Wednesday, May 20, 2009

Bukti AS jadikan perang Iraq sebagai Perang Salib


WASHINGTON - Pencerobohan Iraq oleh tentera yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) pada 2003 disebarkan secara meluas untuk menyingkirkan Saddam Hussein sebagai presiden dan menghapuskan senjata pemusnah besar-besaran, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, bekas setiausaha negara AS, Donald Rumsfeld dan pakar-pakar strategi Jabatan Pertahanan AS menjadikan perang itu mirip perang salib.
Laporan harian mengenai perkembangan perang tersebut oleh Rumsfeld kepada Presiden George W. Bush ketika itu disertai dengan kata-kata yang dikutip daripada kitab Injil.
Berita itu pastinya akan mencetuskan kemarahan penduduk Islam yang mendakwa negara-negara kuasa besar Kristian mahu menghapuskan sebuah negara Islam tetapi ia dinafikan oleh White House.
Dalam salah satu dokumen rahsia yang diserahkan oleh Rumsfeld kepada Bush, terdapat satu imej menunjukkan sebuah pesawat F-18 berlepas dari dek kapal pengangkut AS.
Bagaimanapun, terdapat petikan kata-kata yang diambil daripada kitab Injil disiarkan bersama imej tersebut.
Satu gambar Saddam turut disiarkan tetapi ia disertai dengan petikan kata-kata daripada kitab perjanjian lama. - Agensi

P/S : Sejarah ketika Zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi menunjukkkan tentera Eropah melanggar perjanjian perdamaian..~ Sejarah berulang kembali~..

No comments: