Wednesday, February 17, 2010

Walimah Abg Hamim & Aqeen.. tahniah!!

Salam kembali,

Alhamdulillah~ rs syukur kepada Allah swt kerana masih diberi ruang utk bernafas dimuka bumi ini. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta kaum keluarga baginda..

Gembira dan penat sedikit..itu yg boleh sy gambarkan keadaan semasa menghabiskan cuti sempena tahun baru cina.. bermula pada 13hb (Sabtu).. sy dan suami bersiap utk menghadiri walimah senior Persatuan kami, iaitu Abang Hamim.. seawall jam 8pagi , kami bertolak dr Senai.. dan terus mengambil Kak Haniza, Jun dan juga Aina (mereka bertiga bersama menghadiri walimah abg hamim).. Alhamdulillah~ sekitar jam 11 lebih kami tiba di Parit Jambul (rumah pengantin lelaki).. Namun pengantin tiada disana..sebaliknya masih berada di kampung pihak perempuan (isteri abg hamim).. Kami semua makan dahulu, selesai makan, kami pun bertolak terus ke rumah pengantin perempuan ..nasib baik jarak ke sana tidak jauh…kurang 30minit sampai… Plan nk jumpe pengantin awal dr majlisnya (jam 3 ptg baru mempelai sampai di rumah belah lelaki), adalh kerana shbt2 sy yg lain (kak haniza, aina dan jun) ada hal. Kak haniza ada meeting selepasa zohor di Simpang Renggan, manakala aina dan jun pula kami hantar ke Bus Stand Batu Pahat (mereka ni plan pulang ke kampung).. dlm jam 2 lebih baru kami singgah solat di Masjid Batu Pahat.. Selesai solat,tiba-tiba suami bersuara., “Jom pergi lagi sekali rumah abg hamim? Dapat jumpe mempelai pakai baju pengantin..” sy mengangguk saja..

Akhirnya kami pergi lagi sekali ke rumah pengantin di parit jambul..Alhamdulillh~ dpt juga lihat mempelai…cantik sgt..tema warna hijau pucuk pisang… di sana kami berjumpa dgn rakan2 persatuan yg lama.. antara yg hadir di majlis ni.. saudara taib, saudara muzafar, izmar,waif,taufiq.. dan ada super senior JKM KTC..(maaf sy lupe la namanye..)..

Apa2 pun tahniah dari kami berdua di sini…Selamat Pengantin Baru kepada Abg Hamim dan Aqeen.. Moga kalian berdua memperoleh kebahagiaan dalam melayari bahtera rumahtangga. Semoga memperolehi zuriat keturunan yg soleh..Banyakkan bersabar menghadapi dugaan alam rumahtangga..terimalah pasangan kita seadanya..Sesungguhnya dia adalah yg terbaik dari Allah swt kepada kita…InsyaAllah~ di bawah ni ada bbrp keping gambar utk tatapan kawan2 sekalian… sama2 doakn kebahagiaan mempelai yer..











1 comment:

sil said...

sedih gak tak dapat ke walimah hamim. at least dapatla tengok gmbar2 kawen dia kat sini. dulu kitorang ingat hamim nak kawen dgn uyun, rupenye dgn kakak uyun. silap info daa..