Monday, September 20, 2010

Kunjungan Aidilfitri..

Salam semua…


Syukur kini sudah Syawal ke-12.. syukur atas rahmat dari Allah swt…Alhamdulillah…

Coretan sy kali ini..tidak panjang..sekadar menulis ttg lebaran kali ini..…

Sy dan suami mula bekerja semula (slps cuti raya).. pada hari Selasa (14hb Sept)..memandangkan suami perlu bertugas di Singapura sepanjang 2 bulan ni..

Persediaan di rumah teramatlah sederhana.. suami ada membeli 2 jenis biskut dari rakan ofisnya..2 lagi biskut di ‘sponsor’ mak sy..Alhamdulillah…Cuma kami tambah la sikit kerepek2 utk hidangan tetamu yg sudi dtg…

Pada hari Khamis malam (16hb Sept)..sy menerima kunjungan dari shbt2 kampus dulu.. Hari itu, sy bekerja.. sampai saja di rumah sekitar jam 6.40ptg… lepas khidmat diri dan selesai solat maghrib, sy pun mula la masakkan meehon goreng (mmg dah plan nak goreng meehoon..sbb da beli bhn2nye)..selesai semuanya, sempat la sy potong sikit dodol (dodol dari kampung suami..neneknya yang buat)..dan buah oren..tu je yang sempat sy sediakan..


Ini sahaja makanan yang sempat sy hidangkan..


Kira2 jam 9 malam, shbt2 yg sudi dtg raya ke rumah sy pun tiba.. Alhamduillah..terima kasih la pada jun, atun,hasni, sepupu hasni (maafla lupa namanye), dan Kak Na..dapat juga mereka sampai di rumah yg serba ringkas ni…, hanya sy saja yang menyambut kehadiran mereka..suami tiada..kerja di singapura. malu gak..sbb rumah lapang..xde barang sgt… hanya banyak dgn buku2 aja… rs mcm padang bola pun ada..hehe.. tp xpe..sekurang2nya dapat la kami sekeluarga berteduh… syukur sgt2..



Bergambar bersama tuan rumah..terima kasih ye shbt2 sudi datang...


Kunjungan Aidilfitri hujung minggu lalu, sy dan suami pergi rumah terbuka rakan ofis suami di pasir gudang… terima kasih kak yan dan suami..sbb sudi jemput.. Alhamdulillah..dpt bertemu dgn rakan2 ofis suami..walaupun tak ramai yang datang..Sempat juga kami berkunjung ke rumah makcik dan pakcik di pasir gudang…maaflah..memang tak sempat nak snap apa2 gambar.. mungkin masa ni sibuk berbual dan beramah mesra…

Apa-apa pun..sy rasa syukur..diberi masa dan kesempatan berjumpa dgn semua..insyaAllah. jika masih larat, rancangan kami nanti nak menziarah @ beraya ke rumah rakan2 ofis sy pula.. insyaAllah…

Kepada shbt2 yg berkesempatan, sila lah datang ke teratak buruk kami..jika boleh hubungi sy dahulu..risau sy dan suami tiada di rumah pula.. Akhir kata, sambutlah lebaran dgn sederhana dan penuh rasa syukur…

No comments: