Thursday, May 13, 2010

Cinta Sufi- Novel Terbaru RAM

Salam semua,


Semalam petang , slps pulang dr kerja, sy pun singgah la di pasaraya berdekatan..selalu singgah pun sbb nk beli bahan2 utk masak..lebih kurang 20 minit selesai membeli, sy pun singgah la di sebuah kedai menjual buku dan majalah..tiba-tiba sy terpandang ke arah rak buku2 novel yg tersusun rapi..semuanya ada label novel terbaru… pada mulanya rs mcm tak berminat nk ke rak tersebut..tetapi bilamana sy ternampak buku tulisan Ramlee Awang Murshid.. terus sy ke sana.. gembira hati ni bila ternampak tajuknya, ‘Cinta Sufi’.. ..sy ambil dan terus membaca synopsis buku ni…



emm..buku ni adalah kesinambungan dr Trilogi novel Bagaikan Puteri yg pernah sy baca thn lalu (masa tu buku trilogi ni kepunyaan suami..jadi pernah dia pinjamkan kpd sy)…




Tanpa fikir panjang, sy sambar juga novel ni.. munkin disebabkn da pernah membaca trilogi Bagaikan Puteri..terasa nak tahu ape cerita dan kesudahan novel ini…sy suka novel2 seumpama ini..kerana gaya penulisan dlm novel2 ni membuatkan diri kita perlu wujud sifat rendah diri terhadap Yang Maha Esa…disamping perbaiki amalan2 harian kita…cukup kagum dgn watak utama yg dijelmakan oleh penulis..iaitu Saifuddin atau dikenali laksamana Sunan…disamping ada watak2 lain…sukar utk sy luahkan ape yg sy sendiri rasa…munkin anda sendiri boleh dptkn koleksi novel Trilogi Bagaikan Puteri dan yang terbaru Cinta Sufi (cetakan 2010)…
Selamat membaca !!

No comments: