Monday, September 7, 2009

Salam,

Satu hari pernah seorang rakan pejabat (sy panggil Chang) membelek2 brochure / pamphlet kawasan2 percutian di Malaysia.. lantas sy menegur, “wah, chang, you mahu ambil leave pergi holiday ke?”.. Chang tersengih2 saja… “ Mesti la… sesekali kena ambil cuti …asyik kerja saja penat juga kan..” balas Chang..
“ You plan nak cuti di mana?” tanya saya lagi.. “Erm..belum pasti lagi…but mestilah dalam Malaysia.. I prefer bercuti di kawasan pantai…terasa tenang sikit..Maybe mahu pergi ke pantai Timur ..” balasnya..

Entah mengapa tiba-tiba dalam fikiran sy terngiang-ngiang gambar Bukit Tinggi Colmar Tropical di Pahang…








mmg sedari dulu, pernah mengidam mahu ke sana…memang sy akui agak tertarik dgn keunikan struktur binaan bangunannya…Maha Suci Allah yang memberi nikmat akal kpd manusia utk membina bangunan2 sebegini…walaupun sy nie bukan dlm jurusan arkitek..namun terasa ada aura bagai memanggil sy utk bertandang ke sana suatu masa nanti… pernah la juga..memasang niat nk ke sana bersama keluarga… tapi ada saja halangan..yelah dari aspek kewangan, dan masa… jadi mmg jika mahu ke sana..kena tunggu cuti sekolah (krn adik bongsu masih belajar lagi)… InsyaAllah~ jika ada rezeki lebih pasti sy akan ke sana…

No comments: