Thursday, December 10, 2009

Perbanyakkan membaca

Salam,

Ucapan syukur dipanjatkan kerana diberi lagi kekuatan diri ini utk mencatat sesuatu di laman maya ini..tiada daya upaya melainkan dengn bantuan Allah swt Yang Maha Berkuasa..

2 bulan lalu jika saya x silap, saya meminjam sebuah buku berkenaan “ Keluarga Sakinah” yang diterbitkan hasil dari Forum Keluarga Sakinah yang di adakan di UTM bbrp thn yg lalu....dari seorang adik kampus (thanks Jun)…sbnrnya buku modul ni juga beserta dengan VCD forum sekali. Tapi sy x sempt nak tonton videonya...

Antara isi kandungan Modul ini ialah pra-perkahwinan, persediaan keibubapaan, pra keibubapaan, asuhan bimbingan dan pendidikan (bayi sehingga berumur 7 tahun), mumayyiz hingga baligh, alam remaja (15 hingga 21 tahun), alam dewasa (21 hingga 40 tahun), alam matang (41 hingga 50 tahun), usia emas (55 tahun ke atas), dan ‘khusnul khatimah’. Saat ini sy baru saja selesai membaca modul alam dewasa…insyaAllah~ berniat nak habiskn buku ni dlm masa terdekat…sy cume ada ruang masa utk membaca di kala malam hari…

Dalam modul ni juga menerangkn procedur2 lafaz ikrar sakinah semasa akad .. Lafaz ikrar sakinah yang dilaksanakan semasa upacara akad nikah memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Malah penyerahan dan penerimaan tanggungjawab yang berlaku dalam lafaz tersebut akan menginsafkan dan menyedarkan pasangan yang baru dan sudah lama berkahwin untuk sentiasa patuh pada tanggungjawab yang telah digariskan oleh syariat.

Allah swt berfirman dlm sebuah ayat al-Quran, surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya bahawa Dia menciptakan jodoh untuknya daripada dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”

Jelas ayat di atas menyatakan tujuan perkahwinan dalam Islam adalah untuk membentuk keluarga yang sempurna. Ini bermakna, keluarga sakinah bukan sahaja beerti keluarga yang tenang dan bahagia tetapi lebih daripada itu, iaitu perlunya cinta yang diberikan oleh suami kepada isteri dan keluarga dan juga sebaliknya, iaitu cinta dan taat setia isteri yang tiada berbelah bahagi terhadap suami dan keluarganya.

InsyaAllah..moga diberi ruang masa utk menghabiskan pembacaan buku yang bermanfaat ini…

p/s: syukran yer jun bagi akk pinjam buku ni..insyaAllah~ akak akn beli buku ni nanti…

No comments: