg sy dan sahabat2 kelab pergi sabtu dan ahad lepas ke perkampungan setinggan di Kampung Ladang,Gelang Patah…





Saya bersama Zatil Izzah (adik kampus) diberi amanah utk bersama2 keluarga En.Khamis Abdullah (nelayan) dan Pn.Rosmah (yg cacat penglihatan).. kami selesa bila mana En.Khamis dan isterinya membahasakan diri mereka ‘Ayah’ dan ‘mak’…. Sampai kini panggilan tu melekat di bibir kami…Apa yg sy amat2 terharu adalah, kami dilayan spt anak sendiri walaupun ayah khamis mempunyai 7 org anak…





Pada awal pagi ahad, sy membantu nenek (ibu ayah khamis) berkebun.. seronok sgt2 kerana kebun yg diusahakan agak byk juga tanaman..antaranya pokok cili,betik,pisang, jagung,terung..malam sebelumnya sy bercerita pada ayah khamis yg sy sudah menanam benih cili, namun sehingga kini masih belum tumbuh2…lalu ayah khamis berseloroh pada sy, “ munkin tangan fara panas kot…” katanya sambil ketawa…selesai saja berkebun, ayah membawa kami ke tepi laut (berhampiran dgn Pelabuhan Tanjung Pelepas)..jadi dari situ kami dapatlah melihat pemandangan laut indah ciptaan Allah swt Yang Maha Esa.. “sebelah sana tu Singapore..kalau cuaca baik kita boleh nampak lagi jelas..” terang ayah khamis.. kami mengangguk. Di sana, kami juga nampak beberapa buah bot nelayan baru pulang dari laut…

Kira-kira jam 12 tghri kami dikehendaki berkumpul di bilik operasi.. sebelum bertolak balik, ayah khamis sempat lagi membekalkan kami hasil tangkapan lautnya kepada… “ ni farah, izah, ada ketam, udang, ikan, sotong… ayah bekalkan..segar lagi..baru jer naik dr laut ni..” kata ayah sambil tangan nya sibuk membungkus bekalan kami ..sy dan izzah hanya mampu ucapkan terima kasih .. sebelum kami pulang, sempat ayah khamis dan mak mengambil bbrp keping gmbr kenangan bersama kami… “jangan serik tau datang sini..ayah tau kami susah..tp jgn lupakan kami tau..” ucap ayah khamis..saat tu sebak sgt2..sy lihat mak menangis…terdengar rungutan kecil dia, “ sekejap sgt dtg sini… x sempat nak berbual panjang..” . “InsyaAllah mak, nanti bila-bila kami lapang, kami dtg sini..tgk mak dgn keluarga..nanti boleh borak lama sikit..”.pujuk kami.. Tiba-tiba ayah khamis memberi sy satu bungkusan.. “ni ada anak pokok cili dan terung…balik nanti fara tanam..kesian ayah dengar yg fara tanam pokok cili x tumbuh2..haha..” ucapnya penuh ceria…sy apalagi agak terharu dgn keramahan mereka sekeluarga… InsyaAllah, satu hari nanti kami pasti akan kesana lagi…

Terima kasih sgt2 kepada urusetia program ini, kepada keluarga angkat sy , ayah khamis,mak ros,kak zaharah,zaini,hasni,hasri,mohd khairul,haslinda,izad… layanan kalian sepanjng kami disana amat kami hargai…

p/s: credit to 'uyun atas photo di atas..thanks sis...

No comments: