Saturday, May 8, 2021

Karangan Ammar Part 2: keputusan swab test Ammar

TAJUK:KEPUTUSAN SWAB TEST




Hari demi hari,saya menunggu keputusan swab test saya.
Akhirnya,pada hari AHAD 9/5/2021telah diumumkan 
keputusan swab test saya.Cikgu saya memberitahu kepada
group kelas pada waktu tengah hari.

               Ummi membaca apa yang ditulis di dalam group 
itu.Saya ingin mengetahui apa yang ditulis oleh cikgu saya
lalu saya meminta ummi untuk membacakannya.
"Ummi bacakan apa yang cikgu tulis tu" ummi pun 
membacakannya "Mohon kerjasama daripada ibubapa
murid yang telah menjalani swab test pada hari Jumaat
7/5/2021,sekiranya telah menerima notifikasi di 
My Sejahtera untuk memaklumkan keputusan swab 
 anak di dalam group whatsapp kelas".

                Beberapa minit kemudian, saya mendapat 
maklumat swab di My Sejahtera.Ummi tidak dapat
jumpa di mana saya punya keputusan swab test.
Akhirnya jumpa pun, keputusan swab saya ada
di profile saya.Alhamdulillah,keputusan swab test saya
ialah NEGATIVE.🀲🀲🀲🀲🀲.

🎊🎊🎊🎊🎊🎊TAMAT🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊


No comments: