salam kembali,
Awal pagi kelmarin suami menceritakan kpd sy yg dia bermimpi pergi 'outstation' ke luar negara sekali lagi..
Sy pun membalas, " Mimpi kan mainan tidur..tp kalau betul abang kena outstation lagi , nak buat macam mana kan? dah tanggungjawab.."
Lantas suami pun tersenyum.. Bukan apa, sebelum kami berkahwin (di alam pertunangan) suami pernah ditugaskan ke Argentina.. ada tugasan di sana (utk pantau model produk kilangnya)..scr jujur,sy tidak kisah jika suami ditugaskan lagi sekali ke sana..mmg jangka masa agak lama - dlm sebulan lebih..itu antara tanggungjawab suami sbg seorang pekerja...
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
p/s: teringin nak merantau negara orang..melihat alam ciptaanNya..Subhanallah..
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dlm Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kpd Allah swt walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini..
Friday, April 2, 2010
Mimpi..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
klu akak mimpi air, hujan, lautan, ikan... insyaallah, akak bakal dpt rezeki.. tak kira la rezeki tu byk atau sedikit... selalunya, bonus... :D klu dlm 1 tahun xde mimpi, dlm hati, risau jerk... xde rezeki ke aku tahun nie.. :P pastu, klu nak pregnant, atau dah pregnant, akak mimpi masjid... akak berada di kawasan atau di dlm masjid...
Post a Comment