Wednesday, March 10, 2010

Panduan Menyelesaikan Masalah...


Salam kembali,


Syukur diberi ruang masa utk berkongsi dgn shbt2 semua.. ringkas saja entry kali ni…sy ada terbaca artikel berkaitan Panduan Menyelesaikan Masalah… di bawah ni sy catatkan apa panduannya..moga berguna utk semua…

PANDUAN MENYELESAIKAN MASALAH

1. Terima kenyataan bahawa anda mempunyai masalah.
Jangan hanya duduk termenung menantikan keajaiban datang menjelma utk menyelesaikan mslh itu..Anda juga perlu berhenti drpd menyalahkan org lain..Anggaplah masalah sbg satu peluang utk anda menguji keupayaan sendiri.

2. Kenal pasti apakah masalah.
Sekali lagi jgn asyik salahkan orang lain ..Jika benar pun ada factor luaran yg menyebabkannya, tangguhkan sekejap..objektif kita sekarang bukan utk mencari salah siapa..tetapi mencari apa masalahnya..

3. Masalah itu milik siapa.
Setelah menyenaraikan masalah sebenar, fikir semula adakah ia benar-benar kerana anda? Jgn bebankan diri anda dgn memikirkan masalah yg ‘dimiliki’ oleh org lain…Pilih masalah anda yg sebnr..dan ‘pulangkan’ semula semua yg menjadi milik org lain…

4. Berbincang dgn org lain.
Biasanya org yg menghadapi mslh akan rs gelisah dan risau, ini boleh menjejaskan keupayaan mereka utk mereka utk menyelesaikan mslh itu..Tetapi jgn pula hendak ‘menjaja’ masalah itu kpd semua org. Pilihlah org yg sesuai utk mslh yg sesuai jika anda rs perlukannya perbincngn dgn org lain…

5. Kenapa masalah tersebut timbul?
Jika banjir kilat disebabkan longkang yg tersumbat, maka bersihkanlah longkang tersebut.. Dengan mengenal pasti punca, kadangkala anda blh mendaptkan penyelesaiannya. Tetapi dlm kebanyakn hal, belum tentu punca boleh menyelesaikan masalah. Tetapi ia penting utk memastikan perkara yg sama tidak berulang kembali.

6. Apa yang memburukkan lagi keadaan?
Bunyinya macam utk merosakkan keadaan, tetapi tidak..Dengan mengenal pasti perkara yg boleh memburukkan keadaan,anda boleh mengelak drpd memburukkan keadaan.

7. Fikirkan 3 cara utk memperbaiki keadaan..
Yang pertama – tindakan kecemasan utk dilakukan sekarang.
Yang kedua- tindakan pemulihan utk sebentar lagi
Yang ketiga – tindakan utk jangka masa pjng..

Setiap satu mungkin mempunyai bbrp subtindakan yang tersendiri..

8. Jika perlu, minta bantuan orang lain.
Belajarlah bagaimana utk berinteraksi scr persuasive. Anda juga perlu tahu bagaimana utk mempengaruhi org lain agar bersama dgn anda.

9. Rekodkan usaha-usaha anda.
Setiap kali anda bekerja utk menyelesaikan masalah anda, anda sbnrnnye sedang mempertingkatkan diri anda.Rekodkan kerja-kerja anda itu walaupun perlahan..Sekurang-kurangnya anda tahu bhw anda sedang bekerja utk menyelesaikan masalah anda.

10. Masalah adalah CABARAN dan Peluang !!
Ia adalah cabaran dan peluang utk anda mempertingkatkan diri anda. Tanpa masalah, hidup anda akan mendatar dan tidak berkembang..Setiap kali anda berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri anda akan meningkat..Dalam masa yg sama, pemgalaman akan bertambah dan keyakinan pada diri sendiri juga meningkat..

Tiada silapnya utk mempunyai masalah..Masalah ialah perkara normal dlm kehidupan manusia..Malah,org yg tidak menghadapi masalah sebenarnya mempunyai masalah..Oleh itu, setiap kali anda ditimpa masalah, ingatlah pada hari ini, berjuta org ditimpa masalah, dan anda ialah salah seorang daripadanya..Oleh itu, apa masalahnya??

p/s: jika ada masalah, cuba berusaha menghadapinya disamping memhn bantuan Allah swt..

No comments: