Wednesday, December 9, 2009

Doakan moga dipermudahkanNya..InsyaAllah~

Salam semua…

Alhamdulillah~ syukur kehadrat Ilahi atas nikmat iman dan Islam yg diberikan kepada kita semua…Syukur juga dipanjatkan kerana diberi ruang utk bernafas…Selawat serta salam keapda junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda…

Semalam, semasa saya sedang sibuk membuat kerja di depan PC, dapatlah satu email dari rakan tmpt kerja… sy panggil nya Kak Ita..rupa-rupanya dia email kad walimahnya kpd rakan2.. dan semasa sy membelek butiran kad… sy terkejut sedikit krn tarikh majlisnya sama majlis di tmpt sy…agak kecewa juga..niat di hati nak juga ke majlisnya…namun apa boleh buat…tarikh 20hb Disember menjadi pilihan…

Bukan setakat itu sahaja…sebelum ni juga sy dapat undangn walimah rakan (nor fatihah – sy panggil teah) semasa sama-sama belajar di Matrikulasi Johor, dan juga di UTM, skudai… hari bahagianya juga pada tarikh yg sama 20hb Disember 2009. sekali lagi terlepas utk memenuhi undangan…insyaAllah hanya doa mampu sy titipkan..

Dan yg paling ketara sekali…dalam office sy ni jugak ada seorang rakan Chinese yg juga buat majlis resepsinya pada 20hb Disember 2009… apalagi..kebetulan kami edar kad pd rakan2 office pula pada hari yg sama…pening kepala boss n rakan2 lain nak pergi mana satu dulu…

Since tinggal bbrp hari majlis sy akan berlangsung…di kesempatan ini sy ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sahabat2 sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa, terasa hati, mohon maaf sekali lagi..sy hanya insan yg tidak terlepas melakukan kesilapan.. moga kalian semua mendoakn agar urusn kami yang berniat utk membina Baitul Muslim ini diredhaiNya…

Ucapan terima kasih kepada shbt2 yg mendoakn kami…syukran kpd ahli2 Nisa’ kawasan gelang patah(www.nisagp.blogspot.com), syukran juga kpd Bro Nizam (www.satuhala.blogspot.com)atas doa dan pesanan…syukran kpd sahabt2 semua…Moga Allah swt merahmati dan melindungi kalian semua…Amin~

1 comment:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

"Salam. Akak, moga dipermudahkan segala urusan akak... kerana Allah kita bertemu, moga ukhuwah kekal selama2nya"

(dah lama tak guna ayat macam ni...)

Semoga urusan akak dipermudahkan ye!