Thursday, April 1, 2010

SuSah Ke Nak BerSanGka BaiK??

Salam kembali,

Syukur kepenatan sblm ni beransur2 hilang... tiada coretan yg panjng sy mampu catatkn... cukupla tatkala ini, sy berasa syukur krn dikurniakn nikmat Iman dan Islam.. kelmarin sy sempat mendengar ceramah dari Ustaz Kazim bertajuk " Bersangka Baik "..

Byk pengisian yg sy perolehi... lantas sy terfikir, mengapa  ada saja manusia yg kurang bersangka baik dgn org lain..erti kata lain.. wujud perasaan hasad ... munkin disebbkn kita semua ni tidak sempurna dan maksum spt Rasulullah..Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Di ofis ni , sy agak kerap berkomunikasi dgn Kak zarah (clerk di sini)..kami sering berbicara soal ttg Feqah, munakahat, tafsir Quran dan perkara2 yg berkaitan rumahtangga.. sy akan pergi ke tmpt Kak Zarah semasa rehat utk berbincang.. namun, ada juga segelintir rakan ofis ni memandang sinis kpd kami..sampai satu tahap menyatakan bhw kami ni duk sibuk mengumpat... Astagfirullah..mengucap bila sy dgr perkataan tu .sy x mampu nk jawab apa..Hanya Allah swt saja yg tau apa perbualan kami..Niat dihati terasa nk ajak sekali rakan yg menegur kami tu dlm perbincngn.. Jadi, bila sy ingat2 balik peristiwa ni, terfikir sy..x bolehkah rakan sy td cuba bersangka baik dgn kami? dan sy sendiri pun sbnrnye cuba bersangka baik dgnnya...

Ada juga menegur sy kini kuat makan.. sy akui sejak berumahtangga ni selera makan sy kian bertambh..munkin semakin bahagia!!.. tp kadar sy makan tidakla smpi tahap org yg begitu kebuluran..teringat pesanan abah, "makan ni seeloknye..berhenti sebelum kenyang".. namun, ada yg memandang sinis sikap sy ni... kdg2 serba salah..mkn byk org tegur..mkn sikit pun org tegur.. sy rs x salah kalo rakan ofis sy tu cuba bersangka baik.. bukan apa..kdg2 sy cukup terasa hati dgn percakapan nya.. seumpama sy ' merampas' semua mkn mereka..walhal hari2 sy membawa mkn sendiri..hati ni bersabar.. munkin ni salah satu ujian kesabarn kpd sy...
sehingga saat ni sy cuba bersangka baik dgn semua org..dgn niat agar semua org akan bersangka baik dgn sy..InysaAllah..

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.

Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s: Tak salah klu antara kita sesama Islam saling ingat mengingati..

2 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

salam farah..
makan lebih sikit pun xleh..
aiyarkk..?
manusia normal memang tak lari dari rasa begitu..
selain nafsu sendiri, dorongan iblis n syaitan tu yang menyebabkan perasaan x elok tu terzahir..
mmg susah nak bersangka baik selagi kita tak kawal sendiri..=)

angahfarah said...

salam afzan..
mmg susah..tp insyaAllah masih blh belajar..kena bykkn istighfar ..