Monday, September 13, 2010

Kenangan Hari Raya 2010- Versi 1

Salam Aidilfitri..


Syukur alhamdulillah..diberi ruang masa dan kesempatan utk menyambut hari raya bersama2 keluarga…tahun ini, merupakan tahun pertama sy berhari raya sebagai seorang isteri…dan juga pertama kali sy berhari raya dalam keadaan yg agak sarat mengandung ( 6bulan)..tp alhamdulillah..kudrat masih diberikan Allah swt…masih berupaya utk melangkah kaki menziarahi sanak saudara di kedua2 belah pihak keluarga (keluarga sendiri dan mertua)…

Sy dan suami mula bercuti pada 9hb Sept sehingga la semalam (13hb)… cuti tidak banyak di ambil..memandangkan suami perlu bertugas di singapura hari ni… walau apa pun, sy bersyukur ..masih diberi peluang utk beraya bersama keluarga tercinta…

Raya pertama kami di kluang (rumah keluarga sy)…selesai melaksanakan solat sunat aidilfitri, kami makan makanan yg disediakan oleh mak dibantu sy dan adik..selesai makan dan rehat seketika.. sesi bermaaf-maafan pula.. saat ini, sy tak mampu menahan sebak..melihat mak abah menitiskan air mata… sempat juga kami merakamkan gambar kenangan di pagi raya…



Gambar kenangan di pagi raya


Kelihatan mak bersalaman dengan abah.. agak sayu aja bila melihat mereka..


Saat adik beradik bermaaf-maafan dengan mak dan abah.. hanya sempat snap gmbr masa adik (faizal n aida saja).. masa sy dan along..x sempat pula..


Adik memohon maaf pada mak abah..kini adik la penyeri hidup mak abah di rumah.. moga adik ceria2 slalu ye...


Saat sy bersalaman dengan abang long.. mohon maaf jika ada terkasar bahasa...


Giliran abang cik pula..


ni pula giliran adik...



Syukur..kali pertama dapat mencium tangan suami di hari lebaran ini.. thn2 sudah hanya mendengar kisah2/pengalaman dari rakan2 ..indah sungguh saat ini..maafkan dosa dinda..halalkan makan minum segalanya.. doakn dinda menjadi isteri yg taat dan patuh pd suruhanNya..








Sesi memberi duit raya pada adik2..


Selesai sesi bermaaf-maafan..kami sekeluarga bertolak pulang ke pontian (kampung mak dan abah)..tp kami singgah di pusara arwah adik (mohd farizan)..di masjed jamek sri lalang…titisan air mata mak dan abah cukup utk meruntun jiwa sy tatkala menyiram dan menabur bunga2 di pusara arwah adik.. raya tahun ni, agak kurang meriah…disebabkan kehilangan adik..tp kami redha dgn ketentuan Ilahi..ada hikmah disebaliknya…



20 minit selepas itu,kami meneruskan perjalanan ke pontian..jalan agak sesak dgn kenderaan yg berpusu2 berhari raya… kami tiba di kampung dlm jam 2 ptg..setelah selesai solat jumaat di ayer baloi… di kampung,dapatla juga berjumpa dgn makcik2/pakcik2 serta sepupu2 yg comel… disamping menziarah atuk yg terlantar sakit di ruang tamu… kali ini juga ray tidak semeriah dulu… atuk sy masih belum pulih dari sakitnya..moga atuk tabah menghadapi ujian kecil dari Allah swt ini..moga atuk cepat sembuh yer…dalam masa yg sama kesedihn kami berkurang..bila mana melihat keletah sepupu kami Nadeem bermain2..leka pula melihatnya..insyaAllah..tahun depan Nadeem akan dapat kawan baru yer..hee..


Nadem yang comel

alhamdulillah..makcik2 semua menghidangkan kami ketupat,rendang, burasak (makanan org bugis..setiap thn kami akan buat)… terima kasih semuanya.. sedap..mohon maaf sbb thn ni sy dan mak x dapat membantu spt sebelumnya kerana kami berhari raya dulu di kluang….

Petang pula, kami menziarah ke rumah mak long (kakak abah)..dapatla berjumpa dgn sepupu2 dan anak2 mereka… dapat juga suami berkenalan dgn mereka dgn lebih rapat…Sebenarnya kalau sy ke rumah mak long..pasti sy mencari sambal tumis nya yg sedap..tp tiada rezeki… Cuma merasa ketupat dan rendang..alhamdulillah..syukur…




Masa menjamu selera.. dapatla makan ketupat mak long..



Sempat snap gambar di laman rumah mak long..



P/s: akan bersambung di versi ke-2 (beraya di kampung suami)


 

3 comments:

abudine83 said...

Salam Farah..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Wah seronok bebenor raya yek..Xpe..Tahun nih berdua, tahun depan dh bertiga plak..blh kutip duit raya..heheheheh

angahfarah said...

salam abudine83,

trima kasih..insyaAllah..thn depan bertiga.. sama la kita kan...

noorafzan.blogspot.com said...

salam farah..
comelnya mama to be ni pakai jubah raya.
=)

tahun ini beraya belah farah dulu ye.
mmg plan ke?