Saturday, May 8, 2021

Karangan Ammar : Part 1 (pengalamn swab test)

TAJUK:SAYA SWAB TEST DI SEKOLAH

Pada hari Jumaat 7/5/2021,saya menjalani swab test di sekolah.
Masa tu hujan lebat,saya menggunakan payung kerana 
kereta parkirnya jauh.Saya ingin masukkan payung 
kedalam kereta tetapi saya cuai saya terlupa untuk tutup
payung, habis kucar-kacir dalam kereta.Akhirnya dapat pun
betulkan.
Ummi saya yang hantarkan saya dan menemani saya.Saya
berasa sangat takut tetapi dengan adanya sokongan dari 
nenek,ucu,ummi,abah,keluarga ummi dan keluarga abah.

           Setibanya saya di sekolah,saya dan ummi tunggu di kantin.
Selang beberapa minit kemudian,guru besar mengarahkan kami 
untuk bergerak ke dewan tertutup.Ia mempunyai 2 kategori
iaitu mengikut KELAS atau VAN.Kategori saya ialah VAN 
jadi cikgu mulakan dengan VAN dahulu.Selepas itu,Pegawai 
Kesihatan Malaysia datang dan memberikan arahan sewajarnya.

           Mula-mula,ummi perlu menanda tangan pada sehelai kertas
dan pegawai KKM  memberikan saya gelang kuarantin berwarna putih.
Ummi membaca surat itu dan saya bertanya kepada ummi 
"Berapa lama Ammar kena kuarantin" dan ummi menjawab sambil
memerhatikan kertas yang diberikan oleh pegawai KKM tadi
"Dari 3/5/2021 hingga 12/5/2021".

          Beberapa minit kemudian,guru kelas memberitahu kepada 
ummi dan saya untuk pergi melakukan swab test di kantin sekolah.
Saya dan ummi pergi ke kantin dan menunggu giliran.Masa pun sudah tiba sekarang ialah giliran saya,doktor memasukkan batang swab 
test kedalam mulut dan hidung saya.Selepas itu,doktor itu 
memasukkan batang itu kedalam plastik.Dah nak termuntah dah saya🤢🤢.
 
            Akhirnya selesai,saya pulang ke rumah dengan gembiranya.😁😁
           
                        🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉   TAMAT  🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

No comments: