Wednesday, September 15, 2010

Kenangan Hari Raya 2010- Versi 2

Salam Aidilfitri..


Syukur diberi masa menulis..sy sambung entry kali ni dgn cerita / pengalaman berhari raya di kampung suami pula..

Pada Syawal ke-2..seawal 10.30 pagi kami bergerak ke Muar dari Kluang.. kali ni mak abah serta adik2 turut serta..nak beraya sekali katanya… jalan agak sesak di kawasan Batu Pahat.. mungkin masa2 ini, ramai yg keluar utk menziarahi saudara2 jauh… kami konvoi 2 buah kereta saja.. 1 kereta dipandu suami..sy dan adik (Aida) jadi penumpang..kereta lagi 1 ..abah membawa mak dan adik sy (faizal)..abang long tak dapat turut serta..

Sampai saja di kampung suami..kelihatan nenek suami di rumahnya.. tika itu baru saja azan zohor…abah,suami dan faizal ke masjid..manakala sy,mak dan adik membantu nenek menyediakn makanan… selesai solat… kelibat suami,abah dan faizal kelihtn.. jadi kami semua makan makanan yg tersedia..maafla saat ni x dpt snap byk gambar..sibuk makan agaknye..hee..

sempat snap gambar mak abah di ruang tamu kampung suami..
sibuk membelek bekas kuih raya..

Selesai makan dan rehat2 sekejap, rumah neneknya diserbu sanak saudara jauh dan dekat..adalah dalam 9-10 buah kereta sekali datang… sy hanya mampu membantu buat air saja..kak long suami dan adiknya pula baru saja pulang dari bertemu saudara di kawasan kampung… …ikut badan sy ni..mmg tak berupaya… alhamdulillah..ada juga yg dpt tolong2…sementara suami pula mengajak abah sy berehat2 di pangkin luar rumah dek kerana terlalu ramai saudara mara nya sampai.. sy pun keluar sekejap..sambil membawa Mimi (anak buah suami, anak kak long nya..berumur setahun lebih..)..sempat la bergambar kenangan sikit..

Bergambar dgn anak buah suami..
kami panggil mimi..comel pula tgk dia pakai baju kurung.


Gelagat suami melayan anak buah..masing-masing sibuk menyerbu ke arah Pak Ngah nya..


Kira2 jam 4 petang ,sy serta suami dan keluarga sy bertandang pula ke rumah mak mertua di parit pecah…hanya adik bongsu suami ( eti) saja yg ada..kak long dan adik suami (nani) membantu nenek di kampung… mak mertua terpaksa bergegas ke rumah, masak utk ayah..kerana ayah perlu ada di kawasan kampung kerana ayah imam di kawasan tersebut..alhamdulillah..sempat juga kami berjumpa.. dan ada juga gambar kenangan bersama keluarga mertua walaupun tak semua adik beradik suami berkumpul…mak abah sy dari kluang bertolak pulang kira2 jam 5.30 ptg..

Gambar kenangan bersama keluarga mertua..



Keesokan harinya pula, suami mengajak sy dan adik-beradiknya menziarah sanak saudara.. sempat jugak bergambar sebelum beraya..


Sebelum bertolak ke rumah saudara..sempat lagi kami bergambar.. (dlm ni cuma mak,ayah dan adik2 suami (nani dan iwan x dapat bersama..)

Alhamdulillah..sempat la pergi ke beberapa buah rumah..sempat la berkenalan dgn mereka.. yg paling sy suka menziarah ke rumah atok andak suami..dapat juga sy merasa nasi beriani yang sedap sgt2.. tak ada juga gmbr..kusyuk makan agaknya..alhamdulillah..heee..

Seharian suami mengajak sy menziarahi sanak saudara terdekat..syukur masih berupaya dan gagah utk berjalan…sampaikan nenek suami menegur, “ farah tak penat ke berjalan ni..?” sy tersenyum sambil menjawab, “insyaAllah..masih larat lagi nek..”..sbnrnya sy begitu teruja utk berjumpa dgn saudara mara suami..disamping menjamu selera masakan org2 jawa..(almaklumla..sy ni keturunan bugis-melayu)..kami menziarah sanak saudara…sampai ke malam hari… itupun suami cakap..ada lagi saudara yg belum sempat kami bertemu..insyaAllah..ada cuti lagi..kami datang menziarah..

Pada Syawal ke-4, kami bertolak pulang ke senai sekali dgn keluarga mertua..kata mereka nak datang beraya di rumah kami..kami menunggu kak long suami dan keluarga sampai dulu di kampung..sbb mereka beraya di keluarga suami kak long di bandar Muar..sambil2 menunggu tu, sempat pula suami dan sy mengambil gmbr kenangan di bawah pohon pisang..



selepas tu, sempat juga suami bermain2 dgn anak kucing di rumah neneknya..sy pun snap la gambr curi2…hee..(jgn marah abang)..

Leka betul bermain dengan Tam (kucing nenek)

Kira-kira jam 11 lebih..barulah nampak kelibat kak long dan keluarga..,sebelum bertolak ke senai, kami singgah dulu di rumah keluarga sy di kluang ..mak abah siap sedia menanti kehadiran kami..mak masak soto sup dan laksa penang..berselera semuanya..terima kasih mak abah..selepas solat zohor,kami semua bertolak ke simpang renggam..rupanya nak beraya di rumah pak andak suami di sana..sampai kira2 jam 3 lebih.. dapatla beramah mesra dgn keluarga pak andak..kami dijamu dengan bakso..masa ini..sy betul2 x sempat nak snap gambar..mungkin keletihan dlm perjalanan..sampai terlupa..

Setelah menziarah pak andak..perjalanan diteruskan ke senai… agak keletihan kala ini..kami ikut jalan dalam..simpang renggam – kulai – senai.. jalan agak sesak dgn kenderaan… sampai di rumah..jam 7.25mlm.. keluarga mertua berehat2 sekejap, bersihkan diri dan solat… masa ni.. sy dan suami agak sibuk di dapur..hidangkan biskut raya di dalam bekas, buat air panas dan sejuk..nak masak yg berat2 mmg x sempat..sbb keluarga mertua tak bermalam di rumah kami.. (mungkin sbb sy dan suami bekerja esoknya..dan suami pula akan ke singapura)…

selesai saja maghrib, sy pun masak la nasi..penuh satu rice cooker.. sy minta suami belikan lauk2 panas di restoran belakang rumah..syukur buka restorannya..suami membeli tomyam campur, ayam masak merah dan sayur kailan..sy di rumah pula..goreng telur dadar dan ayam goreng..syukur dapat menjamu mereka..yelah..perut sendiri pun agak lapar dek perjalanan yg dikira jauh..

Dalam jam 10 malam, keluarga mertua pun bertolak pulang…sedih pun ada sbb mereka x dapat bermalam di rumah kami..insyaAllah, lain kali blh dtg lagi…nanti kami masak yg sedap2 utk semua..

No comments: