Friday, June 19, 2009

~ Alhamdulillah...~

Salam…

Alhamdulillah~ syukur atas nikmat dan limpahan rezeki serta rahmat Allah swt kpd sekalian makhluk ciptaanNya… Alhamdulillah juga saya panjatkan kpd Ilahi kerana masih memberi saya ruang utk bernafas di muka bumi ini…

Malam semalam (19hb Jun 09- Jumaat) saya beserta housemate (ida dan ipah) diberi kesempatan masa utk pergi mendengar Forum Perdana Ehwal Islam di Hutan Bandar Putra Kulai sempena EkspoRakyat 2009 KulaiJaya… Kami tiba disana kira-kira jam 8.50malam…Forum bermula pada jam 9.00 malam..Alhamdulillah..saya lihat sekeliling…Alhamdulillah~ agak ramai penduduk yg datang semata-mata utk mendengar Forum ini…hati saya begitu gembira… Sebaik saja sampai di tapak Forum, kami mencari tempat duduk..tidak sampai 10 minit, pengacara majlis memulakan Forum dgn memanggil ketiga-tiga panel naik ke pentas…



Forum dipengerusikan oleh Ustaz Fahmi (Jabatan Agama Kulai)…Ahli panel terdiri daripada Ustaz Yusri (Jabatan Agama Johor), Ustaz Hanafiah (Jabatan Kadi Kulai) dan Ustaz Sulaiman Maidin (Jabatan Agama Ledang)… Tajuk forum adalah “Wahdah…pemangkin khairatun Ummah” Saya begitu teruja dengan barisan ahli panel sendiri..kerana ada di antara mereka saya mengenali karakter dan cara penyampaian ketika saya menghadiri kursus Pra-Perkahwinan suatu ketika dulu…

Ahli panel bijak mengupas dan membincangkan tajuk forum kali ni…Pada pusingan pertama, Ustaz Yusri menghuraikan apa maksud tajuk forum nie..perkataan wahdah membawa maksud kesatuan atau bersatu..jadi mereka menyatakan pentingnya kesatuan dalam mensejahterakan ummah atau masyarakat …dalam konteks Negara Malaysia kini…
ustaz juga menghuraikan maksud Surah Ali-Imran ayat 110 yang membawa maksud: “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan utk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Ustaz Hanafiah pula menghuraikan tentang konsep kesatuan itu sendiri dengan merujuk dalil Al-Quran, Surah An-Nahl , yakni Perihal Lebah… ustaz menerangkan bahawa konsep kesatuan sudah wujud dalam makhluk ciptaan Allah swt ini.. ada 3 konsep yg diterangkan:-
1. Konsep Bekerjasama
2. Konsep Setiakawan
3. Konsep Hormat-menghormati

Ustaz Sulaiman pula menceritakan bahawa kesan wujudnya ‘border’ utk kita bersatu mampu memberi kesan yg besar dlm mewujudkan keharmonian dan keamanan Negara sendiri… Ustaz memberi contoh sirah masyarakat Jahilyyah yang hidup dalam Asabiyyah (yakni berpuak-puak)…sehinggakan ada sirah menyebutkan terjadinya perbalahan dan persengketaan antara 2 kaum di Tanah Arab selama 200 tahun lamanya hanya kerana berpunca daripada seekor unta peliharaan satu kaum itu memasuki sempadan kaum yg lagi satu..maka terjadi ketidakpuasan hati lalu terjadilah peristiwa berbunuh-bunuhan sesama sendiri…

Kesimpulan daripada forum ini…ketiga-tiga ahli panel mengutarakan agar kita semua kembali kepada penyerahan diri kepada Allah swt…dan dlm masa yg sama.. cuba amalkan setiap masa utk mudah memaafkan orang lain..

Kami pulang sebaik sahaja tamat forum..jam ditangan menunjukkan 12.00 tgh malam… masing2 antara kami tersenyum membawa ilmu2 yang amat berguna dari forum tersebut utk dipraktikkan dlm kehidupan seharian…terutamanya dalam konsep kesatuan dan perpaduan itu sendiri…hati saya berkata, moga kami diberi sekali lagi ruang masa utk menghadirkan diri bersama-sama ke majlis ilmu ini lagi sekali….InsyaAllah~

No comments: