Sunday, January 3, 2010

Dakwah mereka secara halus ~

Salam kembali..
Syukur kehadrat Allah swt atas nikmat Iman dan Islam yg diberikanNya..syukur juga masih diberi ruang utk bernafas di muka bumi ciptaanNya..tiada yg Esa melainkanNya..

Malam semalam tika menonton Buletin Utama (TV3) bersama suami, dipaparkan lagi perkembangan isu yang membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia iaitu kebenaran menggunakan Kalimah Allah di dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly..

Banyak respon yg diperlihatkan kpd masyarakat- dari feedback masyarakat Islam sendiri (melakukan demonstrasi tanda protes ia diluluskan oleh undang2), feedback dr pemimpin negara (PM sendiri- Datuk Sri Najib Tun Rrazak), dan yang terbaru respon dr Tuan Guru Nik Aziz .. di bawah adalah beberp petikan hasil dari perbualan Tuan Guru dengan akhbar Utusan Malaysia (4 Januari 2010).

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.



Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya badan rundingan itu diwujudkan secepat mungkin.“Majlis rundingan itu boleh dianjur NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini. Orang kita tidak suka berdepan begini,” katanya.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Astagfirullah~ sy mengucap panjang bila menonton isu nie..apa yg pasti..perbanyakkn doa agar isu ni pasti berpihak kepada kebenaran… InsyaAllah~

- Doa Menghadapi Ancaman Musuh -
Allahumma innaa naj’aluka fi nuhurihim wa na’uudzubika min syururihim.

Artinya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menjadikan Engkau dileher muka mereka (agar kekuatan mereka tidak terpedaya dalam berhadapan dengan kami). Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan mereka.”

1 comment: