Tuesday, December 29, 2009

Tabahkanlah hati kami menempuh fasa baru

salam..

dengan penuh kesyukuran sy ungkapkan atas nikmat yg diberi Allah swt..
Alhamdulillah~ ahad lepas (27hb) selesai sudah majlis bertandang di kampung belah suami sy...mmg penat..tp ape2 pon bersykur majlis berlangsung dgn baik..
cume dlm entry nie sy x dpt nk upload lagi gmbr di majlis bertandang ni..

Em, teringat pula ada kawan office bertanya,"em, sejak da berkahwin ni muka ceria saje?".. sy tersenyum dan menjawab," mestilah, kami sedang bercinta..bercinta selepas kawin.." rakan sy pun berkerut mukanya.."hah! bercinta slps kawin? ok ker?"
lantas sy menjawab, " lagi manis tau bercinta slps kawin..perhubungn yg halal kan x mendatangkan kemurkaan Allah swt? jadi..apa2 perkara yg x menjadi kemurkaan Allah malah mendatangkn keredhaan Nya kan manis..jika kita bandingkan dgn perhubungan yg belum pasti pengakhirannya.." ..rakan office tadi tersenyum..dan terus ucapkan " selamat pengantin baru."

Alhamdulillah~ syukur dikurniakn suami yg memahami, penyayang dan mampu memberi nasiht..insyaAllah~ moga hubungn kami kekal hingga akhir hayat..












Read more...

Wednesday, December 23, 2009

Gambar Walimah sy - 20hb Dis 2009- versi 1

Salam semua…

Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kehadrat Ilahi atas nikmat Iman dan Islam yg diberi kpd kita semua…Selawat serta salam atas Nabi Muhammad s.a.w serta kaum keluarganya..

Alhamdulillah~ pada tanggal 20hb Disember 2009 (bersamaan 3 Muharram 1431H) hari ahad, sy telah pun bergelar isteri. Isteri kepada Mohd Khairul Sukeri… terasa terpikul satu lagi amanah dan tanggungjwb yg perlu dilaksanakan.. Ya Allah , berilah hambamu ini kekuatan.

Alhamdulillah~ tiada ucapan yg mampu sy lafazkan selain mengungkapkan rs syukur tidak terhingga… majlis berjalan dgn baik…ditambah dengan kehadiran rakan2 lama (rakan2 mekanikal, rakan2 persatuan) memeriahkan majlis.terima kasih ats kehadiran kalian semua..

Di kesempatn ini, sy mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua rakan2 yg sanggup dtg dr jauh ..ada rakan2 yg dtg dr KL ,Selangor, Melaka..terima kasih atas doa yg kalian titipkn..tak lupe juga atas pemberian hadiah kepada kami…InsyaAllah~ ada kesemptn sy akan balas hadiahnya (kpd yg bakal mendirikan masjid nanti).

Entry kali ni sy upload saje gambr2 di majlis pihak sy – Kluang. InsyaAllah majlis di pihak lelaki bakal berlangsung pd 27hb Dis (ahad ni)..jika ada gmbr, insyaAllah sy akn letak di sini utk tatapan rakan2..

Akhir kalam, syukran atas semua doa yg dititipkan… moga kalian semua sentiasa di bwh rahmat dan nauganNya..Amin..











Read more...

Wednesday, December 16, 2009

Salam Semua...

Salam semua

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan penuh rendah hati menjemput saudara / saudari hadir ke Majlis Perkahwinan saya (Farahdilah binti Idrus) dengan pasangan (Mohd Khairul bin Sukeri) , pada 20hb Disember 2009 (Ahad) bersamaan 3 Muharram 1431H bertempat di No.6, Jalan Bunga Raya 3, Taman Sri Lalang, 86000 Kluang, Johor.

Di kesempatan ini, saya memohon seribu kemaafan andai ada silap dan salah yang saya lakukan tanpa saya sedari. Mohon juga saudara/saudari mendoakan agar perjalanan majlis saya nanti berjalan seperti yang direncanakan.

Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis ini dan doa berpanjangan dari anda semua sentiasa diharapkan, mudah-mudahan majlis serta ikatan perkahwinan ini diberkatiNya.InsyaAllah~

Read more...

Sunday, December 13, 2009

~Majils Walimah Yanie (my ex-roomate Kolej Matrikulasi Johor)

salam..

Coretan blog sy dlm bulan 12 nie..byk berkisar majlis walimah ..ape boleh buat..rata2masyarakt kiter semua mahu melakukn majlis sepanjang cuti sekolah...termasuk la majls sy..niat semata2 ramai saudara mara, rakan taulan dpt hadir memeriahkan majlis..

Previous entry sy selitkan walimah sue n muhsin (12 Dis)..kali ni sy nak coretkan pula majls walimah rakan baik sy a.k.a ex-roomate semasa sy belajar di kolej matrikulasi johor tangkak..namanya suriani (sy panggil yanie)..die selamat diijabkabulkan pd tanggal 5hb Dis lalu...mohon maaf yer yanie x dpt kesana (sbb jauh di terengganu)...hanya doa mampu sy titipkn utk mempelai...

Awal pagi nie baru sy terima email dari yanie (sbb b4 this ada send email pdnye..bertanya khbr)..Alhamdulillah~ jelasnya die bahagia after kahwin ni..bulan Januari ni dia akan menyambg pengajian Master di UTM Skudai..hopefully semuanya baik2 aje yer yanie...InsyaAllah~

Sy mendoakn agar yanie and suami sentiasa dilindungi Allah swt dan memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat..moga dikurniakan zuriat keturunan yg soleh dan solehah..Amin~

oh..b4 terlupa..bwh nie gmbr comel mempelai.. (maaf la x tau nama suaminya)


Read more...

~Majlis perkahwinan Sue & Muhsin~ tahniah!!

salam kembali...

Alhamdulillah~ syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yg diberikan Allah swt terhadap setiap makhlukNya...

Alhamdulillah~ sabtu lalu (12 Dis) sy berkesempatan menghadiri majlis walimah rakan sekolah sy (suhaila) di Kluang. Su selamat di ijabkabulkan dengan Mohsin (ex-coursemate sy di UTM -Faculty Mechanical)...Wallahu'alam..bagaimana permulaan perkenalan mereak..sy tak berapa pasti..apa2 pun itu semua takdir Allah swt...Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya...
Sy berkongsi kegembiraan dgn majlis mereka nie..
oh..sy ke sana bersama rakan sy- Baizura, adik lelaki dan perempuan sy (faizal n aida)..baikla..rasanye xde lagi coretan utk sy nukilkan..tatapla bbrp keping gmbr yg sempt diambil (thanks bai atas gmbr2 nie)

Akhir kata,sy mendoakn agar perkahwinan yg termeterai ini mampu memberi kebahagian dunia dan akhirat..dan dikurnikn zuriat keturunan yg soleh..solehah...Amin~



(Gambar semasa berarak)


( Gambar kedua mempelai manis di atas singahsana)



(Kenangan bersama rakan sekolah : Dari kiri: Mesrani, Saya, Suhaila, Baizura dan Azah)
Read more...

Thursday, December 10, 2009

Perbanyakkan membaca

Salam,

Ucapan syukur dipanjatkan kerana diberi lagi kekuatan diri ini utk mencatat sesuatu di laman maya ini..tiada daya upaya melainkan dengn bantuan Allah swt Yang Maha Berkuasa..

2 bulan lalu jika saya x silap, saya meminjam sebuah buku berkenaan “ Keluarga Sakinah” yang diterbitkan hasil dari Forum Keluarga Sakinah yang di adakan di UTM bbrp thn yg lalu....dari seorang adik kampus (thanks Jun)…sbnrnya buku modul ni juga beserta dengan VCD forum sekali. Tapi sy x sempt nak tonton videonya...

Antara isi kandungan Modul ini ialah pra-perkahwinan, persediaan keibubapaan, pra keibubapaan, asuhan bimbingan dan pendidikan (bayi sehingga berumur 7 tahun), mumayyiz hingga baligh, alam remaja (15 hingga 21 tahun), alam dewasa (21 hingga 40 tahun), alam matang (41 hingga 50 tahun), usia emas (55 tahun ke atas), dan ‘khusnul khatimah’. Saat ini sy baru saja selesai membaca modul alam dewasa…insyaAllah~ berniat nak habiskn buku ni dlm masa terdekat…sy cume ada ruang masa utk membaca di kala malam hari…

Dalam modul ni juga menerangkn procedur2 lafaz ikrar sakinah semasa akad .. Lafaz ikrar sakinah yang dilaksanakan semasa upacara akad nikah memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Malah penyerahan dan penerimaan tanggungjawab yang berlaku dalam lafaz tersebut akan menginsafkan dan menyedarkan pasangan yang baru dan sudah lama berkahwin untuk sentiasa patuh pada tanggungjawab yang telah digariskan oleh syariat.

Allah swt berfirman dlm sebuah ayat al-Quran, surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya bahawa Dia menciptakan jodoh untuknya daripada dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”

Jelas ayat di atas menyatakan tujuan perkahwinan dalam Islam adalah untuk membentuk keluarga yang sempurna. Ini bermakna, keluarga sakinah bukan sahaja beerti keluarga yang tenang dan bahagia tetapi lebih daripada itu, iaitu perlunya cinta yang diberikan oleh suami kepada isteri dan keluarga dan juga sebaliknya, iaitu cinta dan taat setia isteri yang tiada berbelah bahagi terhadap suami dan keluarganya.

InsyaAllah..moga diberi ruang masa utk menghabiskan pembacaan buku yang bermanfaat ini…

p/s: syukran yer jun bagi akk pinjam buku ni..insyaAllah~ akak akn beli buku ni nanti…
Read more...

Wednesday, December 9, 2009

Doakan moga dipermudahkanNya..InsyaAllah~

Salam semua…

Alhamdulillah~ syukur kehadrat Ilahi atas nikmat iman dan Islam yg diberikan kepada kita semua…Syukur juga dipanjatkan kerana diberi ruang utk bernafas…Selawat serta salam keapda junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda…

Semalam, semasa saya sedang sibuk membuat kerja di depan PC, dapatlah satu email dari rakan tmpt kerja… sy panggil nya Kak Ita..rupa-rupanya dia email kad walimahnya kpd rakan2.. dan semasa sy membelek butiran kad… sy terkejut sedikit krn tarikh majlisnya sama majlis di tmpt sy…agak kecewa juga..niat di hati nak juga ke majlisnya…namun apa boleh buat…tarikh 20hb Disember menjadi pilihan…

Bukan setakat itu sahaja…sebelum ni juga sy dapat undangn walimah rakan (nor fatihah – sy panggil teah) semasa sama-sama belajar di Matrikulasi Johor, dan juga di UTM, skudai… hari bahagianya juga pada tarikh yg sama 20hb Disember 2009. sekali lagi terlepas utk memenuhi undangan…insyaAllah hanya doa mampu sy titipkan..

Dan yg paling ketara sekali…dalam office sy ni jugak ada seorang rakan Chinese yg juga buat majlis resepsinya pada 20hb Disember 2009… apalagi..kebetulan kami edar kad pd rakan2 office pula pada hari yg sama…pening kepala boss n rakan2 lain nak pergi mana satu dulu…

Since tinggal bbrp hari majlis sy akan berlangsung…di kesempatan ini sy ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sahabat2 sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa, terasa hati, mohon maaf sekali lagi..sy hanya insan yg tidak terlepas melakukan kesilapan.. moga kalian semua mendoakn agar urusn kami yang berniat utk membina Baitul Muslim ini diredhaiNya…

Ucapan terima kasih kepada shbt2 yg mendoakn kami…syukran kpd ahli2 Nisa’ kawasan gelang patah(www.nisagp.blogspot.com), syukran juga kpd Bro Nizam (www.satuhala.blogspot.com)atas doa dan pesanan…syukran kpd sahabt2 semua…Moga Allah swt merahmati dan melindungi kalian semua…Amin~
Read more...

Sunday, December 6, 2009

Hijrahku..

Salam kembali,

Syukur atas limpah rahmat , kita semua masih diberi ruang utk bernafas dan merasai nikmat iman dan islam…

Alhamdulillah~ sabtu dan ahad lepas sy telah pun berkemas2 pindah rumah baru.. insyaAllah rumah yg bakal sy duduki sebaik saja melalui fasa baru..fasa berumahtangga..

Sabtu pagi sy selsaikan ursn membersihkan bhgn dalaman rumah… agak penat krn kerja2 pembersihn sy lakukan seorang diri… … rakan rumah sewa lama pula ada hal hjng minggu tu..jadi sy bersihkn saja seorang diri… niat x mahu menyusahkn sesiapa.. Alhamdulillah~ selesai juga kerja2 membersihkn rmh dan mengangkut barang2 dr rumh lama…adalah dlm 4 trip sy ulang-alik utk kerja2 pemindahan..syukur dipermudahkn…

Sy diberitahu tuan rumah (kak azah) ttg jiran2 di sini…Sebelah kanan rumh sy didiami keluarga Melayu –singapura..jadi mmg jarang nmpk kakak or suaminya krn mereka bekerja di singapura.

Di seblah kiri pula keluarga India..sy sempt bertegur sapa dgnnya..agak peramah..sy panggil kak Sumari.. ibu kpd 3 orang anak..seorang suri rmh..suaminya bekerja di Singapura…

Berhadapan rumh sy juga didiami keluarga India ..(maaf, sy x ingt nama auntie tu)..dia tinggal bersama2 anak yg da bekeluarga…agak peramah juga…yg paling sy suka di hadapan rumahnya ada menanam bbrp pokok..kiranya..sama hobi dgn saya..gemar menanam pokok…

Sebelah rumah auntie ni rumah keluarga Melayu…ptg tu sy sempat menegur seorang makcik dirumah tu.. Rupa2nya, makcik tu adalah nenek yg dtg dr kampung menjaga cucu2 nya…krn tuan rumah iaitu anak makcik tersebut suami isteri pergi mengerjakan ibadah haji…alhamdulillah~ seronok juga melayan butiran kata makcik ni..agak peramah.. sempt juga sy menghulurkn kad jemputan perkahwinan sy kpdnya..
“maaf ye nak..makcik rs xdpt dtg majlis anak..sbb mak ayah budak2 ni balik Malaysia lambat lagi..susah sikit nak ke sana..xpe..makcik doakan majlis anak selesai dgn baik..”
“Amin..terima kasih yer makcik mendoakn sy.. x pe makcik..sy menjempt …jika ada halangan sy x mampu buat ape..” balas sy…

Alhamdulillah~ syukur krn jiran2 di sekitar rumh baru sy ni agak peramah…tak kekok sy disana…dalam masa yg sama..sy merasakn ada satu tanggungjwb sy sbg muslim utk melaksanakn dakwah (terhadap jiran2 bukan muslim)..insyaallah~ dgn memperlihatkan peribadi dan sikap yg berhemah kpd mereka insyaAllah~ Islam mungkin akan bertaut di hati mereka..Ya Allah, berikanlan hamba mu ini kekuatan dan ilmu yg bermanfaat .moga kami tergolong dlm orang2 yg diberi rahmat…insyaAllah~sy mendoakn mudah2an semuanya dipermudahkan-Nya..Amin~
Read more...