Friday, January 1, 2010

Surah Ar-Rahman

Salam semua,

Entry kali ni, sy selitkan sedikit ttg Surah Ar-Rahman (yakni surah ke -55 dalam Al-Quran)..Terasa ingin berkongsi dgn shbt2 semua setelah suami kerap menghuraikan fadhilat Surah ini…

Jadi sy membuat sedikit pembacaan mengenai surah ini..Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 78 ayat. Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia maupun di akhirat nanti.

Ciri khas surah ini adalah kalimat berulang 31 kali "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.

Suami bertanya kepada sy , “ Tahu tak siapakan golongan yg mendustakan nikmat Allah swt dlm surah ini?” sy tersenyum saja..menanti jawapannya.. “ 2 golongan yg Allah swt nyatakan...iaitu manusia dan jin... dalilnya dalam surah ini ayat 13 sehingga 15 iaitu:

[13] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14] Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15] Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;


Apa yg sy boleh simpulkan bahawa surah ini menerangkan kekuasaan &kebesaran Allah s.w.t dan hendaklah kamu tidak mendustai Nya dan hendaklah taat mengikuti perintah Nya..

p/s: InsyaAllah~ masih dlm proses utk memahami maksud /tafsir surah ini... moga dipermudahkn urusn...Amin~

2 comments:

blacklatio said...

Saya masih tercari2 fadhilat surah ini dan baru mengamalkan setiap hari sejak 2 minggu kebelakangan ini.Arwah Ayah saya merupakan pengamal surah ini sejak zaman mudanya.Malang sekali saya x sempat bertanya padanya rahsia surah ini..

LayHa said...

trime kasih sbb bkongsi mengenai fadilat surah ni...sy pon nk taw sgt ttg nih..sbb ad kwn sy kate surah nih elok kte amlkn pd waktu subuh...