Wednesday, June 9, 2010

Bila kadar keterlaratan berkurang...

Salam semua,


Diriku berlindung kepada Allah swt daripada syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Akhir-akhir ini sy agak liat utk menulis.. mungkin factor kesihtn yang kini tidak stabil lagi.. jadi niat utk menulis itu terbantut dgn sendrinya.. walhal niat di hati mmg ada terlintas nk menulis.

Secara jujurnya, sy kini dlm fasa yg kurang stabil sedikit.. dgn keadaan sy yg kini hamil 3 bulan lebih memerlukan sy utk bertahan dgn aura2 kerja di ofis dan rumah.. sy akui kini agak jarang sy memasak..entah kenapa, jika terbau bawang merah / besar, terus rs nak mual.. yg lain2 xde masalh..dlm masa yg sama, symptom malas utk ke dapur a.k.a memasak juga sudah ada… kini , sy hanya memasak 3 atau 4 hari sahaja dalm masa seminggu..yg lain2 beli sahaja..rs simpati pd suami yg mmg x berapa gemar makan makanan luar..

Pernah dulu satu ketika masa tu suami berpuasa sunat, sy membeli makanan di luar , sbb rasa tak larat nak masak .. bila suami balik, sy hidangkan la lauk yg dibeli. Muka nya kelat bilamana makanan yg terhidang tu bukan air tangan sy (sy rs sbb makanan tu nampak sedap kot.. sbb tu suami dapat detect tu bukan sy masak..huuhu)… cepat2 sy pujuk dan menyatakan sy tak begitu larat nk masak.. suami mengangguk faham, Cuma katanya dia tak kisah jika makan telur goreng pun..asalkan sy yg buat tu semua..

Sebab itu, walaupun dalam keadaan tak begitu larat pun, sy cuba gagahkan diri utk masak utk suami..ada masa dia pun rajin membantu..memandangkan kini sy pantang x boleh bau bawang..jadi mangsa utk mengupas dan memotong bawang sy serahkan pada suami… ada masa dia yang tolong masakkan ( ni kes sy betul2 x larat).. syukur walaupun masak nasi goreng.. tp kini suami da mula memahami kondisi sy.. jadi ada masa sy betul2 x sempat nk buatkan sarapan , dia hanya minum susu dan makan biskut kering saja.. ada masa juga, dia tolong kemaskan rumah.. hati sy mestila gembira tp dalam masa yang sama rasa simpati , yelah suami sampai rumah agak lewat .biasanya selepas isyak (krn dia akan singgh solat di masjid dr maghrib ke isyak)..risau jika dia kepenatan..

InsyaAllah, rutin hidup bila dah berumahtangga, kena saling tolong menolong…teringat kata-kata ustaz kazim dalam salah satu ceramahnya tentang suami isteri.. beliau sempat menyebut.. dalam hidup suami isteri ni,kena ada sifat tolong menolong, bila isteri basuh kain, suami pi la sidai kain… apa yang penting KERJASAMA..!!.

1 comment:

ctpayong said...

dari pengalaman kakak, keadaan itu utk sementara waktu. insyaallah lps 4 bln ke atas, awk akan spt sediakala walau tidak seperti keadaan badan seorang. semoga sehat selalu.

jgn mkn durian dulu huhuhu...panas. boleh tapi sikit aje tau.